dan Selamat Sejahtera.
Huh!, It's been a while I did not post anything here. I try to make some entry that maybe can give you all some information, but my life rite now is lack of time. Seriously, my life is not the same like before raya. Jari-jemari nie pun dah berkarat aku rasa. Bila datang je idea nak buat entry, aku buka je blog aku terus tak ade masa nak taip. Assignment mungkin penyebab, mungkin juga aku masih tak efficiently manage time aku, entah la kelam kabut aku rasa.. Ehh.. Awat pulak aku duk beletiaq kat sini.. Okey sorry sebab buang masa hampa..
Kembali kepada tajuk asal. Ada orang tanya aku macam mana keadaan Unikl ISE.semua nie disebabkan entry yang nie dan yang nie. Sebenarnya aku tak taw nak habaq apa so aku akan habaq apa yang aku hadapi dari awal hari pendaftaran hingga la hari yang baru-baru ini.
Kampus
Aku habaq pasai kampus dulu la. So guys, kampus city nie bukan la besar sangat, tapi tanpa diragui lagi kampus nie paling tinggi antara semua kampus Unikl. Yang mana gayat tu, cuak la nanti.. hee.. Mungkin hampa perlu adjust dengan high altitude class di awal semester (mungkin apa, pasti!). Tapi jangan risau hampa tak akan kena naik tangga untuk ke kelas kecuali la nak cepat sampai sebab selalunya time class lifts sure full. Senang kata pi kelas awai la. Sedikit penambahan, disebabkan kampus terletak di bandar jadi parking area agak terhad and tempat riadah untuk student hanya di tingkat 1(dengar citer ada gym).
Courses
Kat ISE untuk degree baru ada tiga iaitu BBA Islamic Finance(IF), BBA Management and Entrepreneurship(ME) and B of Accounting. Aku habaq awal-awal la, untuk ME student paling ramai kat course nie, untuk IF kurang sikit so dalam kelas tak sesak sangat. Untuk Accounting, aku rasa lagi sikit kut dari IF. Kalau nak pilih programme tu pilih la yang menjamin masa depan ada sendiri.
Lectures
Perlu ka aku cakap pasai benda?. Okey maybe someone of you want to know. Setakat lani atau sekarang, lecture ISE yang aku kenal atau pernah nampak semuanya okey dan relax je.Tapi satu peringatan, time degree nie ramai lecture nak kan perfection dalam setiap assignment kita especially final assignment. So nanti jangan complain kalau perlu berdepan dengan lectures macam nie. Ikutkan je sebab result kita tu ditangan lecture.
Facilities
- Facilities paling utama mesti la classroom kan. This one memang okey (Air con sampai menusuk kalbu la)
- Library. Aku baru masuk 2 kali ja semester nie, tapi memang okey sebab banyak ruang-ruang untuk tidor.
- Surau. Amat luas tapi sayang jarang penuh. View pown cantik boleh tengok KLCC.
- Cafe. Aku selalu lepak je nie, sebab aku lebih prefer makan kat Kg Baru.
- Lift. Terima kasih sebab terciptanya ciptaan nie. tak perlu dah la mendaki tangga sampai ke tingkat 23. Lift ada 7 pecahan yang menuju ke atas, 1 pecahan menuju ke bawah. Ada lift yang direct boleh naik sampai ke tingkat 23 and ada yang berselang-selang tingkat dia so kena alert.
- Hostel jangan harap ada. Tapi next intake maybe ada, maybe.
Loan/Biasiswa/Yuran Semester
Soal nie ramai yang duk tanya Unikl ISE boleh apply MARA tak? Ramai juga yang duk risau. The answer is yes you can apply. Aku dah apply and aku dah ditawarkan. Tunggu dapat surat perjanjian ja. Semester depan dah boleh enjoy sikit life aku rasa. Bagi yang income parents dah terlampau tinggi and dah kena blacklist boleh la apply untuk PTPTN( aku sampai mati pown tak akan apply loan nie, riba2). Alright, bagi yang agak kesempitan wang di awal semester boleh la try mohon dana zakat kat negeri masing-masing. Plus kalau dah daftar, yang mana asal dari luar wilayah persekutuan boleh juga apply yayasan al-taqwa, dia bagi la 1000 ringgit aku rasa. So bagi aku soal yuran nie jangan nak risau sangat banyak alternative boleh dicari.
Social Life
Social life, kena apa perlu ada?. Everything is social life rite? Nak makan pun kira bersocial la tu, nak study bergroup pun bersocial la tu. Aku rasa okey ja duk kat KL nie kalau rasa boleh tahan dengan jem and ramai manusia nie.Okey aku dah tak ada benda nak habaq kat sini.
Personal Insurance
Aku ingat Unikl ISE subscribe insurance yang bodo-bodo je, tapi sekali ambik insurance under Etiqa Maybank da. Dan diurus oleh Medijaring. Kalau rasa nak rehat-rehat kat mana-mana wad tu, boleh la pi tunjuk Kad kat mana-mana hospital boleh.
Hal Rumah Sewa
Akhirnya aku dan rakan-rakan dah selesai bab rumah sewa. Asal plan nak stay 7 orang, tapi 6 orang yang betul-betul stay. Living dengan rakan-rakan yang dah kenal 2-3 tahun tak ada masalah la. Time ada event Main DOTA) ja meriah la ceritanya.
Tempat duk lepak |
Hmm, aku rasa sampai situ ja aku bagi maklumat (ada ka maklumat). Bagi sapa yang terlintas nak apply January intake nie, sila la pi usha web Unikl. Jangan nak hold-hold lagi, umuq tu makin bertambah. Nak tunggu IPTA ada harapan lagi ke aku tanya hampa. So apply je la nanti boleh join the rats race kat Unikl nie.
p/s: Huh dah nak final exam dah
Anyway welcome and thanks for reading.