True words are not always pretty, pretty words are not always true

Friday, 17 June 2011

KEDAH MURTAD!!

Assalamualaikum


Ok murtad, mengikut maksud yang aku google dari kamus islam, Murtad daripada sudut bahasanya ialah kembali daripada sesuatu kepada selainnya.

Pada sudut syarak pula bermakna kembali sesorang muslim yang baligh lagi berakal daripada Islam kepada kekufuran dengan kehendaknya sendiri tanpa ada paksaaan
Mesti ramai yang taw kan hukum untuk orang murtad adalah hukuman bunuh!. Tapi tu pun lepas di nasihat dan disuruh bertaubat!..



Mengenai Kedah murtad,

Ok, actually aku bukan ustaz pun nak sembang pasai hukum-hukum nie... Yang dimaksud dengan Kedah murtad ialah macam nie:

Scene 1'( Kedai Maple Mufah)

Zul: Dan pasal ko tak cakap bunyi Kedah pun?

Dar: Maksud ko?

Zul: Macam ayaq milo ais? teloq? hang nak pi mana?( dalam cara orang negeri sembilan cakap)

Dar: Haha, nanti kalau aku cakap korang tak paham kut..

Shapik: Ahh! Dan nie Kedah murtad aku rasa...

Zul: Yela Pit! Kedah Murtad nie..

Dar: Haha macam-macam hal la.. Nanti kalau aku cakap Kedah sure korang tak akan paham punya..

                                              Anyway nie bukan kedai maple Mufah 2...

Scene 2' (Kedai lubuk lama)

Shapik: Dan ko nak minum apa? ( sambil duk belek newspaper tengok part ManU kalah dengan Chelsea!)

Dar: Hang order la dulu, aku panaih nie, biaq peluh kering dulu.... Dah la hangat betui dalam class tadi!

Shapik: Ko jangan cakap belah sane boleh? Aku tak paham aa...
            (sambil membuang tali tag ID kolej, then buat muka kat aku)

Dar: Lah.. Hari tu ko yang kata aku Kedah murtad sebab aku cakap KL...

Shapik: Ahh! Ko nak order apa nie, aku panas nie.. (dan-dan ubah topik)

Dar: Ayaq Milo ais satu, nasi goreng kampung satu


Ha, tengok contoh yang aku bagi. Sebab tu la bila aku lepak dengan budak selatan nie aku ubah la dialek aku..
Kalau dengan geng Kedah aku cakap dialek KL sumpah kena maki la aku... Lupa daratan la, Ic orang Selangor ke?, mak hang beranak kat mana la? and many more la..

Tapi apa-apa pun dialek atau slange bukanlah halangan dalam pergaulan harian.. Kecuali la aku p sembang dengan orang Kelante yang pekat dia punya kecek Kelante 2.. Mampoh kawe nak paham.....

Anyway welcome to my blog and thanks

6 comments:

  1. haa....hang tiaww tak pa naa...hiangg balik cni duk wt loghat sana mmg nak kena maki berjabu la :)

    ReplyDelete
  2. haha.. dak aih mak cik... loghat kedah duk terpahat kat lidah lagi la

    ReplyDelete
  3. yaka dan.. ok gua caya.. kt kismec waktu introduce hang ckap slank mana? bgtau skit..

    ReplyDelete
  4. errr.. gua cakap kedah la.. tpi kat selangor 2 x kan nak bagi bunyi Selangoq pulak.. huhu

    ReplyDelete
  5. hahah.. btol2.. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang rimau mengaum... (btol ke pepatah ni, xpasti...:-)

    ReplyDelete
  6. bkn kerbau la kambing kut aku rasa.. haha, plus kalau masuk kandang rimau kena makan aa dg rimau 2.. hikhik

    ReplyDelete

Click la sini

article menarik