True words are not always pretty, pretty words are not always true

Monday, 1 August 2011

Selamat Berjuang Melawan Nafsu Pada Bulan Ramadhan

Assalamualaikum




Wahai gadis-gadis, hampa dah selesai ganti posa ka? Kalau dak nanti double la ganti posa tu. Hikhik.




Alhamdulilah, gua baru selesai melantak untuk sahur pertama tahun nie(nampak sangat tak pernah posa sunat isnin khamis). Daging masak kicap, teloq masin dan sayoq kacang panjang jadi la noh untuk bersahur. Nanti duk umah sewa tak dapat la semua nie.....


Perlunya kita bersyukur sebab kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan tahun nie, bukan semua orang dapat berjumpa dengan bulan istimewa nie, ada yang telah Allah jemput dulu, ada pulak yang ditimpa kecelakaan so nak posa tak boleh. Alhamdulilah, target gua nak improve posa tahun nie dari tahun lepas yang macam tak sempurna ja gua rasa.


Sebenarnya pada bulan nie juga kita perlu berjuang melawan nafsu kita sendiri maklum la, iblis syaitan semua kena lock kan jadi yang akan menghalang kita hanya la nafsu sendiri. So sepatutnya senang la nak melawan, tak dak hasutan lain.


Nafsu tidoq yang membuak-buak, sapa yang berjaya bangun sahur secara tak langsung hampa dah berjaya melawan nafsu tidoq. Ingat senang nak bangun? yang jenih baloq liat habis la sahur dia. Rugi wei rugi!. Orang kata tak dapat la fadilat bersahur tu dan juga tak ikut sunah nabi S.A.W. Kalau malaih sangat, minum ja segelas ayaq ja. Kononnya nak diet la tu nanti time berbuka makan macam jin. Tidoq juga satu ibadah akan menjadi alasan untuk sapa yang malas atau letih pada siang hari. Okey nanti time judgment day list pahala mai kut tidoq bulan posa ja, langsung tak macho. So jangan banyak tidoq sangat. Banyak ibadah lain lagi yang bermakna.


Nafsu mangawan atau nafsu berdating akan menjadi masalah juga nanti. Bagi yang bercouple tu yang ternyata menghampiri zina sepatutnya berjuang berhabisan melawan nafsu untuk keluar berdating. Sekurang-kurangnya bulan nie hampa berjaya mengurangkan dosa dari berdating. Okey mungkin akan ada yang kata, "ala kami pi bukak posa sama-sama pun tak boleh ka?". Boleh aih pi bukak posa sama-sama, tak dak masalah cuma nanti lepas berbukak tu apa yang hampa akan buat? Sumpah pi sembahyang terawih sama-sama la kan. Jarang aa pi sembahyang sama. So guys and ladies kurangkan nafsu berdating nie. Yang ladies jangan jadi gatal-gatal okey.



Nafsu cepat marah akan menjadi masalah juga time posa nie. Bulan mulia nie juga adalah medan atau masa yang sesuai untuk melatih anger management hampa semua. Yeah sesuai juga untuk gua juga. Gua rasa jenih yang cepat marah macam aku nie perlu memupuk sifat sabar dengan lebih lagi. Gua tau bukan senang, salah satu caranya ialah kita suruh la rakan atau family yang rapat tegoq kita punya bara tu. Satu lagi banyak-banyak la ambik ayaq sembahyang supaya kita cool sikit, tapi part kumoq tu jangan lebih-lebih pulak. Satu lagi cuba la ucap kalimah-kalimah Allah supaya tenang sikit.


Nafsu membazir yang membazir selalunya muncul ketika petang iaitu ramai antara hampa yang suka membeli macam-macam makanan, tapi end up haram tak boleh makan semua jadi hampa dah membazir kat situ. Membazir kan sifat setan, tapi setan kan dah kena rantai so membazir tu memang dah menjadi sifat hampa la.
Membazir bukan saja kat beli makanan tapi hampa kalau jenih nak bersiap sempoi-sempoi punya untuk raya. Kalau setakat beli sepasang dua baju raya tu okey la lagi. Nie ada yang sampai 7 pasang, what the hei nak bagi cukup seminggu kut berlaram untuk raya. Tu tak cerita lagi mak-mak hampa yang duk bersiap nak percantik rumah, nak lawan dengan rumah sebelah katakan. Huh, membazir tu bukan sifat Islam yang sejati ye.



Nafsu makan sepatunya akan berjaya dibendung oleh para pengemar makanan, tapi nafsu nie paling payah gua rasa. Time sahur nak makan heavy kononnya dapat la tahan sampai nak berbuka nanti tapi mai dalam kui 9-10 pagi mata dah mengantok so hampa akan blame kenyang sangat. Nafsu makan juga akan membuak-buak sekali lagi time nak berbuka. Mula la nak plan makan macam-macam. Bagi orang yang macam gua nie, yang bertubuh besar nie sila la kawal pemakanan hampa semua.Time nie la nak diet pown kan. Lagipun kalau time berbuka makan banyak jadi masalah pulak bila dah kenyang sangat tak larat la nak pi terawih. Memang shit aa bagi alasan nie. So please control makan.


Nafsu nak terbukak sana sini. Maksud gua kat sini dalam bulan posa nie jangan la nak pakai pakaian seksi-seksi bagi yang perempuan. Nie nak keluaq pi Pavilion mau ja pakai short pants, taw la bulan posa nie panas sikit tapi tak pikiaq pulak neraka tu lagi panas beb. Laki-laki yang tertengok pun panas ja mata. During this period la ladies boleh belajaq nak tertutup aurat tu sikit. Bukan pakai tudung ja taw, tutup aurat lagi better. Nie pakai tudung dah okey tapi still pakai baju ketat-ketat, baju lengang pendek and others you name it. Kesian la kat laki-laki nie, nak lawan nafsu lapaq satu hal, tambah pulak nafsu mata nie.. Adoi terseksa taw laki-laki. Ada juga rakan-rakan perempuan gua yang dulunya tak pakai tudung tapi lepas posa tahun lepas terus letak tutup aurat, huh sejuk ja mata memandang. Nafsu pun tak bergelora dosa pun tak bertambah.


Nafsu merokok.... Errr tak mau komen banyak sangat nanti ada ja alasan.


Nafsu sekodeng aweks cun. Time bulan posa memang letih la nak control kan guys. Pi ja kat pekan sikit, Huh! tercabar kut. Tak mau tengok akan ada ja yang tertengok, tambah-tambah yang bukan Islam punya dress up. Apa perlu kita buat? Kalau dah tertengok tu tengok la lama-lama jangan tertutup pulak. Satu lagi istifar la guys. Gua tau tengok yang indah tu nikmat. Tapi sila control pandangan anda. Perempuan pun sama ja.


Nafsu ber'online' yang ternyata telah sebati dengan diri kita, termasuk gua. Kalau boleh time posa nie slow la sikit meng'oline' tu cuba hampa ganti dengan baca al-quran ka, sembahyang sunat tahajud ka especially after midnite, ramai yang gua taw selalu online sampai ke subuh. Cuba buat yang termampu untuk memperbanyakkan ibadah kita, mana nak pi taw malam nie malam last ka, kan rugi.


Nafsu mengata kat orang. Nafsu nie pun boleh terjadi tanpa sengaja. Kadang-kadang tu bukan nak kutuk tapi saja nak sembang pasai sesorang tu tapi tiba-tiba terkutuk pulak. Huh!. Sila control. Gua pun kena control nie.


Nafsu bermalas akan menjadi faktor gua rasa. Contohnya kalau dah posa tu kerja jadi lembab, assignment jadi tak perfect, masuk kelas asyik menguap ja. Please don't be like this, buat buruk nama Islam ja dengan perangai hampa tu.


Jadi ladies and guys sila la berjuang melawan nafsu-nafsu hampa sekalian. Gua pun perlu juga melawan.Gua taw bukan senang tapi we should try our best with it. Sapa la yang perfect kat dunia nie. Okey nanti boleh la buat entry pasai kebaikan atau kelebihan bulan Ramadhan pulak.


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak! Posa biar penuh, ibadah ditambah dan jangan membazir ye!



Anyway welcome and thanks.


p/s: Gua dah ada business beb! hee. Lupa pulak, kelas semua start sejam awal bulan posa nie...

No comments:

Post a Comment

Click la sini

article menarik