True words are not always pretty, pretty words are not always true

Friday, 30 September 2011

Unikl ISE- Student Life Here

Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera.


Huh!, It's been a while I did not post anything here. I try to make some entry that maybe can give you all some information, but my life rite now is lack of time. Seriously, my life is not the same like before raya. Jari-jemari nie pun dah berkarat aku rasa. Bila datang je idea nak buat entry, aku buka je blog aku terus tak ade masa nak taip. Assignment mungkin penyebab, mungkin juga aku masih tak efficiently manage time aku, entah la kelam kabut aku rasa.. Ehh.. Awat pulak aku duk beletiaq kat sini.. Okey sorry sebab buang masa hampa..


Kembali kepada tajuk asal. Ada orang tanya aku macam mana keadaan Unikl ISE.semua nie disebabkan entry yang nie dan yang nie. Sebenarnya aku tak taw nak habaq apa so aku akan habaq apa yang aku hadapi dari awal hari pendaftaran hingga la hari yang baru-baru ini.



Kampus

Aku habaq pasai kampus dulu la. So guys, kampus city nie bukan la besar sangat, tapi tanpa diragui lagi kampus nie paling tinggi antara semua kampus Unikl. Yang mana gayat tu, cuak la nanti.. hee.. Mungkin hampa perlu adjust dengan high altitude class di awal semester (mungkin apa, pasti!). Tapi jangan risau hampa tak akan kena naik tangga untuk ke kelas kecuali la nak cepat sampai sebab selalunya time class lifts sure full. Senang kata pi kelas awai la. Sedikit penambahan, disebabkan kampus terletak di bandar jadi parking area agak terhad and tempat riadah untuk student hanya di tingkat 1(dengar citer ada gym).

Courses

Kat ISE untuk degree baru ada tiga iaitu BBA Islamic Finance(IF), BBA Management and Entrepreneurship(ME) and B of Accounting. Aku habaq awal-awal la, untuk ME student paling ramai kat course nie, untuk IF kurang sikit so dalam kelas tak sesak sangat. Untuk Accounting, aku rasa lagi sikit kut dari IF. Kalau nak pilih programme tu pilih la yang menjamin masa depan ada sendiri.

Lectures

Perlu ka aku cakap pasai benda?. Okey maybe someone of you want to know. Setakat lani atau sekarang, lecture ISE yang aku kenal atau pernah nampak semuanya okey dan relax je.Tapi satu peringatan, time degree nie ramai lecture nak kan perfection dalam setiap assignment kita especially final assignment. So nanti jangan complain kalau perlu berdepan dengan lectures macam nie. Ikutkan je sebab result kita tu ditangan lecture.


Facilities


  • Facilities paling utama mesti la classroom kan. This one memang okey (Air con sampai menusuk kalbu la)
  • Library. Aku baru masuk 2 kali ja semester nie, tapi memang okey sebab banyak ruang-ruang untuk tidor.
  • Surau. Amat luas tapi sayang jarang penuh. View pown cantik boleh tengok KLCC.
  • Cafe. Aku selalu lepak je nie, sebab aku lebih prefer makan kat Kg Baru.


  • Lift. Terima kasih sebab terciptanya ciptaan nie. tak perlu dah la mendaki tangga sampai ke tingkat 23. Lift ada 7 pecahan yang menuju ke atas, 1 pecahan menuju ke bawah. Ada lift yang direct boleh naik sampai ke tingkat 23 and ada yang berselang-selang tingkat dia so kena alert.
  • Hostel jangan harap ada. Tapi next intake maybe ada, maybe.

    Loan/Biasiswa/Yuran Semester

    Soal nie ramai yang duk tanya Unikl ISE boleh apply MARA tak? Ramai juga yang duk risau. The answer is yes you can apply. Aku dah apply and aku dah ditawarkan. Tunggu dapat surat perjanjian ja. Semester depan dah boleh enjoy sikit life aku rasa. Bagi yang income parents dah terlampau tinggi and dah kena blacklist boleh la apply untuk PTPTN( aku sampai mati pown tak akan apply loan nie, riba2). Alright, bagi yang agak kesempitan wang di awal semester boleh la try mohon dana zakat kat negeri masing-masing. Plus kalau dah daftar, yang mana asal dari luar wilayah persekutuan boleh juga apply yayasan al-taqwa, dia bagi la 1000 ringgit aku rasa. So bagi aku soal yuran nie jangan nak risau sangat banyak alternative boleh dicari.


    Social Life

    Social life, kena apa perlu ada?. Everything is social life rite? Nak makan pun kira bersocial la tu, nak study bergroup pun bersocial la tu. Aku rasa okey ja duk kat KL nie kalau rasa boleh tahan dengan jem and ramai manusia nie.Okey aku dah tak ada benda nak habaq kat sini.

    Personal Insurance

    Aku ingat Unikl ISE subscribe insurance yang bodo-bodo je, tapi sekali ambik insurance under Etiqa Maybank da. Dan diurus oleh Medijaring. Kalau rasa nak rehat-rehat kat mana-mana wad tu, boleh la pi tunjuk Kad kat mana-mana hospital boleh.

    Hal Rumah Sewa

    Akhirnya aku dan rakan-rakan dah selesai bab rumah sewa. Asal plan nak stay 7 orang, tapi 6 orang yang betul-betul stay. Living dengan rakan-rakan yang dah kenal 2-3 tahun tak ada masalah la. Time ada event Main DOTA) ja meriah la ceritanya.

    Tempat duk lepak


    Hmm, aku rasa sampai situ ja aku bagi maklumat (ada ka maklumat). Bagi sapa yang terlintas nak apply January intake nie, sila la pi usha web Unikl. Jangan nak hold-hold lagi, umuq tu makin bertambah. Nak tunggu IPTA ada harapan lagi ke aku tanya hampa. So apply je la nanti boleh join the rats race kat Unikl nie.

    p/s: Huh dah nak final exam dah


    Anyway welcome and thanks for reading.

    Tuesday, 30 August 2011

    Perkara-perkara Biasa Sewaktu Hari Raya

    Assalamualaikum


    Aku tau benda nie semua orang buat. Semua orang akan buat!. Tak kisah la macam-macam cara, tapi orang still akan buat. Ada yang buat then kena bayar. Ada yang buat tapi langsung tak kena bayar. Ada yang ambil masa lama nak buat, dua tiga hari baru siap, ada yang seminit dua je, dan juga ada yang sesaat dua je.


    Pasti anda, dan anda juga buat. Ya anda yang membaca pasti buat!.


    Apa yang anda buat aku pun nak buat jugak. Apa yang aku nak buat?

    Aku nak ucap

    Aku buat khas untuk hampa (sumpah)


    Seriously aku nak ucapkan pada semua orang. Terutamanya mereka-mereka yang rapat dengan aku. Mereka yang terjebak dengan aku setiap hari. Dah tiap-tiap hari berjumpa mesti ada terkasar bahasa dan juga perbuatan. Kadang-kadang tu tak jumpa pun boleh mengata, especially dalam Facebook la.

    So anyone who ready my blog. I want say I'm sorry for what I done, sedar ataupun tidak.

    I wish you all a wonderful Eid ul-Fitri ever!! Insallah





    Monday, 29 August 2011

    Kedah Menanti Hari Cerah

    Assalamualaikum




    Sewaktu aku menaip entry nie malam ini adalah malam terakhir umat islam berterawih(tu pun kalau hari selasa raya).

    Semenjak aku pulang di negeri Kedah Darul Aman, apa yang aku rasa hanya la sejuk. Bangun pagi pukul 11 pagi pun masih rasa macam pukul 8 pagi. Hebat betui! Selalunya Kedah panas like paling panas kat Malaysia nie.  Daripada aku sampai hari Jumaat lepas asyik hujan ja. Tak meleleh pagi, meleleh petang, tak meleleh petang meleleh malam. Huh! Basah ja negeri Ku ini.


    Aku tak kisah pown nak hujan. Hujan tu kan rahmat Allah. Tambah puasa kalau tak panas best ja rasa. Tapi satu benda yang aku takut kalau hujan non stop nie iaitu BANJIR!!!  

    Orang belah utara nie panggil Ayaq Bah! Negeri paling hujung kat semenanjung nie dah la senang banjir (PERLIS) kalau Perlis banjir besar Kedah pun pasti terima akibat yang sama jugak. Huh! Tak mau la Raya dalam ayaq bah nanti.

    So wahai hamba-hamba Allah yang nak beraya nanti doa-doakan la agar tak ada sebarang bencana yang belaku. Doa kan hari raya paling cerah dan sempurna, Insallah!!




    p/s: Happy birthday(belated birthday sebenarnya) diucapkan pada salah seorang follower aku iaitu Esul. Blog dia best gak, pi la usha.

    Click la sini

    article menarik