dan Selamat Sejahtera
sakitnya hati nie! |
Tulah apa yang aku rasa sekarang.
Dulunya;
Kali pertama aku melihat kau aku tertarik dengan lenggok badan kau, serious!,
Kemudian kau datang pada aku dan menjadi milik aku.
Kali pertama aku memegang kau aku sudah mengucap syukur pada ilahi.
Anugerah yang diberi ini amat bermakna untuk aku.
Selepas sebulan bersama aku tahu apa yang kau boleh lakukan untuk aku,
aku kagum sebenarnya dengan kebolehan kau untuk aku.
Semakin hari semakin aku sayang kau.
Sewaktu aku kesunyian kau la kemeriahan aku.
Sewaktu aku dalam perjalanan pulang ke Kedah atau ke Bangi kau sentiasa berada disisiku.
Ingat lagi aku dalam perjalanan yang bosan kau tidak pernah penat menemani aku dan menyanyi untuk aku.
Selalunya diawal pagi kau lah yang tidak pernah jemu mengejutkan aku bangun dari tidur apatah lagi sewaktu bersahur kau memang sabar dengan aku.
Kau juga umpama pembantu peribadi aku yang mencatatkan perancangan hidup aku.
Kau juga mampu menerangi aku sewaktu aku menititi jalan gelap dalam dunia ini.
Kerana kau aku mempunyai banyak kenangan bersama rakan-rakan aku.
(Aku rindu saat itu sekarang)
SERIOUSLY!
Kau amat penting untuk aku.
Kadang-kadang tu aku tahu aku berdosa pada kau.
Tubuh kau pernah aku lemparkan ke katil dan tergolek jatuh ke lantai.
Pernah juga aku menghentak kau ke dinding bila kau buat hal dengan aku..
Macam-macam kesakitan aku cetuskan kepada kau, macam-macam parut dan kesan yang ditinggalkan akibat perangai rakus aku terhadap kau.
Tapi kau masih setia dengan aku.
Setelah lebih dari tiga tahun bersama,
kau tu kadang-kadang tidak bertindak mengikut kemahuan aku,
aku suruh kau cepat kau terhegeh-hegeh lembab.
Tapi aku sayangkan kau.
Tak mungkin aku cari yang lain.
Tak mungkin ada yang lain.
Rakan-rakan aku ramai yang bertanya.
Aku masih boleh bertahan dengan kau?
Kau masih bagus untuk aku?
Ada juga yang berkata.
Aku perlu cari yang lain, sebab kau dah tak cantik.
Aku perlu cari yang lebih sesuai dengan status aku.
Tapi-tapi aku masih perlukan kau, masih sayangkan kau.
Semalam selepas bertahun-tahun bersama.
Aku mencari kau dimerata tempat,
aku call tak berbunyi,
aku call tak berangkat,
aku sms lagi la tak berbalas,
aku memikir macam mana hidup aku tanpa kau disisi.
Apa yang aku nampak hanyalah kesusahan.
Sambil aku memikirkan dimana perlu aku mencari kau..
Adik aku berkata:
"Abang, fon nie nak bagi mandi ka apa? Duk dalam washing machine elok ja nie..."
Aku:
" Ha!? Owh damn!! OMG! OMG!Shit ah!"
Terus aku buang bateri, buang sim card, buang memory stick. Semua aku bubuh bawah fan bagi kering. And it's turnout my fon can't be use anymore! huhu....
Berakhirlah hidup fon kesayangan aku.. I will be missing you!
Anyway Welcome to my blog and Thanks.
No comments:
Post a Comment