Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera
Bahasa Melayu sememangnya bahasa ibunda kita sebagai rakyat Malaysia, atau lebih tepat lagi sebagai orang Melayu. Tapi betui ka bahasa nie masih bahasa utama di Malaysia?
Persoalan nie timbul terutamanya di kalangan rakyat yang menentap di bandar-bandar utama negara kita. Seperti Johor Baru, Ipoh, Putrajaya,Cyberjaya, dan semestinya Kuala Lumpur + Petaling Jaya. Aku yakin ramai yang akan berbahasa Inggeris dalam pergaulan mereka terutamnya mereka yang berbangsa bukan Melayu, ya Melayu yang town-town nie ramai yang berbahasa Inggeris dalam percakapan mereka jugak.
Ok aku bukan nak kata salah. Memang tak salah pun, dahsyat la tu fluent berbahasa Inggeris. Tabik spring sikit. Seriously tak salah. Bagi aku sistem pembelajaran di sini dah berhasil dengan adanya mereka yang mempunyai English education dengan baik. Yang aku duk perhati keliling aku ramai antara bangsa Cina dan bangsa cina sudah pun kurang berbahasa Mandarin mereka lebih suka bercakap dalam English. Bangsa India juga sama. Melayu pun sama saja. Tapi kalau mereka cakap pun antara mereka yang boleh dan mahu berbahasa inggeris sahaja.
Kalau orang India yang lebih berpindidikan dan orang India yang kurang pendidikan sure depa akan cakap dalam bahasa Tamil. Cina dan Melayu pun macam tu. Sebenaqnya style percakapan kita bergantung dengan kemahuan kita sendiri ada yang mix up their language like me, atau bahasa rojak dalam percakapan harian.
Tapi yang jadi masalah kalau, orang Melayu sendiri yang tak boleh cakap Melayu! Bukan tak dak, tapi ada! Kalau dah Melayu macam nie, apa pulak halnya dengan bangsa Cina dan India sendiri. Nie yang bawak masalah. Kalau dah dari kecik tu duk oversea sampai umuq 20 an memang payah la nak cakap Melayu.
Tapi nie yang duk kat Malaysia. Tapi sorry I can't speak in Malay. Mungkin dah kat umah depa semua duk cakap English dengan anak depa dalam proses petumbuhan, ehhh pembesaran tanpa sebarang penggunaan bahasa Melayu so jadi la macam nie. Tapi bagi aku at least boleh la berbahasa Melayu kalau tak boleh, hampa boleh belajaq balik la. Take times but you should!.
Bukan aku nak kata depa-depa nie tak sayang Malaysia, tapi untuk memudahkan dalam pergaulan mereka juga dengan orang yang kurang boleh berbahasa English nie.
Ko orang apa? Melayu kan, Jadi apahal ko cakap omputih pulak dengan aku nie!?
Err.. Narrow minded betul percakapan seperti diatas.
Tolong jangan berfikiran macam tu. Tak salahkan kalau member kita nak speaking dengan kita. Dia mungkin nak improve dia punya speaking bagi lagi fluent. Hampa pun boleh gak improve secara tak langsung.Duk dengaq dia bersembang dalam bahasa English boleh la improve hampa punya language kan. So be a more positive person.
Ada juga orang yang kononnya hebat berbahasa English nie mengata orang yang kurang fasih dalam bahasa asing nie bodoh. Yela dah tak pandai cakap dalam bahasa omputih, bodoh aa. Jenis nie yang kurang ajaq oit. Dah pandai (sikit ja pun), mau pulak eksyen lebih-lebih. Ada ka seorang lawyer kata seorang hakim bodoh sebab hakim tu tak mau berbahasa English? You think about it. Tak pun dia yang tak reti cakap dalam bahasa Melayu?.
Okey dah bab tu. Kutuk mengutuk apa pun tak boleh.
Macam aku lebih suka berbahasa Melayu. Bukan sebab aku tak reti cakap English tapi aku lebih selesa dengan bahasa ibunda aku. Nak kata speaking aku suck, tak kut. Yela duk kat resort Pulau Langkawi berbulan-bulan kalau tak reti cakap English, hmm.. Pungah la.
Hampir sebulan aku duk buat physio treatment kat Tropicana Medical Central tu. Fisioterapi nie pulak mula-mula dulu selalu ja cakap English dengan aku. Pernah first time aku pi sana dia cakap English, sebabkan aku sakit sangat jadi selamba ja aku balas dengan loghat utara aku.Sure dia tak paham. But still aku masih cakap Melayu dengan dia sampai sekarang. Setakat sepatah dua tu pernah la dalam bahasa English.
Jadi lani depa (ada dua fisioterapi), akan cakap Melayu dengan aku sebab aku tak mau cakap English dengan depa. Tapi baru-baru nie time tengah duk buat treatment kawan aku dari Russia call tanya pasai rumah sewa di Kuala Lumpur(celah mana dia dapat no aku pun tak taw, mungkin aku pernah bagi). So terpaksa la aku cakap English, tak kan aku nak cakap Melayu pulak. Habis ja cakap.
"There you can speak in English fluently!" awek India fisioterapi bernada keras sedikit.
" Err.. You hear me?" Aku agak terkejut, aku ingat tak dak sapa sebelah tirai katil aku tu.
"Clearly! So why you don't want to speak English with us?(us kat sini ialah dia dan seorang lagi amoi cun)" keras juga nada dia.
"Sebab I suka you all cakap dalam bahasa Melayu" Jujur aku cakap kalau India dan Cina cakap Melayu mesti ada tone yang ganjil sikit. Tapi dalam kes nie dua aweks yang berbeza bangsa tu tone depa sedap gila kalau dengaq. Plus depa-depa nie segak-segak (mula la nak gatal).
So bagi aku don't judge kalau ada orang yang cakap bahasa English tu sombong, lupa daratan pulak, and orang yang tak berbahasa English tu bodoh. Tapi tak rugi kalau belajar bahkan akan ketinggalan nanti dengan arus permodenan. Takut nanti berlaku kes-kes penipuan dalam perjanjian sewa beli hartanah contohnya. Time sambung study kat university pown English tu wajib untuk setiap subject kecuali subject LAN la dan juga terkecuali untuk mereka yang menyambung pelajaran di politeknik. Jadi belajar tu atas kemahuan diri sendiri. Aku memang suka cakap Melayu, nanti kawan aku dari Russia tu mai bulan September nie aku ajaq dia bahasa Melayu. So Olya get ready!
Anyway Welcome to my blog and thanks.
Well said bro well said. I used to bejudged as person who doesn't love our own mother tounge, and it hurts me so bad. Not that I dunno how to speak in malay but it is just the only way I know how to improve my english by speaking. I agreed when u say Jgn judge org ckp english lupa daratan.n yg tak reti ckp eng sebagai bodoh.
ReplyDeleteko bblaja lah bhs russia dan, untung2 dpt jodoh org sana... kihkihkih...
ReplyDeletedhiya: a long comment from you, on top of that thanks, thanks, and thanks for reading.. First of all it should be the motif why we using the language? If we using English because we want to improve, it should not be a problem, but if we don't want to use Malay which is our own language because of out dated!(tak urban) it a totally wrong!
ReplyDeleteJ-free:haha.. memang aku tengah belajar sikit2 nie.. tapi aku kena improve Arabic aku dulu! plus awek tu cantik.. haha
enter your comment
ReplyDeletemasukkan awak komen
Translation in bm or bi??:
Cakap Melayu lah.....kenapa mesti cakap Ingris? ini kan bukan Ingris tapi Malaysia
ReplyDelete