dan Selamat sejahtera.
Maaf kualiti gambaq tak elok |
Kadang-kadang tu benda yang kita idam atau nak memang tak akan dapat dan kadang-kadang tu kita dapat apa yang kita nak. Dalam hal aku, yeah! gua dapat jugak akhirnya tiket pi tengok match nie!
First of all aku nak ucap tahniah kat skuad Olimpik negara. Kalah 1-0 je kut!. Memang kalah, tapi bagi aku dah sapa-sapa yang pi tengok match tadi sepatutnya Harimau Muda(HM) boleh menang dengan Chelsea dak pun seri.
Awai first half memang aku exited!. Memang aku tak duk diam la, dah lama kut tak tengok Chelsea main live kat Malaysia, 2 tahun ada kut last depa mai sini. Bila mai tengah first half aku dah boring dah. Corak permainan Chelsea boring tahap mengantok punya. Memang ada banyak try dari Chelsea walaupun hanya mengunakan satu striker iaitu Torres, tapi still defend Harimau Muda cool ja tak macam skuad Harimau Malaya. Tapi HM lack of attacking mungkin ada dua tiga player tua dalam skuad yang menganggu rentak kebiasaan HM. Start part nie keeper Malaysia Farizal memang hero la. Torres try pun tak gol, lampard telah la, player Chelsea yang lain tak dak harapan. Lupa pulak, Benayoun si player negara Yahudi menjadi mangsa "boo" penyokong Chelsea di Bukit Jalil. Bosingwa pun kena "boo" tu la nak buat john kat negara orang memang kena aa.
Untuk menghilangkan mengantok dan dahaga sewaktu masa rehat, aku pi la menjamah(melantak sebenaqnya) yang telah disediakan oleh organizer.
ada kad nie nak melantak apa pun boleh |
Disebabkan aku terlalu asyik menjamah(melantak) makanan yang disediakan. Aku terlepas starting second half, pi tempat duduk yang empuk berbalut kulit tu, aku ada ternampak Pak cik botak Anelka dah masuk, Pak Terry pun dah ada dan pujaan ramai penyokong The Blues Drogba pun dah masuk. Aku kecewa dengan makanan yang agak best telah membuang masa aku.
Sorry kabur sikit, so hampa kena perhati betui-betui |
Masuk ja second half, aku dah bersemangat tengok game HM, passing almost 70% tepat. Game pun tengok sedap ja. Tapi sakit hati pulak tengok Chelsea tak boleh nak gol-gol lagi. Sepupu aku yang fan ManU duk sengih ja tengok aku (haramjadah betui). Masuk ja minit ke 70, HM banyak buat attacking, player-player yang dah tua semua dah keluaq, so player HM main macam corak depa yang sebenaq. Ada banyak try dari HM, yang on target pun mencuakkan keeper Ross Turnbull terbaik aa dari HM. In fact defend Chelsea sepatutnya antara defend terbaik Eropah, tapi Ferreira tersemput-semput nak ligan attacking dari bahagian kiri HM. Ashley Cole kadang-kadang tercabar juga.
Dalam minit ke 70, keeper hero HM telah dikeluarkan dan diganti dengan Tarmizi. Time dia dah masuk tak banyak percubaan dari Chelsea, HM ja yang duk attack. Ada dua percubaan yang sepatutnya HM dah boleh sumbat, tapi apakan daya. Harimau Muda tewas dengan sepakan percuma dari kuda tua Chelsea, Drogba. Tapi tu pun boleh dipertikai, sebab bola jatuh atas line.
Tapi apa-apa pun pujian harus diberikan pada skuad Harimau Muda sebab berjaya membuat kami yang pi tadi bangga dan teruja. Macam aku, time orang ramai duk bersorak Malaysia!Malaysia!Malaysia! huh! terpacak bulu roma aku, tambah-tambah part kat tekuk tu. Bila player duk buat attacking memang saat paling best!.
Mungkin ada orang pertikai, tak best sebab tak ada gol, rugi la pergi. Well bagi aku kalau nak tengok game yang banyak gol baik pi tengok ragbi dak pun pi tengok basketball. Kira okey la HM tak dibolosi banyak gol. Tak kan nak HM kena bantai kut, bila dah kena banyak-banyak kata Malaysia main macam taik la, kalau Malaysia berjaya kalah sikit, kata Chelsea main macam taik. Aku serious tak paham.Bullshit to you guys yang kata demikian.
One more thing, kalau hampa perasan semua gambaq yang aku letak nie, semua gambaq tiket ja. Hehe, sebenaqnya aku terlupa nak bawak kemera so tak dak la gambaq. Hanya mengharapkan gambaq dari sepupu aku bila dia upload nanti. Time aku bersalam dengan Drogba pun aku tak ambik gambaq(sumpah ada)
Anyway welcome and thanks.
p/s: alamak esok pagi-pagi buta kui 4.30 dah kena pi subang airport.
No comments:
Post a Comment