True words are not always pretty, pretty words are not always true

Saturday, 26 November 2011

Hang buat blog pasai pa?

Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera.

Dah masuk bulan November baru aku ada masa nak update entry. Honestly aku dah banyak kali try tapi masih tak kesampaian.Ada juga beberapa blogger senior dah email aku, pasai apa tak update blog?. Well aku tak reply. Malu la pulak nak bagi alasan, sebab alasan banyak boleh bagi. Depa duk ungkit dulu masa awal-awal nak buat blog bersungguh-sungguh nak buat, tapi lani dah macam hangat-hangat taik ayam ja..(sapa la yang taik dia  sejuk kan?). Minat menulis masih ada dan tak akan pudar, Insyallah. Tapi tu la, persoalan dalam otak betui ka blog nie sesuai dengan aku dan yang paling penting apa tujuan aku buat blog?.

Ada kenalan yang duk kata apa sebab aku buat blog nie:

1) Ala hang nie buat blog mesti sebab nak ikut trend orang ramai kan?
2) Hmm, hang ingat hang buat blog tu boleh femes ka?
3) Nak kutuk orang dalam blog la tu?
4) Hang tak payah nak buat baguih la dalam blog tu, nak nasihat orang la konon!

Hmm, nie sebahagian ja nie yang duk persoal atau duk condemn. Aku tak kisah sangat pun, nak baca just click my website then read it.

Tapi betui juga yang orang duk buat blog nie sebab trend. Well bagi aku tujuan aku buat blog bukan sebab nak ikut trend. Kalau nak ikut trend dah lama aku start buat blog, sejak wujud wordpress pun aku dah boleh buat but still aku tak buat. Tak perlu rasanya aku ikut trend, cuma dengan berblog aku dapat menyuarakan pandangan aku pasai sesuatu topic atau dari pengalaman aku sendiri kepada yang ingin membaca for free. On more thing kawan rapat aku yang suruh try buat blog then aku cuba la.

Soal femes or not, awal-awal mungkin aku ada pikiq macam tu, terus terang aku cakap(perasan betui aku).. huhu.. Then aku perasan serious perasan kali nie, bukan senang nak dapat follower yang riban-riban kan?. Follower aku baru ja sampai 30 orang. Tu pun ada hati nak jadi femes.

Pernah gak aku terlintas nak delete ja blog aku nie, buang masa ja kalau tak ada follower riban-riban. Frust menonggeng la sikit. Then aku akhirnya perasan yang follower yang ada still duk read my entry (well, most of them perhaps). Mungkin ada entry yang berjaya menarik perhatian dan juga yang berjaya memberi clue untuk depa contohnya macam soal sumbung study nie dan nie, dan juga soal padangan agama macam Allah tak bagi rezeki dan pasai orang tak p JUMAAT.

Aku dah tak kisah dah, kalau ada orang kata kononnya nak tunjuk baik la tu dengan entry agama. Aku berpegang dengan ayat ini dari sabda Rasullah S.A.W.

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Apa yang aku faham, nasihat la orang atau bagi tau orang tentang sesuatu hal walaupun kita sendiri ada buat kesilapan. Maksud aku dengan nasihat tu at least dapat la juga pahala kan dan nasihat untuk diri kita juga. Tak kan nak tunggu jadi ustaz baru boleh tegur menegur kan, jenuh la macam tu.

Apa yang boleh aku ringkaskan dalam entry yang agak panjang nie, aku akan tetap menulis sebab niat aku berblog bukan kerana nak ada ramai follower (tu pun lepaih perbetui niat). Well, nie adalah cara aku berdakwah, Insyallah.

p/s:  Maaf kalau aku melalut banyak sangat.(dah lama tak menaip nie)

No comments:

Post a Comment

Click la sini

article menarik