True words are not always pretty, pretty words are not always true

Friday 1 July 2011

Transformers 3- Dark of the Moon Tak Best...........?!

Asslamualaikum
dan Selamat Sejahtera

Sapa tak kenal nie!
Transformers, transformers, transformers....
Tak dapat dinafikan lagi filem nie adalah filem yang dinantikan-nantikan oleh seluruh umat yang meminati cerita-cerita aksi mahupun sains fiksyen dan juga yang meminati Megan Fox! Ehh dia dah tak de dah..

Kalau dak tak kan la kawan-kawan aku dari Bangi sanggup meredah trafik sampai ke Bandar Utama Damansara kan... Naik moto lagi (mereka bukan mat rempit).Orang Perlis pun mai tengok kat One Utama.. So take note Perlis tak dak 3D cinema, ehh panggung pun tak dak..(sori orang perlis, tapi nie fact). GSC juga telah membuat penjualan tiket movie nie seminggu lebih awal. Panggung lain aku tak sure... Weekend nie jangan harap la hampa boleh tengok time malam.. Sure fully book! Gsc saja yang lain aku tak taw.

Ok back to the main subjek
TRANSFORMERS 3-DARK OF THE MOON

Untuk memudahkan review dijelaskan aku memecahkan kepada beberapa bahagian yang aku boleh komen sahaja.

Jalan cerita
Bagi sapa-sapa yang mudah tidoq dalam panggung tu, mungkin cabaran juga aku rasa. Story slow sikit.
Kaitan manusia pertama menjejakkan kaki di bulan dengan menaiki Apollo 11 dan kapal angkasa Transformers yang terhempas di sana. Dan seterusnya menjadi top secret USA.  Dan seterusnya dan seterusnya.. Ahh tak kan aku nak habaq sampai habis.. Jalan cerita awal sedikit slow tapi agak membangkitkan sifat ingin tahu antara kaitan sejarah sebelum ini. Lepas tu bermula la action-action Autobot bekerjasama dengan agensi USA. Then penonton pasti terWow! dengan penampilan awek nie. Mai kat tengah plot agak boring sebab banyak cakap dan explanation.. Penonton pasti akan ada yang sedih tengok Autobots kena usir dari bumi nie dan kena tembak dengan Starscream!.. Hujung-hujung movie yang penuh dengan action dan taktikal manusia dan autobots melawan musuh-musuh mereka. Maybe akan ada yang merungut cerita nie banyak sembang aa, yup it's true, memang banyak la benda nak kena habaq dalam citer nie kan..




Action
Action movie nie memang tak dapat dinafikan la wei. First class action movies bagi aku. Tapi aku tak puas hati Megatron lawan sat ja kut.. WTF, ketua jahat tikam seorang dua dah abis action dia.. Bumblebee pun agak sikit scene action berbanding dua movies yang terdahulu, mungkin nak bayaq gaji berlakon mahal sangat kut. But still amat best!

Shockwave lagi banyak Action dari Megatron kut!


Casting




Watak Sam yang makin dewasa, yang makin punya rasa tanggungjawab terhadap dunia,autobots dan aweks dia.



Watak Carly Spencer yang dipegang oleh Rosie Huntington-Whitney. Ramai yang pasti complain dia nie tak macam Megan Fox. Meme lain la wei, watak pun lain. Megan Fox memang seksi dan ala-ala ganas sikit.. Tapi awek Rosie nie seksi plus ayu-ayu sikit bagi aku.. Huh.. (antara sebab aku nak tengok movie nie actually). Dia juga supermodel Victoria Secret.


Dalam movie nie juga wujudnya watak-watak baru samada dikalangan pihak manusia dan robot-robot sekelian.

Mamat nie pun ada.. Penting gak dalam movie nie

Cars
Ternyata kereta yang sempoi dan hensem dan juga macho merupakan tarikan selain robots.. Aku letak gambar ja la noh supaya boleh menghayati

you name it!


Kiri tu ferrari 458 Italia yang kanan aku tak taw





Nascar Juan Pablo


AMG bukan OMG ok


Tudia2.. sapa la agaknya nie..


Hah! Hero gagah perkasa dalam Transformers

Aku rasa banyak tu cukup la kut.. Letak banyak-banyak hampa jemu pulak nanti dengan blog aku.
Apa yang boleh aku katakan kat sini as my last word, you'all should tengok movie nie dalam format 3D! Like seriously! Kalau tengok format biasa.. I would say you are wasting your time guys! Rugi! Rugi! 
Umpama berak tapi tak basuh .


Tapi aku rasa agak missing something about this movie, mungkin terlalu lama duration, mungkin aku terlalu mengharap action yang lebih gempak, mungkin aku rindu sama Megan Fox.. Ahh! Nanti hampa dah tengok sila la comment kat sini..




Anyway Welcome to my blog and thanks

No comments:

Post a Comment

Click la sini

article menarik