True words are not always pretty, pretty words are not always true

Sunday, 7 August 2011

Khas Bagi Mereka Yang Berada Di Luar Negara!

Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera.




Wahai perantau-perantau di luaq sana, sihatkah hampa semua?.

Macam mana berpuasa di perantauan?.. Mesti rasa rindu dengan suasana berpuasa di tanah tumpah darah kita kan?. Ada yang rindu dengan family semestinya, ada yang rindu dengan masakan disini dan juga lain-lain.

Hehe jangan sakit hati aku tanya macam nie.. I'm just asking..


Ok la, direct to the point. Mungkin nie adalah satu tawaran yang sedikit sebanyak dapat mebendung rasa rindu terhadap Malaysia. Aku dengan rela hati mengunakan blog aku nie untuk membuat sedikit research pasai kehendak rakyat Malaysia di luar negara(padahal tak ramai pun baca blog nie). 


RABUNG UTARA ENTERPRISE akan menawarkan perkhidmatan export atau penghantaran barangan ke setiap rakyat Malayisa di luar sana mengikut permintaan. Jadi mungkin blog aku nie boleh menjadi tempat permintaan atau shortlisted place untuk sementara waktu sehingga RABUNG UTARA ENTERPRISE mempunyai webpage mereka sendiri, mungkin next week. Segala transaksi pembayaran adalah melalui Paypal dan account transfer. Mereka juga adalah syarikat penuh bumiputra yang beralamat di Kota Damansara. 




So kalau hampa ada apa-apa yang nak minta dikirim(berbayar ok), boleh la tinggal pesanan kat ruangan comment aku nie. Barang apa pun boleh insallah bak kata mereka kecuali barangan basah, contohnya Kari kepala ikan,Nasik kandar pelita, dan lain-lain yang sejenis. Barangan yang boleh dihantar adalah seperti rempah ratus buatan Malaysia, songkok  atau lebai, baju kurung, baju melayu, barangan IKS dan lain-lain lagi.. You just name it first then they will contact you guys. Tambah-tambah nak raya dah nie.


Lupa pulak nak bagi habaq, hampa juga boleh check depa punya link ebay mungkin next week juga, tapi buat masa lanie hampa just habaq ja apa yang hampa mau. Depa boleh beli then send to you. Soal harga aku rasa memang berbaloi la.


Sekali lagi bagi mereka yang berminat boleh la tinggalkan pesanan di bawah berserta nama. Depa akan memenuhi tuntutan anda. Sekian terima kasih dari pihak Rabung Utara Enterprise .

Anyway welcome to my blog and thanks

p/s: Jangan teragak-agak nak meminta, rindu yang teramat mungkin dapat diubati oleh barangan dari Malaysia.

Friday, 5 August 2011

Mengapa kawan mengata dibelakang kita?

Assalamualaikum





Everyone sihat ka? posa ada tinggai dak lagi?



Bila berbicara soal cakap-cakap belakang atau bahasa mudah tikam belakang, aku pasti ramai yang pernah alaminya sendiri. Aku pun pernah. Kadang-kadang tu kita terfikir awat kawan baik aku sendiri yang buat macam nie kat aku?. Kalau aku kata ada yang sedih dan ada ramai lagi membara mesti hampa setuju dengan aku kan?


Ada juga yang bergaduh kaw-kaw punya, sampai ke tahap bertumbuk sepak terajang pun ada, ada juga yang sampai putus kawan tu paling habis cerita la, ada juga yang sampai putus sedara dan macam-macam lagi. Tapi ada juga yang boleh memaafkan kelakuan si penikam belakang tu, mungkin bagi dia macam gatal-gatal je kena tikam kat belakang. Banyak lagi la aku rasa kesan dari tikam belakang nie.


Tapi kalau di tanya awat kawan aku buat macam nie? Memang tak dapat la jawapan. The answer only with the backstabber. Okey lani aku nak memberi pendapat sikit pasai hal nie.


Kenapa orang menikam belakang kita one of it ialah, backstabber tu memang tak boleh masuk dengan perangai kita. Setiap tingkahlaku pasti jadi masalah. Ada unsur cemburu yang kuat la kononya. Jenis nie yang payah sikit nie, kadang-kadang tu elok ja kawan tiba-tiba nah berdarah belakang badan. Cara paling mudah nak hindar ialah kita buat tak taw ja, find a better friends. Kalau nak layan buat penat ja sebab backstabber nie memang dari awal tak boleh nak setuju dengan kita. Tapi kalau jenis nie aku akan rasa proud dengan diri aku, ye la dah dia duk cerita pasai aku ja, mesti dia selalu ingat about me.



Ada juga backstabber nie tak bermaksud pun untuk buat cerita atau mengata tapi keadaan yang membuatkan sesuatu gurauan tu jadi a big deal. Contohnya si A saja nak bergurau dengan memanggil si B dengan gelaran seperti "oit gemok!" dalam facebook yang dia rasakan lebih mesra, then si B membara pulak disebabkan si B baru nak mengenali si A nie dan ada dua tiga orang yang jadi batu api. Padahal si A pun gemok gak, so sepatutnya tak ada masalah. Jadi backstabber nie bukannya backstabber la kan. So jangan nak cepat bara.


Backstabber juga selalunya dari bekas atau kawan baik kita sendiri, rasa pelik kan but that's what happen. Ada dua jenis sebenarnya. Iaitu backstabber yang memang backstabber, dia jealous  dengan hang punya femes tu ka, hang punya kepandaian ka, hang punya kecantikan ka, atau hang punya kecomelan atau lain-lain hal. Dia nak kat bf/gf-suami/isteri hang ka, boleh ja dia tikam hang. Bagi hancur hubungan hang settle semua then ada chances nak dapat la apa yang dia nak. Jenis nie hang kena kuat la part belankang hang tu. Aku pun tak taw macam mana nak membendung.



Ada juga BFF kita yang 'ter'jadi backstabber. BFF jadi backstabber lagi la membara-bara, yang sedih pun ada.Tapi ada hampa fikir pasai apa dia jadi backstabber? Aku rasa hampa tak akan fikir pasai tu? Yang aku taw hampa mesti nak bubuh dia balik kan. Kenapa aku katakan 'ter'jadi, maksud dia lebih kurang macam nie la. BFF hampa ada perasan yang hampa ada buat salah seperti pinjam duit tapi lambat bayaq, nak jadi leader tapi idea and cara yang salah atau dalam kelas duk buat kepala, tapi mostly hampa just buat kepala tanpa ada kebenaran. Jadi dia nak menegur kelakuan sumbang nie tapi takut ada yang terkilan jadi terpaksa cerita kat another member yang agak baik  untuk sama-sama settle kan masalah sumbang nie (adoi lenguh pungkoq pulak duk lama sangat nie). Plan dah baik punya macam mana nak tegur tapi member yang sorang lagi tu boleh pulak buat cerita tambahan kat another member yang pastinya akan tersebar seperti hembusan bersin. Jadi secara tak sengaja akan 'ter'jadi backstabber.


Bila hampa tanya pasai apa tikam dari belakang nie? Dari depan tak berani ka?Then di jawap, "aku memang nak tegur tapi tak taw macam mana nak tegur". "Kalau aku tegur face to face,then direct to the point aku sure mesti hang tak boleh terima punya" "Sebab apa aku kata macam tu sebab hang nie rasa semua betui kat hang" . See what I mean? Kalau jenis yang susah nak terima nasihat atau teguran orang lain memang macam nie la jadinya. Especially yang cepat membara tu, ya hang la kut!. So please listen to others, only they can see your mistake.



Jadi kalau ada orang yang menikam belakang kita, aku rasa sepatutnya hampa soal siasat la dulu cerita dia. Mungkin dia tak sengaja atau mungkin dia sengaja. Who knows?.


Anyway welcome to my blog and thanks.

Monday, 1 August 2011

Selamat Berjuang Melawan Nafsu Pada Bulan Ramadhan

Assalamualaikum




Wahai gadis-gadis, hampa dah selesai ganti posa ka? Kalau dak nanti double la ganti posa tu. Hikhik.




Alhamdulilah, gua baru selesai melantak untuk sahur pertama tahun nie(nampak sangat tak pernah posa sunat isnin khamis). Daging masak kicap, teloq masin dan sayoq kacang panjang jadi la noh untuk bersahur. Nanti duk umah sewa tak dapat la semua nie.....


Perlunya kita bersyukur sebab kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan tahun nie, bukan semua orang dapat berjumpa dengan bulan istimewa nie, ada yang telah Allah jemput dulu, ada pulak yang ditimpa kecelakaan so nak posa tak boleh. Alhamdulilah, target gua nak improve posa tahun nie dari tahun lepas yang macam tak sempurna ja gua rasa.


Sebenarnya pada bulan nie juga kita perlu berjuang melawan nafsu kita sendiri maklum la, iblis syaitan semua kena lock kan jadi yang akan menghalang kita hanya la nafsu sendiri. So sepatutnya senang la nak melawan, tak dak hasutan lain.


Nafsu tidoq yang membuak-buak, sapa yang berjaya bangun sahur secara tak langsung hampa dah berjaya melawan nafsu tidoq. Ingat senang nak bangun? yang jenih baloq liat habis la sahur dia. Rugi wei rugi!. Orang kata tak dapat la fadilat bersahur tu dan juga tak ikut sunah nabi S.A.W. Kalau malaih sangat, minum ja segelas ayaq ja. Kononnya nak diet la tu nanti time berbuka makan macam jin. Tidoq juga satu ibadah akan menjadi alasan untuk sapa yang malas atau letih pada siang hari. Okey nanti time judgment day list pahala mai kut tidoq bulan posa ja, langsung tak macho. So jangan banyak tidoq sangat. Banyak ibadah lain lagi yang bermakna.


Nafsu mangawan atau nafsu berdating akan menjadi masalah juga nanti. Bagi yang bercouple tu yang ternyata menghampiri zina sepatutnya berjuang berhabisan melawan nafsu untuk keluar berdating. Sekurang-kurangnya bulan nie hampa berjaya mengurangkan dosa dari berdating. Okey mungkin akan ada yang kata, "ala kami pi bukak posa sama-sama pun tak boleh ka?". Boleh aih pi bukak posa sama-sama, tak dak masalah cuma nanti lepas berbukak tu apa yang hampa akan buat? Sumpah pi sembahyang terawih sama-sama la kan. Jarang aa pi sembahyang sama. So guys and ladies kurangkan nafsu berdating nie. Yang ladies jangan jadi gatal-gatal okey.



Nafsu cepat marah akan menjadi masalah juga time posa nie. Bulan mulia nie juga adalah medan atau masa yang sesuai untuk melatih anger management hampa semua. Yeah sesuai juga untuk gua juga. Gua rasa jenih yang cepat marah macam aku nie perlu memupuk sifat sabar dengan lebih lagi. Gua tau bukan senang, salah satu caranya ialah kita suruh la rakan atau family yang rapat tegoq kita punya bara tu. Satu lagi banyak-banyak la ambik ayaq sembahyang supaya kita cool sikit, tapi part kumoq tu jangan lebih-lebih pulak. Satu lagi cuba la ucap kalimah-kalimah Allah supaya tenang sikit.


Nafsu membazir yang membazir selalunya muncul ketika petang iaitu ramai antara hampa yang suka membeli macam-macam makanan, tapi end up haram tak boleh makan semua jadi hampa dah membazir kat situ. Membazir kan sifat setan, tapi setan kan dah kena rantai so membazir tu memang dah menjadi sifat hampa la.
Membazir bukan saja kat beli makanan tapi hampa kalau jenih nak bersiap sempoi-sempoi punya untuk raya. Kalau setakat beli sepasang dua baju raya tu okey la lagi. Nie ada yang sampai 7 pasang, what the hei nak bagi cukup seminggu kut berlaram untuk raya. Tu tak cerita lagi mak-mak hampa yang duk bersiap nak percantik rumah, nak lawan dengan rumah sebelah katakan. Huh, membazir tu bukan sifat Islam yang sejati ye.



Nafsu makan sepatunya akan berjaya dibendung oleh para pengemar makanan, tapi nafsu nie paling payah gua rasa. Time sahur nak makan heavy kononnya dapat la tahan sampai nak berbuka nanti tapi mai dalam kui 9-10 pagi mata dah mengantok so hampa akan blame kenyang sangat. Nafsu makan juga akan membuak-buak sekali lagi time nak berbuka. Mula la nak plan makan macam-macam. Bagi orang yang macam gua nie, yang bertubuh besar nie sila la kawal pemakanan hampa semua.Time nie la nak diet pown kan. Lagipun kalau time berbuka makan banyak jadi masalah pulak bila dah kenyang sangat tak larat la nak pi terawih. Memang shit aa bagi alasan nie. So please control makan.


Nafsu nak terbukak sana sini. Maksud gua kat sini dalam bulan posa nie jangan la nak pakai pakaian seksi-seksi bagi yang perempuan. Nie nak keluaq pi Pavilion mau ja pakai short pants, taw la bulan posa nie panas sikit tapi tak pikiaq pulak neraka tu lagi panas beb. Laki-laki yang tertengok pun panas ja mata. During this period la ladies boleh belajaq nak tertutup aurat tu sikit. Bukan pakai tudung ja taw, tutup aurat lagi better. Nie pakai tudung dah okey tapi still pakai baju ketat-ketat, baju lengang pendek and others you name it. Kesian la kat laki-laki nie, nak lawan nafsu lapaq satu hal, tambah pulak nafsu mata nie.. Adoi terseksa taw laki-laki. Ada juga rakan-rakan perempuan gua yang dulunya tak pakai tudung tapi lepas posa tahun lepas terus letak tutup aurat, huh sejuk ja mata memandang. Nafsu pun tak bergelora dosa pun tak bertambah.


Nafsu merokok.... Errr tak mau komen banyak sangat nanti ada ja alasan.


Nafsu sekodeng aweks cun. Time bulan posa memang letih la nak control kan guys. Pi ja kat pekan sikit, Huh! tercabar kut. Tak mau tengok akan ada ja yang tertengok, tambah-tambah yang bukan Islam punya dress up. Apa perlu kita buat? Kalau dah tertengok tu tengok la lama-lama jangan tertutup pulak. Satu lagi istifar la guys. Gua tau tengok yang indah tu nikmat. Tapi sila control pandangan anda. Perempuan pun sama ja.


Nafsu ber'online' yang ternyata telah sebati dengan diri kita, termasuk gua. Kalau boleh time posa nie slow la sikit meng'oline' tu cuba hampa ganti dengan baca al-quran ka, sembahyang sunat tahajud ka especially after midnite, ramai yang gua taw selalu online sampai ke subuh. Cuba buat yang termampu untuk memperbanyakkan ibadah kita, mana nak pi taw malam nie malam last ka, kan rugi.


Nafsu mengata kat orang. Nafsu nie pun boleh terjadi tanpa sengaja. Kadang-kadang tu bukan nak kutuk tapi saja nak sembang pasai sesorang tu tapi tiba-tiba terkutuk pulak. Huh!. Sila control. Gua pun kena control nie.


Nafsu bermalas akan menjadi faktor gua rasa. Contohnya kalau dah posa tu kerja jadi lembab, assignment jadi tak perfect, masuk kelas asyik menguap ja. Please don't be like this, buat buruk nama Islam ja dengan perangai hampa tu.


Jadi ladies and guys sila la berjuang melawan nafsu-nafsu hampa sekalian. Gua pun perlu juga melawan.Gua taw bukan senang tapi we should try our best with it. Sapa la yang perfect kat dunia nie. Okey nanti boleh la buat entry pasai kebaikan atau kelebihan bulan Ramadhan pulak.


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak! Posa biar penuh, ibadah ditambah dan jangan membazir ye!



Anyway welcome and thanks.


p/s: Gua dah ada business beb! hee. Lupa pulak, kelas semua start sejam awal bulan posa nie...

Click la sini

article menarik