True words are not always pretty, pretty words are not always true

Wednesday 29 June 2011

Perginya Engkau dari Hidupku

Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera

sakitnya hati nie!
Tulah apa yang aku rasa sekarang. 

Dulunya;
Kali pertama aku melihat kau aku tertarik dengan lenggok badan kau, serious!,
Kemudian kau datang pada aku dan menjadi milik aku.
Kali pertama aku memegang kau aku sudah mengucap syukur pada ilahi.
Anugerah yang diberi ini amat bermakna untuk aku.


Selepas sebulan bersama aku tahu apa yang kau boleh lakukan untuk aku, 
aku kagum sebenarnya dengan kebolehan kau untuk aku.
Semakin hari semakin aku sayang kau.


Sewaktu aku kesunyian kau la kemeriahan aku.
Sewaktu aku dalam perjalanan pulang ke Kedah atau ke Bangi kau sentiasa berada disisiku.
Ingat lagi aku dalam perjalanan yang bosan kau tidak pernah penat menemani aku dan menyanyi untuk aku.
Selalunya diawal pagi kau lah yang tidak pernah jemu mengejutkan aku bangun dari tidur apatah lagi sewaktu bersahur kau memang sabar dengan aku.
Kau juga umpama pembantu peribadi aku yang mencatatkan perancangan hidup aku.
Kau juga mampu menerangi aku sewaktu aku menititi jalan gelap dalam dunia ini.
Kerana kau aku mempunyai banyak kenangan bersama rakan-rakan aku.
(Aku rindu saat itu sekarang)

SERIOUSLY!

Kau amat penting untuk aku.
Kadang-kadang tu aku tahu aku berdosa pada kau.
Tubuh kau pernah aku lemparkan ke katil dan tergolek jatuh ke lantai. 
Pernah juga aku menghentak kau ke dinding bila kau buat hal dengan aku.. 
Macam-macam kesakitan aku cetuskan kepada kau, macam-macam parut dan kesan yang ditinggalkan akibat perangai rakus aku terhadap kau.
Tapi kau masih setia dengan aku.

Setelah lebih dari tiga tahun bersama,
kau tu kadang-kadang tidak bertindak mengikut kemahuan aku,
aku suruh kau cepat kau terhegeh-hegeh lembab.
Tapi aku sayangkan kau. 
Tak mungkin aku cari yang lain.
Tak mungkin ada yang lain.

Rakan-rakan aku ramai yang bertanya. 
Aku masih boleh bertahan dengan kau?
Kau masih bagus untuk aku?
Ada juga yang berkata.
Aku perlu cari yang lain, sebab kau dah tak cantik.
Aku perlu cari yang lebih sesuai dengan status aku.
Tapi-tapi aku masih perlukan kau, masih sayangkan kau.



Semalam selepas bertahun-tahun bersama.
Aku mencari kau dimerata tempat, 
aku call tak berbunyi, 
aku call tak berangkat, 
aku sms lagi la tak berbalas,
aku memikir macam mana hidup aku tanpa kau disisi.
Apa yang aku nampak hanyalah kesusahan.
Sambil aku memikirkan dimana perlu aku mencari kau..




Adik aku berkata:

"Abang, fon nie nak bagi mandi ka apa? Duk dalam washing machine elok ja nie..."

Aku: 

" Ha!? Owh damn!! OMG! OMG!Shit ah!" 

Terus aku buang bateri, buang sim card, buang memory stick. Semua aku bubuh bawah fan bagi kering. And it's turnout my fon can't be use anymore! huhu.... 

Berakhirlah hidup fon kesayangan aku.. I will be missing you!

Anyway Welcome to my blog and Thanks.





Sunday 26 June 2011

Hal-hal keluarga berkenaan Rezeki (sambungan actually)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Someone had comment me about this topic, my opinion about "Rezeki" is lack with family connection with yourself so aku ada buat kesimpulan la senang sikit, tak dak time mau tulis panjang-panjang......

Jadi fikirlah sendiri selepas membaca.



Jangan dera anak kerana anak rezeki kita.
Jangan buang ibu kerana ibu rezeki kita.
Jangan marah ayah kerana ayah rezeki kita.
Jangan derhaka suami kerana suami rezeki isteri.
Jangan zalimi isteri kerana isteri rezeki suami.
Jangan hina orang miskin kerana orang miskin rezeki orang kaya.
Jangan keji orang kaya kerana orang kaya rezeki orang miskin.



Anyway Welcome to my blog and Thanks

Wednesday 22 June 2011

Rafiedah Di hina Dan Di Pukul Kerana Bertudung!

Assalamualaikum
dan Selamat sejahtera


Manusia makin maju makin melupakan agama. (Ok tak semua yang macam nie). Bercakap perihal bertudung dewasa ini masyarakat umumnya sudah tidak dapat membezakan antara tudung yang dimaksudkan dengan tudung(yang menutup aurat antara rambut sehingga ke dada) dan tudung yang seperti kain tirai@ kain langsir (lebih kepada berfesyen yang nie)... Look aku dah guna ayat-ayat yang skema untuk pendahuluan blog aku.. Hehehe..

Alrite, actually aku tak mau pun berbelog pasai isu tudung langsiaq 2.. ehh langsir.. Nie aku nak menceritakan 1 kisah yang tragis dan agak kecewa sebagai umat Islam..

wow tudung tak langsir-langsir

The story is about Rafiedah,


Nama saya Rafiedah, saya duk kat Jitra tu, sebelah Aneka (lanie dah tukar nama jadi Jitra Mall baru urban kut), okey saya tak mau story pasai tu. Saya nie anak bongsu dari lima adik beradik yang semuanya lelaki. Hampa semua mesti ingat jadi anak bongsu mesti best! Nak apa semua dapat kan.. Tapi saya tak macam tu. Ayah saya  memang sibuk dengan kerja dia tambah-tambah selepas mak saya dah meninggal dunia 2 tahun lepas. Abang-abang yang lain pun buat hal masing-masing, jadi saya nie selalu terpinggir ...

Saya tak kisah sangat pun pasai hal tu, dah besar boleh la nak hidup tanpa tumpuan keluarga. Tapi masalah yang saya hadapi nie sangatla berat. Ayah tak bagi saya pakai tudung! Saya tak tahu apa sebabnya mungkin dah tiada siapa yang pakai tudung dalam rumah nie. Ayah saya memang tak hormat dengan kehendak saya nak bertudung, bertudung tu kan arahan Allah. Tapi ayah tetap dengan pendirian dia yang tegas tu.. Ya Allah tolong la lembutkan hati dia Ya Allah!

Dulu pernah satu hari tu, ayah tertinggal cermin mata dalam bilik air yang saya tengah mandi, ayah ketuk tanya ada dak cermin mata dia dalam tu, saya cakap ada la.. Lepas tu terus ayah masuk tah macam mana pintu tu boleh terbuka kunci tu, mungkin saya tak kunci.. Saya terkejut. Saya terus ambik towel tutup badan saya tapi dan tutup bahagian bawah ja. Ayah masuk dan buat muka selamber ja sambil kata " Ayah tak kebuluq naa nak tengok adik punya". Saya malu, saya malu!

Pernah juga saya nak mandi masa awal pagi. Jadi saya masuk la bilik air yang saya ingatkan tak ada orang. Tengok-tengok ada kawan abang saya yang bertowel je..Baru sudah mandi.. Euww! Tak taw malu ka. Ingat saya tak ghairah tengok lelaki tough macam tu?.

Sejak tu saya bertekad nak pakai tudung dan nak mereka semua tu hormatkan maruah saya dalam keluarga tu.. Nak sangat pakai tudung, dosa nanti saya kena tanggung sendiri.

Petang tu lepas saya selesai membasuh pinggang mangkuk, saya terdengar bunyi kereta ayah balik. Apa lagi, hati saya dah memang bertekad mau pakai tudung. Ayah masuk ja, saya terus salam dan cium tangan dia dan terus kata," Ayah.. Rafiedah mau juga pakai tudung, boleh la ayah please! Boleh la"

Ayah yang baru saja pulang dari pejabat tentu penat terus jegil mata dia sebesaqnya macam nak keluaq laser.. Tiba-tiba, "Panggg!" Tapak tangan ayah yang pernah membelai aku tu hinggap tepat di pipi aku yang gebu nie. Saya cuba tahan tapi sakit ya amat terus jatuh bersama air mata ke lantai. Sakit Ya Allah.

Abang-abang saya duk tengok ja sambil duk gelak.

"Ayah! Sampai hati ayah buat kat adik macam nie! Sakit taw ayah! Rafiedah taw la ayah malu kalau Rafiedah pakai tudung. Tapi tu aurat Rafiedah! Hak Rafiedah! Lagipun Rafiedah..."

Panggg!! Ayah bubuh penampaq sekali lagi kat pipi saya sebelum saya habis bercakap.

"Nie! Hang jangan duk bagi ayah malu na kat taman nie! Hang jangan nak buat pasai dengan Ayah! Ayah tengok hang macam punch beg ja nie! Satgi Ayah tumbuk...."

"Tak mau juga! Rafiedah nak pakai juga!" Saya terus membalas tanpa ayah habis bercakap. Rafiedah dah tekad mau pakai juga tudung! Rafiedah taw apa yang terbaik untuk diri Rafiedah!"

"Panggg! Panggg!" Double penampaq saya kena.

"Rafiedah? Rafiedah kepala lutut hang! Ayah bubuh nama macho punya kat hang Rafie oit! Nak jadi Rafiedah pasai apa? Habaq mai kat ayah pasai apa?! Hang nak pakai tudung pasai apa?. Ayah dah berbuih habaq kat hang, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG! LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG! Apa yang hang tak paham! Lain kali hang pi belajaq agama tu biaq bagi habih, nie tak habih teruih belah! Abang-abang hang semua keraih. Hang nie horman apa pun ayah tak taw.

Saya terus terkedu di celah meja makan, menangis tak berhenti.. Sobs Sobs... Dah la kena double penampaq, maki pun boleh,  nasib kaki ja tak dapat.. Tudung pun tak dapat..




Heheh..
Ok, story tu aku ambik dari sini punya.. Just aku tambah-tambah la sikit..

Anyway Welcome to my blog and Thanks

Monday 20 June 2011

Rezeki Allah Bukan Untuk Kita!

Assalamualaikum
and Salam sejahtera


First of all, I want to say that I'am not a Ustaz, (maksudnya aku bukan ustaz la). Entry nie adalah pendapat aku sebagai hamba Allah yang telah hidup selama 20++ tahun(muda lagi aku rasa). Yang salah tu dari aku, yang benar itu kurniaan Allah.

Ok, Pasai entry gua iaitu Rezeki. 
Rezeki dari segi bahasa bermaksud ar-rizqi atau al-atha iaitu pemberian. Manakala dari segi istilah ialah sesuatu yang diberikan Allah s.w.t. kepada semua makhluk, tidak kira sama ada ia halal atau haram. 

Kadang-kadang kita semua mesti terpikiaq pasai rezeki, rezeki, rezeki! Macam mana nak cari duit lebih, gaji yang ada nie tak cukup kut.. Aku yakin semua orang mesti duk pikiaq pasai duit. Especially hang! Ya hang yang membaca!(aku pun sama)

(duit banyak sapa tak mau!)



Selalunya manusia akan ingat rezeki tu sekadar duit dan makanan 
sahaja.


(Makan besaq sapa tak mau kan)

Sebenaqnya rezeki boleh dari segi lain seperti (aku list yang ni dah la noh):
Kekayaan
Pelajaran
Jodoh


Kekayaan
Sapa la tak mau jadi kaya. Naik sportscar, rumah banglo ada 2-3 bijik, orang gaji bersepah kat rumah. Bawak mak bapak kita pi haji or umrah and others.
Tapi ramai antara kita yang mengeluh, mengeluh tak cukup duit, Awal bulan happy aa duit alaun  atau gaji masuk... Then hujung bulan ikat perut la oit kalau terlebih belanja dak pun buat loan dengan members..(aku taw la aku pun macam tu kadang-kadang) Bagi yang hidup single ok la lagi, kalau yang dah married tu huh, kena la bajet kaw-kaw punya.

Kalau aku selalu juga la berdoa agar dimurahkan rezeki dan rezeki yang tak putus dari Allah. But sometime tu kita tengok orang bukan Islam even orang Islam yang tak sembahyang pun berlambak-lambak yang kaya raya. Kita tengok pun macam what the fiat! awat depa nie Allah bagi kesenangan bukannya reti sembahyang pun, sakit hati kut tengok!

Thats what ISTIDRAJ mean, maksudnya harta yang diberi untuk menjauhkan diri dengan Allah.So jangan tanya la why Allah give them all the wealth, but kekayaan itu hanya di dunia sahaja. Kekayaan itu juga merupakan ujian dari Allah kepada mereka (orang Islam yang kaya) sebab Allah mahu menguji kemanakah kekayaan itu digunakan ke arah kebajikan atau mengikut sifat syaitan iaitu membazir. Membazir dengan kemewahan adalah tidak baik. Membazir kejalan maksiat lagi la kena laknat!

Kita juga mungkin akan mempersoal kepada Allah, aku nie selalu duk doa dimurahkan rezeki, aku selalu kut duk bersedekah kat masjid, aku sembahyang penuh kut, aku selalu ja duk sembahyang dhuha 2... Tapi kenapa-kenapa! Aku still macam nie, naik motor sama, umah pun kecik ja, gaji huh! cukup-cukup ja. Owh Ya Allah! sampai bila aku nak hidup dalam kesempitan macam nie!

Soal-soal juga, tapi pernah tak hang terfikir kenapa Allah tak bagi on the spot apa yang hang minta. Kenapa Allah tak bagi, kadang-kadang tu Allah bukan tak mau bagi, maybe lambat sikit Dia nak bagi, Allah juga mau tengok kesungguhan hang dalam meminta sesuatu padanNya. Mungkin rezeki atau kesenangan itu Allah tidak beri kepada hang, mungkin untuk anak-anak hang atau cucu-cucu hang kerana mungkin mereka lebih berhak.
Kadang-kadang tu Allah memang tak mau bagi pun kat hang sebab Allah tentunya lebih tahu apa yang lebih baik untuk hang. Contohnya macam nie la, kalau Allah bagi apa yang hang nak mungkin hang yang sembahyang cukup nie, yang selalu bersedekah, yang selalu bangun malam sembahyang tahjud, nie mungkin tidak akan melakukanya lagi.. Mungkin hang dah tak peduli dari mana harta tu hang dapat;

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w; "Akan datang suatu zaman sesorang itu tidak memperdulikan dari mana ia mendapat harta, apakah dari sumber yang halal ataupun haram"

Manusia dah banyak harta keangkuhan makin tinggi kut.. Contoh yang paling popular kisah Qarun la yang hidup sewaktu zaman Nabi Musa a.s  (Sapa tak taw memang bongok kut).. Keangkuhan yang membawa kemurkaan Allah.. Last-last kena baham dengan bumi dengan izin Allah. Tapi kalau orang yang dikurniakan kekayaan tu dan masih dengan sifat-sifat mahmudah, alhamdulilah la.. Bertapa bestnya macam tu! Duit banyak but still ingat orang yang susah-susah ni.. Ingat orang kaya yang rendah hati tu adalah musuh Iblis!

Ok... entry aku kali ni sangat panjang (padahal lu baru ada 2 entry)


Pelajaran


Shit giler result aku! Ahh lecture ni memang nak aku fail nie! Haram aa lecture nie nak cari pasal sungguh dengan aku!

Simpan ja la makian hang tu. Ok kadang-kadang memang ada lecture yang tak sebulu dengan kita, aku pun pernah gak kena macam nie time ambik Stat dulu. Kalau lecture tu ok dengan kita awat nak kena persalahkan dia pulak.. Dulu hang ada study ka time nak exam? Aku boleh bet la berapa ekoq ja yang study seminggu sebelum paper, yang berguni ada la study last minit.. tu tak termasuk bawa toyol lagi ( wei kalau bawak toyol hang fail juga apa guna pi kolej wei). Alrite tu yang study last minit kalau boleh score B- keatas aku respect aa..

Kalau yang dah study sungguh-sungguh nie, seminggu sebelum exam but still tak dapat apa yang hang target, huh! Kecewa kut! Hang ada pikiaq dak pasai apa Allah tak bagi hang dapat DEAN LIST (DL)  masa sem tu? Kalau dapat alhamdulilah la, boleh pi Anugerah Dekan pi makan-makan kat hotel  (sebenaqnya tak best pun).

Bagi aku baik tak dapat dean list kalau tiap-tiap sem pointer maintain 3.00 keatas pun dah cukup, bila last CGPA tu boleh la dapat 3.50..  Maybe kalau pernah dapat DL macam aku tapi next sem tu jatuh pointer pun buat apa, rugi kut (ok aku bukan nak belagak). So kalau tak berpuas hati tu dengan lecture, kena study la banyak sikit  kalau dah kurang cerdik macam aku nie but still ingat cerdik macam mereka-mereka yang lain  duk main game ja study tak mau.. huh.. Tak boleh score aku rasa.. Berusaha dulu then baru berserah (bukan macam member aku sorang tu, dah give up sebelum exam dengan tidoq ja ari tu). Masa zaman SPM juga ada yang merungut SPM aku tak straight A, then aku tak boleh pi oversea! Owh kecewanya. Ok kalau hang Allah takdirkan pi oversea yakin kah akhlak hang tak jadi songsang dengan hukum Allah, yakinkah hang akan study macam yang study kat umah, yakinkah hang hidup hang lebih baik di sana? Yakinkah anda?


Jodoh


Jodoh ditangan tuhan. Memang benar ungkapan tu Allah yang menentukan siapa yang bakal menjadi teman sehidup kita, maksud aku isteri! bukan girlfren! Ada kawan aku dia merungut aduh! dah lama kut couple tapi break juga! Payah la nak lupakan dia bro!.. Selalu dah aku dengar ayat-ayat tu. (kadang-kadang jemu siot!)
Come on la bro! Awek baru! Bukan isteri hang pun!

Tidakkah hang menyedari dia memang bukan jodoh hang, so buat apa nak terhegeh-hegeh nak try pujuk balik (kalau dapat balik tu ok la). Ok yang tu kalau dah couple bertahun-tahun. Kalau yang nak cuba mengorat aweks pulak kemudian kena push away.. Memang down to earth aku rasa, macam burung unta tanam kepala dalam tanah. (Malu + kecewa). Yang nak try mengorat aweks orang or tunang orang memang sumpah mencabar la.. Kalau dapat lu memang hebat!

Ha macam nie kalau hang tak boleh gambar kan

ok nie memang kecewa tahap gaban


Pada pandangan aku semestinya Allah dah taw siapa jodoh kita, sebab tu yang kita duk couple bertahun-tahun then break, yang kita nak mengorat tu tak dapat, Allah lebih mengetahui. Contonya macam nie la, hang pasti ka yang awek or balak yang sekarang nie boleh jadi isteri or suami hang? Mak Pak hang suka ka dengan calon menantu depa tu (ingat keredaan Allah tu datangnya dari keredaan ibu bapak). Awek or balak yang hang nak mengorat tu baguih dak dengan hang? Macam mana pergaulan dia? Apa yang aku nak kata kat sini, jangan la duk sedih-sedih atau kecewa dengan perpisahan and hajat yang tak kesampaian tersebut.
(Doa mencari jodoh aku malas nak letak cari sendiri)


Setiap manusia Allah telah siap menentukan siapa jodoh kita sewal 6 bulan kita didalam rahim ibu kita, so hang jangan duk risau la wei! Tapi cinta tak datang bergolek, usaha kena ada doa semestinya. But please dun be so western boys n girls, kita orang islam ada batas pergaulan, (kawan aku pernah cakap dia lebih rela peluk babi dari pegang tangan awek dia)

dapat bini macam nie alhamdulilah!





Huh! Hang mesti penat nak baca semua .Aku pun penat nak taip, tapi sebabkan tak dak kerja lain aku buang masa la dengan menaip. Apa-apa pun sekali lagi nie hanya lah pandangan dari aku yang bukan seorang ustaz or tuk guru. Salah silap dari aku, yang benar dah baik itu dari Allah s.w.t.


Anyway Welcome to my blog and Thanks












Friday 17 June 2011

KEDAH MURTAD!!

Assalamualaikum


Ok murtad, mengikut maksud yang aku google dari kamus islam, Murtad daripada sudut bahasanya ialah kembali daripada sesuatu kepada selainnya.

Pada sudut syarak pula bermakna kembali sesorang muslim yang baligh lagi berakal daripada Islam kepada kekufuran dengan kehendaknya sendiri tanpa ada paksaaan
Mesti ramai yang taw kan hukum untuk orang murtad adalah hukuman bunuh!. Tapi tu pun lepas di nasihat dan disuruh bertaubat!..



Mengenai Kedah murtad,

Ok, actually aku bukan ustaz pun nak sembang pasai hukum-hukum nie... Yang dimaksud dengan Kedah murtad ialah macam nie:

Scene 1'( Kedai Maple Mufah)

Zul: Dan pasal ko tak cakap bunyi Kedah pun?

Dar: Maksud ko?

Zul: Macam ayaq milo ais? teloq? hang nak pi mana?( dalam cara orang negeri sembilan cakap)

Dar: Haha, nanti kalau aku cakap korang tak paham kut..

Shapik: Ahh! Dan nie Kedah murtad aku rasa...

Zul: Yela Pit! Kedah Murtad nie..

Dar: Haha macam-macam hal la.. Nanti kalau aku cakap Kedah sure korang tak akan paham punya..

                                              Anyway nie bukan kedai maple Mufah 2...

Scene 2' (Kedai lubuk lama)

Shapik: Dan ko nak minum apa? ( sambil duk belek newspaper tengok part ManU kalah dengan Chelsea!)

Dar: Hang order la dulu, aku panaih nie, biaq peluh kering dulu.... Dah la hangat betui dalam class tadi!

Shapik: Ko jangan cakap belah sane boleh? Aku tak paham aa...
            (sambil membuang tali tag ID kolej, then buat muka kat aku)

Dar: Lah.. Hari tu ko yang kata aku Kedah murtad sebab aku cakap KL...

Shapik: Ahh! Ko nak order apa nie, aku panas nie.. (dan-dan ubah topik)

Dar: Ayaq Milo ais satu, nasi goreng kampung satu


Ha, tengok contoh yang aku bagi. Sebab tu la bila aku lepak dengan budak selatan nie aku ubah la dialek aku..
Kalau dengan geng Kedah aku cakap dialek KL sumpah kena maki la aku... Lupa daratan la, Ic orang Selangor ke?, mak hang beranak kat mana la? and many more la..

Tapi apa-apa pun dialek atau slange bukanlah halangan dalam pergaulan harian.. Kecuali la aku p sembang dengan orang Kelante yang pekat dia punya kecek Kelante 2.. Mampoh kawe nak paham.....

Anyway welcome to my blog and thanks

Wednesday 15 June 2011

catatan pertama aku

                                                               Assalamualaikum

Ok, secara rasminya nie adalah blog pertama aku. (padahal dulu dah ada blog, tapi lupa pulak kata laluan even nama blog pun aku lupa itulah diri aku si pelupa ).

Tujuan aku buat blog bukan nak ikut trend ka apa, tapi disebabkan aku nie suka menulis jadi lebih baik aku tulis then ada orang boleh baca. Lagi bagus macam tu aku rasa. One more thing aku rasa aku boleh improve my writing.. Maklum la dah lama habis Dip so cuti teramat lama, penulisan aku makin teruk! tak kisah la dalam bahasa Malayu atau Inggeris. Sedangkan adik aku pun cakap aku worst dalam spelling semua nie.. Nie kiranya persediaan untuk sambung degree la nie...


                                  zaman Dip yang tak akan aku lupa (gambar nie hanya hiasan)

Aku tidak kisah tentang pendapat orang, alrite maksud aku kritikan segala macam aku terima. Maybe tak ade pun yang akan baca blog aku, but I don't care (kalau ada tu lagi best la kan hehe)

Sebenarnya aku buat blog nie pun atas cadangan rakan baik aku gak si budak perlis, dia yang selalu baca penulisan aku kat lappy atau dalam buku kulit tebal aku..
 Tercetusnya cadangan adalah macam ini:

Ihs   : Aku rasa hang sesuai la buat blog (sambil duk gelak baca story aku kat fon Haika)

Dar  : Sapa la yang nak baca??

Ihs    : Lu buat,Gua baca la nanti..

Dar   : Alrite! Gua buat.

So, macam tu la kisahnya...

Anyway Welcome to my Blog! And Thanks!






Click la sini

article menarik