True words are not always pretty, pretty words are not always true

Wednesday 27 July 2011

Wordless Wednesday: Halangan Besar Di Depan!

Assalamualaikum
dan selamat sejahtera




Selamat maju jaya guys!!


Anyway Welcome to my blog and thanks.

Malaysia vs Singapore 2011

Assalamualaikum
dan selamat sejahtera.





Owh Khamis! Aku tak sabaq pulak nak tunggu. Mai la cepat-cepat sikit.

Tak taw pasai apa, semangat aku bertambah-tambah nak pi tengok game Harimau Malaya dengan Singapore. Mungkin disebabkan depa kalah kat Stadium Jalan Besar haritu aku rasa patut aku pi Stadium Nasional Bukit Jalil, Nak pi mengaum sikit nanti. (Padahal boleh la usha aweks yg minat bola).

Ada juga bunyi macam mana nak pi sokong? Game hari tu pun main macam taik! Tak mau la aku membaziq beli tiket pi stadium sat lagi kalah pulak!.

Ahh! Peduli apa aku. Yang aku pasti Dato Rajagopal mesti dah plan macam mana nak improve defend game nanti. Another point, player Singapore yang tua dan berat tu mesti tak boleh nak adjust dengan padang asli lagi tulen di stadium nasional kita. Plus penyokong kita lebih dari 60 ribu aku rasa! Boleh la nak "Aaaauuuuummmmmm" "Aaaauuuuummmmmm""Aaaauuuuummmmmm" ramai-ramai.


Tokak Harimau tokak!


Jadi kita berdoa la agar players kita bermain di tahap tertinggi mereka! Kalau ada player yang baca blog aku nie, tolong jangan buat kami kecewa okey!


p/s: tiket aku tak dan beli lagi, so......... ada tiket lebih dak?


Anyway welcome to my blog and thanks

Saturday 23 July 2011

Why "Top Gear" is my favorite show

Assalamualaikum
dan selamat sejahtera.


Well, sapa-sapa yang mengaku minat kereta then tak taw apa rancangan "Top Gear" hampa semua diminta bakaq lesen ok!. Yes aku taw ada yang tak suka sebab "Top Gear" pernah kutuk kereta Proton dan Perodua tapi semua tu fakta. Tapi show nie masih menjadi kegemaraan aku.

Salah satu sebab adalah macam nie:






So gelak la puas-puas! Ahad nie kalau free usha-usha la kat tv7, pukui berapa aku dah lupa. Pi check kat surat khabaq.


Anyway Welcome and thanks



Friday 22 July 2011

Malaysia XI vs Chelsea 2011

Assalamualaikum
dan Selamat sejahtera.


Maaf kualiti gambaq tak elok

Kadang-kadang tu benda yang kita idam atau nak memang tak akan dapat dan kadang-kadang tu kita dapat apa yang kita nak. Dalam hal aku, yeah! gua dapat jugak akhirnya tiket pi tengok match nie!


First of all aku nak ucap tahniah kat skuad Olimpik negara. Kalah 1-0 je kut!. Memang kalah, tapi bagi aku dah sapa-sapa yang pi tengok match tadi sepatutnya Harimau Muda(HM) boleh menang dengan Chelsea dak pun seri.


Awai first half memang aku exited!. Memang aku tak duk diam la, dah lama kut tak tengok Chelsea main live kat Malaysia, 2 tahun ada kut last depa mai sini. Bila mai tengah first half aku dah boring dah. Corak permainan Chelsea boring tahap mengantok punya. Memang ada banyak try dari Chelsea walaupun hanya mengunakan satu striker iaitu Torres, tapi still defend Harimau Muda cool ja tak macam skuad Harimau Malaya. Tapi HM lack of attacking mungkin ada dua tiga player tua dalam skuad yang menganggu rentak kebiasaan HM. Start part nie keeper Malaysia Farizal memang hero la. Torres try pun tak gol, lampard telah la, player Chelsea yang lain tak dak harapan. Lupa pulak, Benayoun si player negara Yahudi menjadi mangsa "boo" penyokong Chelsea di Bukit Jalil. Bosingwa pun kena "boo" tu la nak buat john kat negara orang memang kena aa.


Untuk menghilangkan mengantok dan dahaga sewaktu masa rehat, aku pi la menjamah(melantak sebenaqnya) yang telah disediakan oleh organizer.


ada kad nie nak melantak apa pun boleh



Disebabkan aku terlalu asyik menjamah(melantak) makanan yang disediakan. Aku terlepas starting second half, pi tempat duduk yang empuk berbalut kulit tu, aku ada ternampak Pak cik botak Anelka dah masuk, Pak Terry pun dah ada dan pujaan ramai penyokong The Blues Drogba pun dah masuk. Aku kecewa dengan makanan yang agak best telah membuang masa aku.


Sorry kabur sikit, so hampa kena perhati betui-betui


Masuk ja second half, aku dah bersemangat tengok game HM, passing almost 70% tepat. Game pun tengok sedap ja. Tapi sakit hati pulak tengok Chelsea tak boleh nak gol-gol lagi. Sepupu aku yang fan ManU duk sengih ja tengok aku (haramjadah betui). Masuk ja minit ke 70, HM banyak buat attacking, player-player yang dah tua semua dah keluaq, so player HM main macam corak depa yang sebenaq. Ada banyak try dari HM, yang on target pun mencuakkan keeper Ross Turnbull terbaik aa dari HM. In fact defend Chelsea sepatutnya antara defend terbaik Eropah, tapi Ferreira tersemput-semput nak ligan attacking dari bahagian kiri HM. Ashley Cole kadang-kadang tercabar juga.


Dalam minit ke 70, keeper hero HM telah dikeluarkan dan diganti dengan Tarmizi. Time dia dah masuk tak banyak percubaan dari Chelsea, HM ja yang duk attack. Ada dua percubaan yang sepatutnya HM dah boleh sumbat, tapi apakan daya. Harimau Muda tewas dengan sepakan percuma dari kuda tua Chelsea, Drogba. Tapi tu pun boleh dipertikai, sebab bola jatuh atas line.

Tapi apa-apa pun pujian harus diberikan pada skuad Harimau Muda sebab berjaya membuat kami yang pi tadi bangga dan teruja. Macam aku, time orang ramai duk bersorak Malaysia!Malaysia!Malaysia! huh! terpacak bulu roma aku, tambah-tambah part kat tekuk tu. Bila player duk buat attacking memang saat paling best!.





Mungkin ada orang pertikai, tak best sebab tak ada gol, rugi la pergi. Well bagi aku kalau nak tengok game yang banyak gol baik pi tengok ragbi dak pun pi tengok basketball. Kira okey la HM tak dibolosi banyak gol. Tak kan nak HM kena bantai kut, bila dah kena banyak-banyak kata Malaysia main macam taik la, kalau Malaysia berjaya kalah sikit, kata Chelsea main macam taik. Aku serious tak paham.Bullshit to you guys yang kata demikian.

One more thing, kalau hampa perasan semua gambaq yang aku letak nie, semua gambaq tiket ja. Hehe, sebenaqnya aku terlupa nak bawak kemera so tak dak la gambaq. Hanya mengharapkan gambaq dari sepupu aku bila dia upload nanti. Time aku bersalam dengan Drogba pun aku tak ambik gambaq(sumpah ada)



Anyway welcome and thanks.



p/s: alamak esok pagi-pagi buta kui 4.30 dah kena pi subang airport.

Thursday 21 July 2011

UNIKL ISE dan McD

Assalamualaikum
dan Selamat sejahtera.


hopefully aku tak payah study hard!



Yes, entry aku kali nie masih perihal Unikl ISE. Sebelum tu, give a clap for me!. Kerana secara rasminya aku telah menjadi pelajar Unikl ISE setelah aku mengangkat ikrar dan juga telah selesai melalui minggu orentasi.

Terus terang aku cakap, aku memang tak pernah suka program-program macam nie. Kalau boleh nak ja aku masuk kelas terus tapi apakan daya. Orentasi yang berlangsung dari Ahad lepas sampai Rabu sedikit sebanyak mencorak kehidupan aku minggu nie.

Macam biasa, akan ada dibahagikan kumpulan, kemudian di berikan tugasan pertama iaitu mencipta nama kumpulan, logo, motto, misi visi, dan lain-lain.

Aku memang alah sikit part-part nie. So aku diam ja. Tapi aku menjadi rancak bila part game explore race, aku berlari sana sini. Time tugasan membuat persembahan aku dah tak senang duduk dah bagi idea juga sebab aku tak mau jadi lead actor. Haha.

Jadi untuk aku orentasi kali nie really make my day walaupun ada few things yang aku tak suka contohnya bila fasilatator program tu layan aku dan semua macam budak-budak baru nak diploma ja. Kami students degree kut brader fasi and sister fasi oit!. Plus, aku dapat la juga kenal berapa-berapa pelajar lain dan juga dapat usha-usha aweks sekalian.. He.

Banyak juga maklumat aku dapat macam, urusan MARA, urusan transfer kredit  paper, urusan subjek drop or add dan macam-macam lagi. Alhamdulilah dah selesai. Cuma masalah sekarang nie, aku tak dapat rumah sewa lagi. Aku tak dak hal sangat, rumah aku dah kat area universiti ja kesian kat kawan-kawan aku.




Now about McD. Aku rasa hampir 3 bulan aku tak menjamah mana-mana hidangan dalam menu restaurant fast food nie. Jadi sekarang aku rasa kebuluq nak makan. Esok GCB mungkin for lunch. Hehe. Walaupun aku taw tak besar mana pun burger nie. Tapi tah aku rasa macam nak telan ja esok.Btw minggu depan dah start kelas. Huh!


Sekali lagi hopefully aku tak payah study sampai macam nie





p/s: Esok kemungkinan aku dapat pi tengok game CHELSEA! Walaupun aku tak dak tiket lagi.

Sunday 17 July 2011

Hai esok hari!

Assalamualaikum



Yup aku taw esok(siang nanti) ari paling best, aku pun taw esok weekend, aku pun taw esok hampa semua nak pi berseronok, sebab esok hari Ahad!!.



Tak mau cerita panjang sebab esok(siang nanti) aku kena menghadirkan diri untuk mendaftarkan diri di Unikl ISE!.

Tak taw pasal apa, aku tak excited langsung, Like seriously aku tak rasa apa-apa. Rasa macam nak pi beli McD ja pun. Time nak buat ujian JPJ lesen kereta lagi aku nervous and excited. Masa diploma jangan tanya la, ketaq lutut tak kata apa dah.

Tapi untuk hari esok, aku hanya menanti dia tiba. Mungkin juga ada beberapa masalah yang timbul dan belum lagi selesai seperti, rumah sewa aku tak jumpa lagi kut!, Nak duk mana nanti?. Contoh yang lain, aku masih menulis entry nie, padahal lagi berapa jam ja lagi nak pi daftar. WTH betui. Mungkin juga aku masih kecewa, sebab aku tak cukup pandai nak masuk IPTA. Hmm.. Tahniah sapa-sapa yang dapat pi IPTA! Hampa semua bijak!

But hopefully esok aku dan juga rakan-rakan yang lain berjaya cari rumah sewa dan juga mood aku untuk jadi DEKAN(poya ja) akan mai balik!!. So guys and girls wish me luck and doa-doa la yang terbaik untuk aku dan untuk rakan yang lain. Walaupun entry aku kali nie macam ciba*!.


Anyway Welcome to my blog and thanks

Wednesday 13 July 2011

UUM vs UNIKL ISE

Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera


Wahai readers yang berilmu dan bijaksana.

Lately ni ada satu persoalan yang bermain difikiran aku. Masuk ja bulan 7, kepala aku dah hampir serabut. Tapi tak serabut macam haikal kut. Especially 8 hb julai, time aku duk makan ada satu msg masuk menyatakan, semak keputusan ke IPTA mulai jam 12 tgh pada 15 July. Adoi bertambah serabut. Time nie dah jadi haikal. Dah gosok kepala dah.

Entry nie bukannya aku nak compare antara dua IPT yang terbaik kat Malaysia nie. Tapi antara pilihan yang perlu aku buat. Perbandingan antara dua diatas.



UUM memang antara business school yang terbaik kat Malaysia nie. Kalau pelajar yang berjiwa business macam aku nie, kira sesuai la sangat. Aku taw 15 nie baru boleh check keputusan dapat ka dak. Tapi aku rasa macam aku boleh. Ya memang susah nak dapat, aku taw. Member aku yang 3.9+ CGPA lepasan poli pun kena buat rayuan. Aku taw diploma aku just 3.++ ja, but still aku yakin aku akan dapat. Mungkin sebab dari 4 pilihan, 3 daripadanya aku pilih UUM. Tapi kalau dapat aku terpaksa buat keputusan atas beberapa faktor.


Pertama adalah pasal loan/pinjaman. 


Sebelum nie aku ada contract dengan MARA. Ada orang kata. "ala dah ada MARA dulu try la sambung balik". Yes I can! But kalau aku sambung kat UUM, maybe aku tak akan dapat full loan, bermakna aku tak akan dapat elaun tiap-tiap bulan seperti time dulu-dulu. Lagi teruk kalau aku apply then tak akan dapat langsung. Aku dah tanya pegawai MARA sebab apa aku maybe tak dapat. Dulu sepatutnya aku tak dapat loan full, hanya dapat untuk yuran pengajian sahaja. Jadi kali nie mungkin aku akan dapat pinjaman yuran pengajian sahaja salah satu sebab UUM adalah IPTA dan berdasarkan kursus yang aku mintak tu aku akan ditempatkan kat di UUM Sintok, bermakna kos sara diri amat rendah berbanding kat Kuala Lumpur. Memang murah aa area-area sana kan.   Jadi peluang aku nak dapat full tu agak tipis. Tak mungkin aku nak apply loan PTPTN.. Tak mungkin!

Kalau aku memilih UNIKL ISE, yang mana aku dah dapat tawaran. Soal loan memang tak dak masalah(sepatutnya la). Dapat full loan alhamdulilah sebab satu kenikmatan. Tiap-tiap bulan dapat duit memang best kan. Kalau PTPTN tu..... (sapa yang ambik loan PTPTN faham la).


Taraf pengiktirafan 


Unikl memang a well known  IPT dalam engineering. Tak payah pertikai la. Tapi kursus yang aku nak ambik nie agak janggal dengan Unikl. Maksud aku janggal kepada orang ramai (bukan student ISE yang sedia ada). Islamic Finance kat Unikl? Yup Unikl. Dah ada dah orang yang pertikai tentang pengiktirafan untuk kursus nie. Aku dah check dengan MQA, memang ada pengiktirafan dari pihak depa. Cuma pengiktirafan dari pihak ramai. Especially bila nak interview kerja. Sure interviewer akan tanya degree lepasan mana nie. "Unikl encik" jawap aku. "Ha Unikl ada Islamis Finance?". Hmm.. Tapi tu tak menjadi masalah pun untuk aku. Hanya untuk segelintir rakan-rakan aku. Untuk pengetahuan selalunya sektor bank tak tanya pun lepasan mana.

Masuk UUM memang gempaq la jadi student kat sana. Kat sini pun aku apply islamic finance gak. Orang tanya, "oit hang study mana?"  "UUM". "Dahsyat noh hang".  So kalau nak pengiktirafan seperti berikut sila kan(tu yang kepala otak aku duk pikiaq).

Kursus yang ditawarkan

Unikl aku dah dapat Islamic Finance yang mana memang aku nak.
UUM kalau aku dapat Islamic Banking and Finance memang aku pi.

Sosial Life

Sapa yang tak taw, UUM Sintok tu agak ulu. Ehh, sat memang ulu. Bukan nak kutuk tapi memang. Maksud aku ulu bukan tak dak jalan tar,bukan tak ada elektrik atau ayaq ada semua tu cuma.. Well you know better sapa yang study kat sana. Tapi aku tak kisah betui-betui aku tak kisah. Aku sambung study kat UUM bermakna aku akan balik ke tanah tumpah darah ku. Negeri Kedah beb! Negeri kesayangan ku. Tapi tu la..

Unikl ISE pulak well betui-betui kat KL. Hiburan bersepah kat sini, nak yang very sosial pun senang ja nak cari. Tapi untuk aku yang kurang bersosial nie ok la sekadar pi tengok wayang, main bowling, main ice skating dan juga lepak dengan members sekalian. Aku taw kat Jitra ada wayang, tak cukup boleh pi Aloq Star ada 3D lagi lani nak pi Perlis tak dapat la wayang. But kalau nak compare dengan GSC One Utama tak dapat la nak lawan.

Ehh sat, hang nie nak pi study ka nak pi enjoy. Hmm.. Tersasul pulak. Terus terang aku lebih suka kat KL. Suka dengan sosial life kat sini. Maksudnya orang-orang kat sini lebih mengejar masa berbanding kat sana(ini fact), involvement speaking English lagi meluas kat sini, fasa rana public transport boleh dikatakan bagus(tak pakai kereta pun boleh travel), peluang pekerjaan pun banyak tu pun kalau mau kerja kat KL la. Cuma kat sini dugaan lebih banyak aku rasa.

Hostel

Kenapa aku bangkitkan soal nie, Unikl ada menghantar surat pemberitahuan tidak dapat menyediakan hostel bagi intake July 2011 untuk ISE(lelaki sahaja, pompan tak payah nak kalut). Tapi pihak Unikl yang baik hati ada menyediakan khidmat untuk mencari rumah sewa. Aku dan geng aku telah tolak pertolongan nie. Sebab sewa agak mahal. So nak kena cari rumah sewa pulok doh!

Bagi UUM aku rasa tak dak hal la kut. Kampus besaq kut. Tak kan la tak dak. Cuma aku selalu dengaq ada masalah ayaq tak cukup. Betui ka?. Huh! Masalah gak tu, pi kelas tak mandi, nak membuang awal pagi terpaksa tangguh dak pun nak basuh baju tak dak ayaq.

Family Things

Dulu time awal Diploma boleh kata 2 minggu sekali aku akan balik Kedah. Rindu kat mak pak tak boleh bendung (cis kononnya). Tapi lani bila mak pak aku dah pindah ke Kota Damansara bermakna kalau aku pi study kat UUM sure benda sama akan berulang cost semua tu. Ya aku taw family aku yang lain pun ada kat sana, tapi sememangnya kita lagi rapat dengan our own family rite. Sebab lain kalau apa jadi kat family aku, i'm rite there. Dekat. Bukan nak mintak apa-apa terjadi tapi kita tak taw apa akan jadi. Kalau mak aku kena pi outstation sampai seminggu boleh la aku tolong hantaq adik aku pi sekolah and ambik. So faham-faham la I'm trying to help my family.

Kawan-kawan


Ramai kawan-kawan aku dari kolej nak masuk Unikl. Huh! Lega rasanya. Dah kenai orang senang sikit. Nak tiru assignment pun boleh, nak mintak tolong buat assignment pun senang sebab dah ada kaki yang kita kenal. Dah kenal senang sikit segala urusan, ragam pun dah taw.

Kalau masuk UUM kena la jadi ramah kembali, "Hai, nama aku Dan, nice to meet you". Bukan aku tak suka dan bukan aku tak reti but agak sukar la permulaannya. Aku bukan tak ramah, tapi aku agak pemalu sebenarnya.





So readers tolong bagi pendapat pasal hal nie. Jangan kata aku nie tak mau merantau ka apa, tapi aku dah agak puas merantau dalam Malaysia nie. Lupa nak habaq aku register Unikl 17/07 nie, so tak adil dengan tarikh dapat keputusan UPU. Kalau sambung di Unikl ISE di mana ilmu di laksana (where knowledge is apply) dan kalau sambung di UUM di mana ilmu perlu berbudi dan berbakti dengan orang i guess..

Kawan aku ada cakap belajar la kat mana-mana pun sama tapi kalau belajar tu main-main tak guna gak. He got a point there. IPTA senang nak mohon kerja dengan kerajaan, manakala IPTS(betul ke Unikl Ipts?) nie susah sikit nak kerja dengan kerajaan. Target aku bukan nak kerja pun dengan kerajaan. Tak mencabar mak aku cakap. Kerja senang I guess.


Anyway Welcome and thanks

Tuesday 12 July 2011

Salah guna kuasa 1

Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera


Salah guna kuasa,


Entah kenapa cikgu meminta aku untuk menyiapkan dewan semperna majlis ceramah anjuran unit kaunseling.
Aku tak kisah sebenarnya, sebab aku suka. Masa nie la nak "buktikan baktimu" tepat betui dengan motto sekolah menengah aku. Lagipun kerja senang ja, susun-susun kursi settle aa.

Tapi aku fikir juga tak kan aku nak buat sorang, huh! Basah gak ketiak nanti. Bukannya kecik dewan tu. Nak mintak tolong si penolong ketua pengawas tu dia tak mai pulak hari tu.Cikgu pulak pesan jangan ajak ramai sangat orang tolong, nanti duit upah kena bahagi dengan ramai orang walaupun bukan aku mintak. Then masa rehat aku dah set dengan Li, nasib badan dia mau tolong aku. Anak penolong cikgu kanan sure balik lambat sekolah jadi mau tak mau dia kena tolong la.

Seperti biasa loceng terakhir bunyi kelam-kabut la budak-budak keluaq dari kelas. Cukup masa semua mau balik ke rumah la kononya. Aku buat relax ja seperti biasa, tunggu Li abis kelas ajak dia pi makan dulu. Kalau makan kat kantin aku pasti dapat pilih menu lauk dari bahagian cikgu. Budak-budak lain jangan harap la. Sebab aku pakai baju biru dan Li tu anak penolong kanan memang tak dak halangan la nak memilih pun. Nasi ayam kami special sikit nak nasi minyak ja, ayam madu pulak tu, kadang-kadang cikgu pun kalah. Ayaq minum biasa-biasa sudah la. satgi dalam sejam dah nak buang.



Settle makan tengahari aku dengan Li pi sembahyang Zohor dulu. Tu pun dah selesai, kami dengan bersemangat melangkah ke dewan. Kami masuk ja dewan tengok dinding-dinding kelas dah di tarik keatas. Huh! Senang kerja. Li pun pi usha bahagian pentas dewan, tak semak sangat dia kata. Kami pun dengan pantas pi ambik kerusi plastik belakang kat bilik belakang dewan. Masa tu aku gagah lagi, boleh la angkat dalam 10 bijik. Li angkat biasa-biasa ja. Jadi nak bagi percepat kerja, aku dengan dia tag-team la angkat 20 bijik sekaligus.

Aku tengok Li relax ja lipat lengan baju, tie dah selamat digulung bubuh dalam poket seluaq.
Aku agak tercabar la, sebab masa tu PK Hem ada buat peraturan gila yang menyatakan pengawas tak boleh melipat lengan baju dan melonggor pun tali leher.Disebabkan terlampau panas aku pun ahh! buang tie, baju bukak butang atas sikit, lengan baju lipat. Tengah hari kan buat kerja. Elok ja aku buang, boleh pulak PK Hem lalu teguq aku, siap panggil lagi.

"Awak nie kenapa tak pakai tie! Tu lengan baju pasai apa naik sampai atas!?." Muka nak bengis ja.

"Assalamualaikum cikgu! Saya duk buat kerja dalam dewan tu, angkat kerusi nak dekat seratus lebih tu, duk lap lagi tiap satu pulak. Kotoq aa baju dengan tie saya nie. Tie dah la tak boleh kotoq." Dia tanya dua soalan aku balas bertubi-tubi.

"Hmmmmm, baiklah kalau macam tu. Alasan awak boleh diterima" aku taw puan PK Hem tak boleh hukum aku lagi.


Tiba-tiba Li muncul dari belakang, baru keluaq dari jamban kut. Aku usha tengok dewan, huh! Banyak lagi kut kerusi nak kena susun. Aku dengan Li mesti tak dan nak selesai semua tu sebelum pukui 4 petang. Aku ambik la angin sat kat block A yang menghadap padang. Aku ada nampak tiga orang budak duk sembunyi belakang stor sukan. Aku pun guna la kuasa aku sebagai seorang pengawas. Tiga-tiga aku panggil. Sorang tu dah ketaq lutut dah, sorang lagi dah berpeluh dah, sorang lagi duk maki kawan dia aku rasa.

"Hampa ponteng kelas apa nie?" Garang ja aku tanya.

" Err, Abang kami nak pi bilik ayaq sat." ceh nak tipu kaki ronda boleh

"Awat nak kencing sama-sama ka? dah tak payah nak tipu aku. Hampa tingkatan berapa?Kelas apa?" Tanya nak macam polis ja.

Semua jawab tingkatan 1, kelas 1A5 kalau tak silap aku. Tingkatan 1-2 sekolah petang zaman aku.

"Nie hampa semua mai tolong pun baguih. Angkat kerusi susun elok-elok, lap bersih-bersih" Aku pun terpikiaq idea yang bernas tu.

Depa angguk tanpa rela. Takut kalau tak tolong satgi kena bawak pi cikgu displin pulak.

Li sememangnya bersetuju dengan aku. Ringan la beban kami. Pentas tu pulak kami kemas. Dalam masa 15 minit budak-budak tu settle semua susunan kerusi. Ada pulak yang tanya dapat upah dak. Aku pun pi la beli ayaq sirap 5 bungkuih



Semua dah abih telan ayaq sirap. Kerongkong pun dah sejuk. Aku suruh budak-budak ikut aku dengan Li pi bilik cikgu-cikgu kanan. Bukan apa pi ambik sofa nak letak kat pentas dewan. Buat dua orang memang tak dapat la. Bukan ringan dan murah. Sekali jatuh rosak gua gak nak kena ganti.

Ada budak-budak tu ternyata ringan la beban kami dua. Daripada depa ponteng buang masa, baik tolong aku, bermakna tolong sekolah juga kan.

Dalam pukui 3.30 petang semua kerja selesai. Tunggu majlis esok ja. Budak-budak tu aku nasihat pi la masuk kelas. Jangan bagi kecewa mak dan ayah. Ok la depa tiga dengaq. Aku dengan Li duk relax-relax dulu dalam dewan.

Elok kami nak blah ja, ada budak lari mai kat kami. Dia berhenti depan aku, nak cakap tapi tercunggap-cunggap. Aku tunggu ja bila dia nak boleh bernafas elok-elok. Aku kenai budak nie. Tak sempat dia nak cakap, cikgu KH aku mai dengan dua lagi budak, sorang tu dah kena pulaih telingga, yang sorang lagi cikgu dah pegang tengkuk.

" Nie, budak-budak nie kata depa mai tolong hang persiap dewan, betui ka Dan?" Cikgu Saat jarang muka bengis macam tu.

Aku saja duk tengok muka budak-budak tu biaq bagi lama sikit.

"Abang, jangan duk buat tak kenai kat kami nie" Merayu betui budak yang kena pulaih telinga.

"Cikgu betui la tu, depa ada tolong kami tadi. Saya yang mintak tolong." Kesian pulak aku nak perkena budak-budak tu.

Cikgu Saat dan-dan lepas dua budak tu. Dia kata nasib baik depa tak tipu dia. Lepas tu depa blah. Aku dengan Li gelak sampai ke rumah masing-masing aku rasa la.

Ha guys and ladies, nampak dak salah guna kuasa yang selalu aku terguna. Tapi bukannya aku pakai baju biru kat sekolah aku pi paw duit orang. Tu zalim sangat kut ambik hak orang mana boleh macam tu. Tapi hampa judge la salah guna kuasa aku tu baik ka atau tak baik.





Anyway Welcome to my blog and thanks















Saturday 9 July 2011

KL Hamster pulak

Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera


hamster pulak beraksi!


Well aku bet ramai yang dah tengok KL Gangster kan. RM 12 juta kan kutipan(correct me if I'm wrong).
Agak rugi la kalau orang-orang yang selalu tengok wayang tapi tak tengok filem nie.

Tapi aku bukan nak cerita pasai KL Gangster sebab hampa pandai-pandai la judge filem nie best tera mana.
Aku saja nak tunjuk sedikit hiburan kat hampa semua.







Banyak lagi video yang best-best hasil brader kyo nie. So enjoy the videos!
(Agak bangga ada budak sekolah aku boleh buat macam nie)




Anyway Welcome to my blog and thanks

Friday 8 July 2011

First Time Sembahyang Jumaat!

Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera



How are you my readers sekalian.. Moga-moga dikurniakan kesihatan dan keimanan.

Ya entry kali nie masih bab sembahyang Jumaat but first hampa pi dak tadi sembahyang Jumaat? (persoalan khas untuk lelaki-lelaki macho).
Kali nie aku tak akan membebel lagi seperti entry nie, betui aku tak akan punya. Hanya ingin bercerita sama lu orang.

Seperti biasa setiap hari Jumaat aku akan pi masjid untuk menunaikan kewajipan aku. Kadang-kadang tu dengan family aku,kadang-kadang tu dengan rakan-rakan aku, kadang-kadang tu dengan rakan-rakan sekerja aku dan kadang-kadang tu pi sendiri ja seperti hari nie.

Disebabkan aku seorang ja, jadi aku boleh la pi awai sikit (awai la sangat). Masjid kuning kat rumah aku tu selalunya parking cepat penuh, aku terpaksa la parking kereta dengan mem'blocking' kereta orang lain. Lain pilihan kat luar kawasan masjid. Memang jauh la.

Aku taw kalau aku duduk kat level bawah mesti agak panas nanti, walaupun air-con bercambah (banyak).So aku duduk la kat level atas, nie air-con memang atas kepala ja.. Huh! Sejuk beb. Dalam 5 minit muncul la wajah-wajah yang aku kenali, kiranya geng-geng atas la nie. Malangnya depa nie semua tua-tua dari aku. Ada la juga muka-muka yang aku tak pernah nampak.

Kemudian lepas 10 minit aku duduk, mai la sorang brader nie dengan seorang mamat Cina,selalunya dia seorangan ja hari nie ada teman pulak. Dia dan mamat Cina nie sembahyang la sunat awal masjid, macam mana aku taw? Sebab aku dengar brader tu ada bisik kat mamat Cina tu niat solat sunat awal masjid. Cara dia sembahyang memang agak pelik, seriously! 100% mamat Cina tu ikut brader tu. Time solat sunat awal Jumaat pun sama gak. Pak cik sebelah aku dah pelik dah. Dia kata kat aku apa jadah budak tu sembahyang macam tu. Aku pun geleng kepala. Pak cik nie pun apa jadah cakap dengan aku time orang dah nak sembahyang Jumaat.

Habis sembahyang Jumaat dan doa, pak cik sebelah aku cepat-cepat pi kat mamat Cina yang ada di depan kami. Kononya mau tegur la kut. Aku pun follow la. Saja nak menyibuk.


"Hoi budak apa pasai ko solat macam tu? Ko islam ke?" Selamba rock ja pak cik tu redah.

"Nie first time saya solat Jumaat" Jawab mamat Cina tu sambil muka tunduk ke bawah.

"Pak cik relax aa, tak payah aa nak tegur macam nie" giliran aku pulak. Sebab aku rasa mamat Cina nie mualaaf baru nie.

"Ko diam aa budak!" Sambil tenung berapi kat aku.. Damn punya pak cik sure sembahyang tadi tak khusyuk.

Akibat kekecohan pak cik tu, ramai la pulak berhimpun sama.

"Ko nie kafir apasal ada kat sini!" pergh ada pulak orang tua lain yang menyampuk.

"Assalamualaikum, dia nie memang kafir, tapi dulu. Sekarang dia nie sedara kita! Mualaaf baru! Tegur la elok-elok sikit orang-orang tua oit" hero dah sampai, iaitu brader yang bawak mai mamat Cina tu sembahyang.Selamba ja dia balas.


Ha, memang sah tekaan aku. Dia memang mualaaf! Secara rasminya dua hari lepas dia memeluk agama Islam. Jadi Jumaat nie memang first time sembahyang Jumaat dia nie. Aku pun apa lagi pi kat dia sua tangan salam dan ucap tahniah! Ada dua tiga orang pak cik yang buat macam tu depa semua bangga dengan mamat Cina tu sambil kata "welcome to this big family". Mamat Cina tu pun menangis tanda teharu kut! Pak cik- pak cik yang nak tegur kononnya tu, terus memeluk Mamat Cina tu dan meminta maaf. Teriak lagi la mamat Cina tu. Brader tu pun ramai orang yang puji dia. Yela nak tarik orang masuk Islam bukan senang.

Sebelum aku blah dari scene tersebut. Aku ada cakap kat mamat Cina tu, " It's not easy becoming a new muslim, but it's really worth becoming a great muslim". Tak taw pasai apa aku boleh cakap macam tu.  Jadi sedara baruku aku doakan agar hang ditambahkan keimanan dan dipermudahkan segala urusan untuk menjadi seorang muslim yang lebih agung.

Aku pun turun la dari level atas tu, sambil nak pi kat kereta tu aku usha la kambing golek sat, nampak sedap kut!. Tapi aku taw poket aku dah kosong dah. Tak pa next week boleh kut pekena menu favorite tu. Jalan punya jalan jumpa pulak orang bawak guni jual durian bau bukan main mengoda. Huh! Next time maybe. Sampai kat kereta, elok aku nak bukak pintu kereta ja.


"Abang, nie kereta abang ke? Ayah saya pesan lain kali datang awal. Baru boleh parking cantik sikit" sambil tunjuk kereta aku duk block kereta pak dia.


Aku pun angkat tangan kat pak cik naik BMW tu, nasib baik tak terangkat satu jari ja. Apa-apa pun memang salah aku. Terus blah.

Sebenarnya entry nie khas untuk Muhammad Daniel Chan, give me a call kalau hang ada apa-apa persoalan tentang Islam aku boleh tolong setakat apa yang aku mampu ja bro,walaupun aku taw hang tak baca blog aku. Juga satu peringatan untuk readers yang lain supaya menghargai Islam anda, jangan hanya sekadar atas nama ja. Plus orang-orang macam pak cik diatas, jangan mai langgar ja tanya dulu..


p/s: Daniel Chan tu dah sunat 2 minggu sebelum dia masuk Islam


Anyway Welcome to my blog and thanks

Tuesday 5 July 2011

Asking entry

Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera


Hai readers yang pemurah hati dan sangat baik! Anda semua sihat ke?
(Bila nak follow blog aku nie)


Terang-terangan ayat kat atas ayat mengampu.

Entry nie aku tak mau tulis panjang-panjang. Just want ask you guys something.
Terus terang aku nak mintak tolong yang ikhlas.

Sapa-sapa yang tinggal di Sentul, Jalan Ipoh, Titiwangsa mahupun Kg Baru.
Hampa semua boleh tolong dak usha mana-mana apartment/rumah yang nak bagi sewa bermula bulan July nie.
Seriously aku nak pindah cepat-cepat.

Tak kisah la apartment tu ada swimming pool ka, tak dak ka. Janji ada 3 bilik at least. Lif kena ada la..
Kalau yang berjaya cari kat aku tu, aku bagi la upah, sekupang ka, dua kupang ka. Tengok la macam mana okey..

Tu ja pertanyaan aku. Please help me readers yang hansem-hansem dan lawa-lawa nie. Terima Kasih aku ucapkan dahulu.


Anyway Welcome to my blog and thanks

Monday 4 July 2011

Aw: Sembahyang Jumaat = Berdating

Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera


Hai new readers yang macho and existing readers yang lagi macho! Sebenarnya entry nie untuk macho man ja, tapi untuk aweks yang lawa-lawa pun boleh.


Sembahyang jumaat = berdating? Mesti ada yang tertanya apa kena mengena antara dua aktiviti nie.
Well aku tak akan habaq kat awai-awai entry nie. So baca carefully ok..

Ramai antara kita yang suka berdating kan? Terutamanya hang kan bro! Hang la bro! Especially mai time weekend ramai la yang akan berdating, tak percaya jom kita pi One Utama ka, Pavillion ka, Sunway Pyramid ka. Dataran Pahlawan kan.Mesti ramai kan. Okey berdating dalam entry nie lebih kepada yang belum berkahwin maknanya berdating secara haram la nie.. Bukan aku nak galakan berdating ye bro. But Just compare the similarity guys.




Seminggu sekali je kan sayang..


Bagi orang yang sibuk macam aku nie ( err dulu-dulu kala la) hampa mesti tak dak time nak berdating dengan aweks tiap-tiap hari kan. So at least seminggu tu ada la sekali kan. Mau tak mau kalau dah berahi rindu sangat tu mesti mau jumpa right? Sila angguk kepala dulu. Okey apa yang samanya dengan sembahyang jumaat? Kalau hang bijak mesti hang dah taw, ya betul! sembahyang jumaat pun seminggu sekali ja! Yela jumaat ada satu hari tu ja! Sembahyang jumaat telah difardukan dan diwajibkan keatas lelaki muslim yang hansem-hansem termasuk aku. Well susah sangat ka mau pi masjid tu?.

Jumpa aweks kadang-kadang tu tiap hari tak dak hal pulak.. Nie sekali seminggu ja wei! Sila la pi! Yang tiap-tiap hari pi tu gua respect sama lu!!! Tapi pi untuk sembahyang la bukan pi curi seliper. Ada juga trend yang "ala last week aku dah pi, hari nie aku tak mau pi la". Okey bagi middle finger depan muka dia kalau cakap macam nie. Benda yang wajib tetap wajib bro! Cuba la hang try jumaat lepas hang dah tak pi, jumaat yang dua minggu lepas pun hang tak pi juga, tapi minggu depan hang nak pi sebab tak mau la bagi cukup tiga kali tak pi masjid satgi Allah tutup pintu hati tu ( taw takut) Kalau plan hang nie berjaya boleh la gagah sikit tapi kalau next week tu mai hari khamis, Allah tarik nyawa hang! Apa pun tak boleh! Lu jawab la sendiri


Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Menghadirkan solat jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh”.
(Riwayat An-Nasa’i)



On time please honey/ Jangan lambat taw sayang..


Ayat nie aku rasa dah biasa dah aweks-aweks kita peringat before pi berdating. Well ramai akan cuba sebaik mungkin datang awal ke tempat yang nak ber'romance' and ramai juga yang tak memenuhi tuntutan aweks hampa nie. Janji melayu biasa la. Dalam bab nie, ramai antara hampa yang gagal memenuhi tuntutan Allah iaitu pi awal ke masjid. Maksud awal disini ialah sebelum azan yang pertama at least sebelum khutbah bermula. Kadang-kadang tu aku nak backhand ja kawan-kawan aku yang duk buang masa nie. Soal lain aku tak kisah sangat but bab-bab jumaat nie, sorry la der.. Yela macam mana tak marah kalau ada appointments dengan makhluk Allah tu, adoi. Takut sangat kalau lewat especially guys towards their gf . So guys sila la awal-awalkan kaki tu menjejak kaki kat dalam masjid.

Tak pa jumaat lepas lewat tu dah jadi sejarah, next jumaat sila awal ok. Plus kalau awal ke masjid tak dak la kelam kabut nanti.Nak cari tempat yang sejuk pun senang, nak buat solat sunat pun tenang, nak berzikir pun boleh (sebelum khatib berkhutbah), plus Allah telah mengutuskan maikatnya untuk mencatat segala amalan baik yang kita lakukan kat masjid tu. Orang yang lambat hadir selepas khutbah dibacakan terlepas la catatan tu (well nie aku tak paham sangat, sapa-sapa tolong habaq sikit apa kisah benarnya)

So guys if you can  see your girlfriend at the promised time, why can't you do the same with your creator? Ingat hidup nie tak lama.


Pakai baju lawa-lawa/ Bergaya sakan and wangi


"Jumpa awek mesti la kena smart bro!" kata kawan aku sambil menyembur minyak wangi Hugo Boss aku kat baju dia.

" Allah, pi sembahyang jumaat ja pun, nak pakai smart-smart buat apa?" sambil memakai baju Pagoda putih yang selalu dia pakai buat tidoq.

Keadaan nie aku dah biasa dah, it's happen around me. Come on la bro!. Jumpa awek boleh pulak pakai baju yang cantik-cantik, nak jumpa Allah boleh pulak hang pakai macam tu!. WT Fiat! Pi masjid tu boleh-boleh kan la pakai pakaian yang cantik-cantik, yang urban-urban pun tak pa, tapi kalau ada gambaq binatang, tengkorak or salib tak payah la okey ataupun yang ada tulisan kat pakaian tu.Kalau yang dari office tu at least make sure pakaian tu bersih dari hadas, bawa spare la kain pelekat kat office kut-kut la seluaq tu kotoq. Kenapa perlu bercantik/bersmart ke masjid?. First, Allah tu pencipta kita, ya hang dan aku. second, Apa salahnya untuk sekali seminggu tu kita smart-smart ke masjid(bukanya hang selalu pi pun termasuk aku). Third, bukankah Islam itu agama yang indah, jadi tunjukkan melalui pakaian kita. Dengan awek kita boleh tak kan dengan Allah tak boleh kut.

Masuk bab wangi-wangi ke masjid. Cuba pi masjid pakai baju yang agak berbau, sumpah ganggu orang sebelah. Kesian depa tak khusyuk sembahyang. Tambah-tambah yang mulut berbau bawang + petai. Huh! Kena sumpah la dengan orang. Sila bersugi kalau boleh, yang urban tu gosok la gigi. Kenapa perlu berwangian ke masjid? Sudah tentu telah menjadi sunah dari Rasul S.A.W. Tapi pakai sekadar bagi hilang bau badan dah la, nie pakai sampai tok imam pun tutup hidung apa citer nie. Pakai minyak atar pun jadi la, satgi pakai Hugo Boss takut was-was pulak.. So next time pi masjid pakai la pakaian yang elok dan suci dari hadas boleh?.


Sayang I ada hadiah untuk you 


Ada juga antara kita yang so sweet or romantik kononnya. Every time jumpa awek  hadiah untuk buat awek-awek cair adalah penting. Kalau tak bagi hadiah pun, kita selalunya akan belanja aweks kita tengok wayang or belanja makan and others. Bagi yang gentleman sure akan buat macam tu, kalau yang dak tu malang la aweks depa.

So kalau dah boleh bagi hadiah or belanja aweks time berdating, apa salahnya time pi masjid pun bawak la hadiah sikit. Hadiah kat sini semestinya derma. Ada tabung duk lalu depan kita tu ataupun ada budak duk bawak guni kecik tu, please la derma sikit. Kalau kedekut sangat pun at least seringgit pun cukup la. Apa salahnya kita menderma sikit bro. Sikit ja pun. Tak makin miskin la oit. Tapi kalau dah kedekut tahap super saiya tu dah tak boleh kata apa la (nanti aku buat special entry untuk si kedekut).

Dari Abu Hurairah r.a., Rasullah S.A.W. bersabda,
"Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Allah S.W.T. akan menambah kemulian kepada hambaNya yanf pemaaf. Dan bagi hamba yang tawadhu' kerana Allah S.W.T, Allah S.W.T. akan mengangkat darjatnya.
(Muslim; Misykat)


So apa nak takut, rezeki nie tak akan Allah stop untuk kita selagi kita tak stop memberi. Insyallah.


Ala sayang! Jangan la msg dengan orang lain/ Jangan lah sembang dengan orang lain


Hmmmm, mesti hampa selalu kena tegur macam nie kan. Bagi yang busy dengan skandal or dengan works ayat tu la la yang tersembur dari mulut aweks manis kita. Time dating please no phone ok?.. Hmm damn pun rules nie. Yang sayang awek sure akan ikut, yang kurang sayang awek tu... No komen. Well persamaan kat sini, ari jumaat lepas aku ada tegur brader sebelah aku, time khutbah jumaat boleh dia duk main phone, msg sapa la tu. Aku tak kisah kalau sat saja dia main, tapi nie setiap kali dia tekan phone mesti bunyi, tot,tot,tot. WTH bro! Aku nak dengaq khutbah la macho!. Sebab tu aku tegur. Tapi dia jawab macam nie.


" Ala dik, abg msg je pun bukan abg cakap dengan sapa-sapa pun" sambil tersenyum kat aku.


Aku pun malas nak khutbah dia. Tiba-tiba khatib ada menyebut.


" Janganlah kamu bercakap-cakap sewaktu khutbah berlangsung, sama ada cakapan kamu itu adalah halus dari bahasa, maknanya disini ialah bermsg atau meng'on9'kan diri kamu"


Aku tengok brader tu then senyum. Dia terus off phone dan masukkan dalam poket seluaq.
So bro kalau hang bermsg pun dikira bercakap-cakap dengan orang lain. Sama je la dengan sembang dengan orang sebelah. Kan tok bilal ada peringat maka akan kurang lah pahala bagi mereka yang bercakap-cakap. 


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan 'Diam', maka laghalah (sia-sia) dia."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Diam ketika khatib berkutbah adalah wajib bro. Kerana boleh kehilangan pahala Jumaat hampa tapi masih sah solat Jumaat hampa. Nie sebab tak mau menganggu orang lain yang khusyuk mendengar khutbah. Tapi kalau ada orang buta depan hampa yang nak terlanggaq tiang tu, tolong la habaq kat dia sat.





Sayang jangan fikir masalah lain boleh?


Klise punya ayat again. Time dating jangan la duk buat muka pikiaq masalah. Awek hampa sure angkat kening. Apa nie mai dating duk buat muka tension. Sama la gak dengan sembahyang Jumaat pun. Kalau boleh time sembahyang tu sila la khusyuk alrite bro. Sudah sembahyang, time doa tu la masa nak mengeluh, nak meminta, nak teriak(menangis). Sebab kat umah Allah lagi makbul rasanya meminta dari Allah.


So guys tu la persamaan bagi aku dalam hal nie. Kalau nak berubah secara terus tu aku taw mustahil. Orang kata slow-slow la. Step by a step. Yang pasti aku bukan ustaz yang berrtauliah. Tapi hanya pandangan aku ja. Salah silap sila la comment. I'm sure will improve my self. Teguran nie juga adalah untuk aku dan hampa yang membaca untuk aweks sekalian sila la berkongsi dengan boy-boy anda. 


Owh lupa hai readers Germany, hai readers Japan, hai readers USA, and others oversea readers.. Huhu..


hanyalah hiasan sahaja
Anyway Welcome to my blog and thanks















Friday 1 July 2011

Transformers 3- Dark of the Moon Tak Best...........?!

Asslamualaikum
dan Selamat Sejahtera

Sapa tak kenal nie!
Transformers, transformers, transformers....
Tak dapat dinafikan lagi filem nie adalah filem yang dinantikan-nantikan oleh seluruh umat yang meminati cerita-cerita aksi mahupun sains fiksyen dan juga yang meminati Megan Fox! Ehh dia dah tak de dah..

Kalau dak tak kan la kawan-kawan aku dari Bangi sanggup meredah trafik sampai ke Bandar Utama Damansara kan... Naik moto lagi (mereka bukan mat rempit).Orang Perlis pun mai tengok kat One Utama.. So take note Perlis tak dak 3D cinema, ehh panggung pun tak dak..(sori orang perlis, tapi nie fact). GSC juga telah membuat penjualan tiket movie nie seminggu lebih awal. Panggung lain aku tak sure... Weekend nie jangan harap la hampa boleh tengok time malam.. Sure fully book! Gsc saja yang lain aku tak taw.

Ok back to the main subjek
TRANSFORMERS 3-DARK OF THE MOON

Untuk memudahkan review dijelaskan aku memecahkan kepada beberapa bahagian yang aku boleh komen sahaja.

Jalan cerita
Bagi sapa-sapa yang mudah tidoq dalam panggung tu, mungkin cabaran juga aku rasa. Story slow sikit.
Kaitan manusia pertama menjejakkan kaki di bulan dengan menaiki Apollo 11 dan kapal angkasa Transformers yang terhempas di sana. Dan seterusnya menjadi top secret USA.  Dan seterusnya dan seterusnya.. Ahh tak kan aku nak habaq sampai habis.. Jalan cerita awal sedikit slow tapi agak membangkitkan sifat ingin tahu antara kaitan sejarah sebelum ini. Lepas tu bermula la action-action Autobot bekerjasama dengan agensi USA. Then penonton pasti terWow! dengan penampilan awek nie. Mai kat tengah plot agak boring sebab banyak cakap dan explanation.. Penonton pasti akan ada yang sedih tengok Autobots kena usir dari bumi nie dan kena tembak dengan Starscream!.. Hujung-hujung movie yang penuh dengan action dan taktikal manusia dan autobots melawan musuh-musuh mereka. Maybe akan ada yang merungut cerita nie banyak sembang aa, yup it's true, memang banyak la benda nak kena habaq dalam citer nie kan..




Action
Action movie nie memang tak dapat dinafikan la wei. First class action movies bagi aku. Tapi aku tak puas hati Megatron lawan sat ja kut.. WTF, ketua jahat tikam seorang dua dah abis action dia.. Bumblebee pun agak sikit scene action berbanding dua movies yang terdahulu, mungkin nak bayaq gaji berlakon mahal sangat kut. But still amat best!

Shockwave lagi banyak Action dari Megatron kut!


Casting




Watak Sam yang makin dewasa, yang makin punya rasa tanggungjawab terhadap dunia,autobots dan aweks dia.



Watak Carly Spencer yang dipegang oleh Rosie Huntington-Whitney. Ramai yang pasti complain dia nie tak macam Megan Fox. Meme lain la wei, watak pun lain. Megan Fox memang seksi dan ala-ala ganas sikit.. Tapi awek Rosie nie seksi plus ayu-ayu sikit bagi aku.. Huh.. (antara sebab aku nak tengok movie nie actually). Dia juga supermodel Victoria Secret.


Dalam movie nie juga wujudnya watak-watak baru samada dikalangan pihak manusia dan robot-robot sekelian.

Mamat nie pun ada.. Penting gak dalam movie nie

Cars
Ternyata kereta yang sempoi dan hensem dan juga macho merupakan tarikan selain robots.. Aku letak gambar ja la noh supaya boleh menghayati

you name it!


Kiri tu ferrari 458 Italia yang kanan aku tak taw





Nascar Juan Pablo


AMG bukan OMG ok


Tudia2.. sapa la agaknya nie..


Hah! Hero gagah perkasa dalam Transformers

Aku rasa banyak tu cukup la kut.. Letak banyak-banyak hampa jemu pulak nanti dengan blog aku.
Apa yang boleh aku katakan kat sini as my last word, you'all should tengok movie nie dalam format 3D! Like seriously! Kalau tengok format biasa.. I would say you are wasting your time guys! Rugi! Rugi! 
Umpama berak tapi tak basuh .


Tapi aku rasa agak missing something about this movie, mungkin terlalu lama duration, mungkin aku terlalu mengharap action yang lebih gempak, mungkin aku rindu sama Megan Fox.. Ahh! Nanti hampa dah tengok sila la comment kat sini..




Anyway Welcome to my blog and thanks

Click la sini

article menarik