True words are not always pretty, pretty words are not always true

Sunday 21 August 2011

Sebab apakah anda berpuasa?

Assalamualikum


Hai orang yang berpuasa sekalian.Sebelum terlambat dari habis season ramadhan, sementara aku ada kesempatan untuk meng'online nie (maklum la laptop gua dah jahanam).


Bercakap soal berpuasa. Ya ia memang telah diwajibkan untuk semua muslim dan muslimat. Semua dah taw aku harap la.. (rujuk surah Al-Baqarah ayat 183-184)


Tapi hampa semua pasti kan niat berpuasa tu betui-betui untuk Allah?

 Antara sebab yang femes dari pemerhatian aku ialah:


Aku berpuasa sebab nak kurus!
Sebab nie selalunya wujud antara pompan-pompan sekalian. Nak masuk ja bulan puasa terus set nie la peluang nak berdiet!. Nanti dah kurus makin hot la untuk raya.Tapi jenis nie tak pa la sebab bak kata pepatah, sambil menyelam minum ayaq!(bulan puasa nie menyelam dan minum ayaq memang tak boleh pada waktu pagi).


Aku berpuasa sebab ikut orang!
Hmm.. Sebab nie paling masalah. Meman diawal niat berpuasa tu sebab Allah tu pown kalau ada la. Berpuasa sebab orang sekeliling berpuasa, tak puasa malu beb! Plus kalau makan kat public sure kena denda. So ada yang berpuasa sebab nie.

Berpuasa sebab adat!
Yang nie agak sama seperti diatas. Kalau tak berpuasa rasa tak sempurna ja nanti nak raya. Tak dak feel kononnya. Ungkapan kalau tak puasa tak boleh raya, terpahat di hati kut. Tapi berpuasa just berpuasa, sembahyang tak buat pown, terawih jauh sekali, baca Al-Quran dalam mimpi je la.

Berpuasa sebab dapat duit!
Terus terang aku cakap dulu aku pown macam nie, tapi aku sure hampa semua pun pernah macam nie. Sebab nie hanya boleh terjadi untuk kanak-kanak yang baru nak belajar berpuasa. Kalau ada yang dah besaq tu.. tak taw la nak kata apa..

Jadi apa yang aku nak kata kalau boleh tu, tuluskan niat berpuasa hampa semua. Macam yang kita duk niat, "Sahaja aku berpuasa pada bulan Ramadhan kerana ALLAH Taala". Moga-moga puasa kita bukan sekadar menahan lapar saja. Insyallah.


p/s: Huh! Tak lengkap pulak hidup tanpa laptop yang berfungsi

No comments:

Post a Comment

Click la sini

article menarik