Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera
Wahai readers yang berilmu dan bijaksana.
Lately ni ada satu persoalan yang bermain difikiran aku. Masuk ja bulan 7, kepala aku dah hampir serabut. Tapi tak serabut macam haikal kut. Especially 8 hb julai, time aku duk makan ada satu msg masuk menyatakan, semak keputusan ke IPTA mulai jam 12 tgh pada 15 July. Adoi bertambah serabut. Time nie dah jadi haikal. Dah gosok kepala dah.
Entry nie bukannya aku nak compare antara dua IPT yang terbaik kat Malaysia nie. Tapi antara pilihan yang perlu aku buat. Perbandingan antara dua diatas.
UUM memang antara business school yang terbaik kat Malaysia nie. Kalau pelajar yang berjiwa business macam aku nie, kira sesuai la sangat. Aku taw 15 nie baru boleh check keputusan dapat ka dak. Tapi aku rasa macam aku boleh. Ya memang susah nak dapat, aku taw. Member aku yang 3.9+ CGPA lepasan poli pun kena buat rayuan. Aku taw diploma aku just 3.++ ja, but still aku yakin aku akan dapat. Mungkin sebab dari 4 pilihan, 3 daripadanya aku pilih UUM. Tapi kalau dapat aku terpaksa buat keputusan atas beberapa faktor.
Pertama adalah pasal loan/pinjaman.
Sebelum nie aku ada contract dengan MARA. Ada orang kata. "ala dah ada MARA dulu try la sambung balik". Yes I can! But kalau aku sambung kat UUM, maybe aku tak akan dapat full loan, bermakna aku tak akan dapat elaun tiap-tiap bulan seperti time dulu-dulu. Lagi teruk kalau aku apply then tak akan dapat langsung. Aku dah tanya pegawai MARA sebab apa aku maybe tak dapat. Dulu sepatutnya aku tak dapat loan full, hanya dapat untuk yuran pengajian sahaja. Jadi kali nie mungkin aku akan dapat pinjaman yuran pengajian sahaja salah satu sebab UUM adalah IPTA dan berdasarkan kursus yang aku mintak tu aku akan ditempatkan kat di UUM Sintok, bermakna kos sara diri amat rendah berbanding kat Kuala Lumpur. Memang murah aa area-area sana kan. Jadi peluang aku nak dapat full tu agak tipis. Tak mungkin aku nak apply loan PTPTN.. Tak mungkin!
Kalau aku memilih UNIKL ISE, yang mana aku dah dapat tawaran. Soal loan memang tak dak masalah(sepatutnya la). Dapat full loan alhamdulilah sebab satu kenikmatan. Tiap-tiap bulan dapat duit memang best kan. Kalau PTPTN tu..... (sapa yang ambik loan PTPTN faham la).
Taraf pengiktirafan
Unikl memang a well known IPT dalam engineering. Tak payah pertikai la. Tapi kursus yang aku nak ambik nie agak janggal dengan Unikl. Maksud aku janggal kepada orang ramai (bukan student ISE yang sedia ada). Islamic Finance kat Unikl? Yup Unikl. Dah ada dah orang yang pertikai tentang pengiktirafan untuk kursus nie. Aku dah check dengan MQA, memang ada pengiktirafan dari pihak depa. Cuma pengiktirafan dari pihak ramai. Especially bila nak interview kerja. Sure interviewer akan tanya degree lepasan mana nie. "Unikl encik" jawap aku. "Ha Unikl ada Islamis Finance?". Hmm.. Tapi tu tak menjadi masalah pun untuk aku. Hanya untuk segelintir rakan-rakan aku. Untuk pengetahuan selalunya sektor bank tak tanya pun lepasan mana.
Masuk UUM memang gempaq la jadi student kat sana. Kat sini pun aku apply islamic finance gak. Orang tanya, "oit hang study mana?" "UUM". "Dahsyat noh hang". So kalau nak pengiktirafan seperti berikut sila kan(tu yang kepala otak aku duk pikiaq).
Kursus yang ditawarkan
Unikl aku dah dapat Islamic Finance yang mana memang aku nak.
UUM kalau aku dapat Islamic Banking and Finance memang aku pi.
Sosial Life
Sapa yang tak taw, UUM Sintok tu agak ulu. Ehh, sat memang ulu. Bukan nak kutuk tapi memang. Maksud aku ulu bukan tak dak jalan tar,bukan tak ada elektrik atau ayaq ada semua tu cuma.. Well you know better sapa yang study kat sana. Tapi aku tak kisah betui-betui aku tak kisah. Aku sambung study kat UUM bermakna aku akan balik ke tanah tumpah darah ku. Negeri Kedah beb! Negeri kesayangan ku. Tapi tu la..
Unikl ISE pulak well betui-betui kat KL. Hiburan bersepah kat sini, nak yang very sosial pun senang ja nak cari. Tapi untuk aku yang kurang bersosial nie ok la sekadar pi tengok wayang, main bowling, main ice skating dan juga lepak dengan members sekalian. Aku taw kat Jitra ada wayang, tak cukup boleh pi Aloq Star ada 3D lagi lani nak pi Perlis tak dapat la wayang. But kalau nak compare dengan GSC One Utama tak dapat la nak lawan.
Ehh sat, hang nie nak pi study ka nak pi enjoy. Hmm.. Tersasul pulak. Terus terang aku lebih suka kat KL. Suka dengan sosial life kat sini. Maksudnya orang-orang kat sini lebih mengejar masa berbanding kat sana(ini fact), involvement speaking English lagi meluas kat sini, fasa rana public transport boleh dikatakan bagus(tak pakai kereta pun boleh travel), peluang pekerjaan pun banyak tu pun kalau mau kerja kat KL la. Cuma kat sini dugaan lebih banyak aku rasa.
Hostel
Kenapa aku bangkitkan soal nie, Unikl ada menghantar surat pemberitahuan tidak dapat menyediakan hostel bagi intake July 2011 untuk ISE(lelaki sahaja, pompan tak payah nak kalut). Tapi pihak Unikl yang baik hati ada menyediakan khidmat untuk mencari rumah sewa. Aku dan geng aku telah tolak pertolongan nie. Sebab sewa agak mahal. So nak kena cari rumah sewa pulok doh!
Bagi UUM aku rasa tak dak hal la kut. Kampus besaq kut. Tak kan la tak dak. Cuma aku selalu dengaq ada masalah ayaq tak cukup. Betui ka?. Huh! Masalah gak tu, pi kelas tak mandi, nak membuang awal pagi terpaksa tangguh dak pun nak basuh baju tak dak ayaq.
Family Things
Dulu time awal Diploma boleh kata 2 minggu sekali aku akan balik Kedah. Rindu kat mak pak tak boleh bendung (cis kononnya). Tapi lani bila mak pak aku dah pindah ke Kota Damansara bermakna kalau aku pi study kat UUM sure benda sama akan berulang cost semua tu. Ya aku taw family aku yang lain pun ada kat sana, tapi sememangnya kita lagi rapat dengan our own family rite. Sebab lain kalau apa jadi kat family aku, i'm rite there. Dekat. Bukan nak mintak apa-apa terjadi tapi kita tak taw apa akan jadi. Kalau mak aku kena pi outstation sampai seminggu boleh la aku tolong hantaq adik aku pi sekolah and ambik. So faham-faham la I'm trying to help my family.
Kawan-kawan
Ramai kawan-kawan aku dari kolej nak masuk Unikl. Huh! Lega rasanya. Dah kenai orang senang sikit. Nak tiru assignment pun boleh, nak mintak tolong buat assignment pun senang sebab dah ada kaki yang kita kenal. Dah kenal senang sikit segala urusan, ragam pun dah taw.
Kalau masuk UUM kena la jadi ramah kembali, "Hai, nama aku Dan, nice to meet you". Bukan aku tak suka dan bukan aku tak reti but agak sukar la permulaannya. Aku bukan tak ramah, tapi aku agak pemalu sebenarnya.
So readers tolong bagi pendapat pasal hal nie. Jangan kata aku nie tak mau merantau ka apa, tapi aku dah agak puas merantau dalam Malaysia nie. Lupa nak habaq aku register Unikl 17/07 nie, so tak adil dengan tarikh dapat keputusan UPU. Kalau sambung di Unikl ISE di mana ilmu di laksana (where knowledge is apply) dan kalau sambung di UUM di mana ilmu perlu berbudi dan berbakti dengan orang i guess..
Kawan aku ada cakap belajar la kat mana-mana pun sama tapi kalau belajar tu main-main tak guna gak. He got a point there. IPTA senang nak mohon kerja dengan kerajaan, manakala IPTS(betul ke Unikl Ipts?) nie susah sikit nak kerja dengan kerajaan. Target aku bukan nak kerja pun dengan kerajaan. Tak mencabar mak aku cakap. Kerja senang I guess.
Anyway Welcome and thanks
encik dan...
ReplyDeletesgt happy dan entry awk sgt membantu...
kalo sy jadi awk, sy akan plh unikl.. bkn sbb social life, tp mcm awk kata td, majoriti unikl lg ok.. (bg dr kte).. sy leh bg pndpt sbb sy pon ade dpt unikl ise bln 7 ari 2.. tp x g sbb tgu upm.. then, sy dikecewakn...(cewah..).. so, 70% menyesal.. hehe.. skg, tgu intake jan 2012 bkak, nk apply unikl ise blik.. btw, awk plh pe.. leh cte? :)
salam..en danradhi, sy rs better awk plih unikl,lgpn ur own family da move on ke dmnsara, mcm awk kte, lg dkt ngn fmly sndiri cost pn krg,so sng la..n yg pntng loan 2..if dpt under mara bg sy secure sket compare ngn ptptn..HannaHaibara..nmpknya nsb kita sma..sy pn apply unikl intake jan2012;)
ReplyDeletenurul anne pon apply jugak?
ReplyDelete:)
kos ape..
Saya pelajar uum. Saya cadangkan awak p je unikl. Uum teruk
ReplyDeletedr pengurusan hingga sistem akademik. Tambah2 si kerani. Memang biadap. Pembelajaran pon best.. Pelung kokurikulum sgt sikit. Ipta paling ulu dan small minded. Saya pon dah tukar p ukm. Mohon tukar u n lulus.
Nak tanya sikit bro, dah masuk Uum boleh tukar ke Ukm ke? Senang tak mintak tukar?
Deletewhy uum no good?
Deletekampus unikl kecik ke?
ReplyDeleteUnikl ni ok gak
ReplyDeletei first batch unikl ise..now da tuka nama unikl business school.. :)best gila!pinjam 64k bayar loan rm0!
ReplyDeleteBtw. Nk apply for bis but then closed. Tatau pasai ape. Senin baru check it out.
ReplyDeleteloan mara takde eh kat uum? tolong jawab plis....
ReplyDeleteenter uum wang pendaftaran bpa?
ReplyDeleteenter uum wang pendaftaran bpa?
ReplyDeleteSenang mohon tak nak msuk unikl ni? Spm mate tak kedit. Sye lepasan stpm pointer ckup2 mkn jak. Unikl ni ipt engineering mcm awk ckp. Mesti die nk tgok mate ye dok.. Adudu pening2. Lagi satu nak tnye msu bagus tak?
ReplyDeleteHang masuk dah kan? Takpa aih. Bagi aku pun uum nice je kalau nak save. Siapa kata duduk dekat dengan parent save je? Melainkan kata kata tu keluar bila balik minta duit, keluar enjoy jadi tak guna jugak haha. Dua dua kalau compare takde pros and cons pun. Kalau sebab english involvement, semua bergantung pada diri. Hg tak berani nak cakap dengan foreign student sama je kalau masuk ke unikl. Bagi aku, kalau pilih unikl ni sebab nak social life je comparison dia. Yang lain tu memang aku tak berapa setuju kah kah
ReplyDeletesalam bang dan, saya ni bakai lepaih matrik, kos sains pulak tuh, buleh ka kalo saya nk amik islamic finance kat unikl ise ??
ReplyDeleteAku dulu science stream, then dekat uum ambil islamic finance. In shaa Allah lepas je kalau nak cuba.
ReplyDelete