True words are not always pretty, pretty words are not always true

Wednesday, 22 June 2011

Rafiedah Di hina Dan Di Pukul Kerana Bertudung!

Assalamualaikum
dan Selamat sejahtera


Manusia makin maju makin melupakan agama. (Ok tak semua yang macam nie). Bercakap perihal bertudung dewasa ini masyarakat umumnya sudah tidak dapat membezakan antara tudung yang dimaksudkan dengan tudung(yang menutup aurat antara rambut sehingga ke dada) dan tudung yang seperti kain tirai@ kain langsir (lebih kepada berfesyen yang nie)... Look aku dah guna ayat-ayat yang skema untuk pendahuluan blog aku.. Hehehe..

Alrite, actually aku tak mau pun berbelog pasai isu tudung langsiaq 2.. ehh langsir.. Nie aku nak menceritakan 1 kisah yang tragis dan agak kecewa sebagai umat Islam..

wow tudung tak langsir-langsir

The story is about Rafiedah,


Nama saya Rafiedah, saya duk kat Jitra tu, sebelah Aneka (lanie dah tukar nama jadi Jitra Mall baru urban kut), okey saya tak mau story pasai tu. Saya nie anak bongsu dari lima adik beradik yang semuanya lelaki. Hampa semua mesti ingat jadi anak bongsu mesti best! Nak apa semua dapat kan.. Tapi saya tak macam tu. Ayah saya  memang sibuk dengan kerja dia tambah-tambah selepas mak saya dah meninggal dunia 2 tahun lepas. Abang-abang yang lain pun buat hal masing-masing, jadi saya nie selalu terpinggir ...

Saya tak kisah sangat pun pasai hal tu, dah besar boleh la nak hidup tanpa tumpuan keluarga. Tapi masalah yang saya hadapi nie sangatla berat. Ayah tak bagi saya pakai tudung! Saya tak tahu apa sebabnya mungkin dah tiada siapa yang pakai tudung dalam rumah nie. Ayah saya memang tak hormat dengan kehendak saya nak bertudung, bertudung tu kan arahan Allah. Tapi ayah tetap dengan pendirian dia yang tegas tu.. Ya Allah tolong la lembutkan hati dia Ya Allah!

Dulu pernah satu hari tu, ayah tertinggal cermin mata dalam bilik air yang saya tengah mandi, ayah ketuk tanya ada dak cermin mata dia dalam tu, saya cakap ada la.. Lepas tu terus ayah masuk tah macam mana pintu tu boleh terbuka kunci tu, mungkin saya tak kunci.. Saya terkejut. Saya terus ambik towel tutup badan saya tapi dan tutup bahagian bawah ja. Ayah masuk dan buat muka selamber ja sambil kata " Ayah tak kebuluq naa nak tengok adik punya". Saya malu, saya malu!

Pernah juga saya nak mandi masa awal pagi. Jadi saya masuk la bilik air yang saya ingatkan tak ada orang. Tengok-tengok ada kawan abang saya yang bertowel je..Baru sudah mandi.. Euww! Tak taw malu ka. Ingat saya tak ghairah tengok lelaki tough macam tu?.

Sejak tu saya bertekad nak pakai tudung dan nak mereka semua tu hormatkan maruah saya dalam keluarga tu.. Nak sangat pakai tudung, dosa nanti saya kena tanggung sendiri.

Petang tu lepas saya selesai membasuh pinggang mangkuk, saya terdengar bunyi kereta ayah balik. Apa lagi, hati saya dah memang bertekad mau pakai tudung. Ayah masuk ja, saya terus salam dan cium tangan dia dan terus kata," Ayah.. Rafiedah mau juga pakai tudung, boleh la ayah please! Boleh la"

Ayah yang baru saja pulang dari pejabat tentu penat terus jegil mata dia sebesaqnya macam nak keluaq laser.. Tiba-tiba, "Panggg!" Tapak tangan ayah yang pernah membelai aku tu hinggap tepat di pipi aku yang gebu nie. Saya cuba tahan tapi sakit ya amat terus jatuh bersama air mata ke lantai. Sakit Ya Allah.

Abang-abang saya duk tengok ja sambil duk gelak.

"Ayah! Sampai hati ayah buat kat adik macam nie! Sakit taw ayah! Rafiedah taw la ayah malu kalau Rafiedah pakai tudung. Tapi tu aurat Rafiedah! Hak Rafiedah! Lagipun Rafiedah..."

Panggg!! Ayah bubuh penampaq sekali lagi kat pipi saya sebelum saya habis bercakap.

"Nie! Hang jangan duk bagi ayah malu na kat taman nie! Hang jangan nak buat pasai dengan Ayah! Ayah tengok hang macam punch beg ja nie! Satgi Ayah tumbuk...."

"Tak mau juga! Rafiedah nak pakai juga!" Saya terus membalas tanpa ayah habis bercakap. Rafiedah dah tekad mau pakai juga tudung! Rafiedah taw apa yang terbaik untuk diri Rafiedah!"

"Panggg! Panggg!" Double penampaq saya kena.

"Rafiedah? Rafiedah kepala lutut hang! Ayah bubuh nama macho punya kat hang Rafie oit! Nak jadi Rafiedah pasai apa? Habaq mai kat ayah pasai apa?! Hang nak pakai tudung pasai apa?. Ayah dah berbuih habaq kat hang, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG! LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG! Apa yang hang tak paham! Lain kali hang pi belajaq agama tu biaq bagi habih, nie tak habih teruih belah! Abang-abang hang semua keraih. Hang nie horman apa pun ayah tak taw.

Saya terus terkedu di celah meja makan, menangis tak berhenti.. Sobs Sobs... Dah la kena double penampaq, maki pun boleh,  nasib kaki ja tak dapat.. Tudung pun tak dapat..




Heheh..
Ok, story tu aku ambik dari sini punya.. Just aku tambah-tambah la sikit..

Anyway Welcome to my blog and Thanks

2 comments:

  1. i thought citer ni betui nak hina seorg perempuan utk b'tudung..last2 br tau..ni nak menunjukkan bp ramai kaum laki nak convert jd ladies..kene muhasabah diri.-PYWF

    ReplyDelete

Click la sini

article menarik