True words are not always pretty, pretty words are not always true

Saturday, 10 November 2012

24 Tahun dan Kek Coklat

Assalamualaikum,

Kalau dilihat tarikh last post aku dan sekarang amat jauh gapnya. Hampir 11 bulan aku tak post apa2 di blog aku nie.

So sebahagian azam tahun 2012 aku tak tercapai la. Cadangnya seminggu satu entry, tapi tapi...  Abaikan hal nie, post banyak2 entry pun bukan ada yg menunggu pun.

 Well baru-baru nie birthday aku 9/10, okey aku taw dah sebulan berlalu but from that day a lots of things happen in my life. Bagi aku birthday tahun nie lain macam sikit. seriously.

Selalunya bila tarikh birthday semakin dekat kita akan cakap, "Alamak, 27 dah aku tahun nie, kawin dak lagi", "Ehh, aku dah boleh daftar mengundi la this year. Syoknya!".

Tapi bagi aku, dah tak pikiaq dah pasai nak dapat hadiah ka, atau nak celebrate dengan party bagai even aku ada cakap dengan member aku:
"Tahun nie kita dah 24 kan?"
Member aku pun balas:
"Hang nie teruk sangat! Kita 23 la tahun nie! Umuq sendiri pun hang dah lupa...."

Apa yang aku maksudkan kat sini aku dah lost count of my life. Aku dah x peduli umuq aku berapa, sampai tahap tu la aku punya tak peduli. Aku just hidup dengan kehidupan aku sebagai seorang anak, seorang abang, seorang kawan, seorang student dan sebagai seorang hamba Allah.

Celebration untuk birthday aku langsung tak ada, yg ada hanya celebrate birthday adik bongsu aku yg 4 hari lebih awal. Mak tanya nak celebrate tak my birthday, Aku rasa tak perlu sebab aku rasa aku dah tua untuk semua nie.

Okey, aku bukan nak highlight sangat part birthday tu, just nak relatekan dengan hal yang nie.
After few days passed date of my birthday aku receive benda yang aku tak jangka. In easy word, aku dapat birthday give dari someone. Kalau hadiah biasa2 nie tak dak la aku nak kecoh dalam entry nie. Just aku yakin hadiah yang dia bagi tu ikhlas. Macam mana aku tak cakap lagu tu, sebab dia sendiri yang buat kan kek coklat tu sebagai hadiah untuk aku.

Memang aku terkejut, maklum la first time dapat hadiah macam nie.. hehe.  Apa2 thanks sekali lagi kepada yang susah2 membuat kek coklat moist tu and thanks jugak kat hampa semua yang wish birthday aku melalui facebook, twitter or by phone. Thank you all so much.



Monday, 2 January 2012

Good Bye 2011 Year of New Things Happen

Assalamualaikum




Well aku tau yang kita dah masuk tahun 2012 but sebelum aku membuat entry for the new year, aku nak buat ringkasan sikit pasai perkara yang berlaku sepanjang tahun 2011. At least boleh mengingatkan aku about my history. 

2011 boleh dikatakan banyak benda baru yang terjadi kat aku. Benda yang aku tak jangka dan tak pernah terfikir tapi dengan izin Allah semuanya terjadi.
Awal tahun 2011 aku sambut new year di Sungai Petani. Sg Petani memang tak ada apa-apa yang pelik pun, tapi aku tak jangka yang aku akan stay kat situ lebih dari 2 bulan. Apa yang aku tak jangka, dulu aku jarang pi Sg Petani tu..Setakat pi berseronok kat The Carnival pernah la jejak kaki kat Sg Petani. Taman Ria menjadi tempat kediaman aku sepanjang 2 bulan tersebut. Rumah kecik tapi aku suka juga sebenarnya duk rumah tu. Isi rumah tu pown aku suka. Housemate yang macam-macam ragam, but aku happy kat sana.



Masuk ja bulan 2 kalau tak silap, aku berhijrah lagi. kali nie lagi aku tak sangka. Seriously aku tak sangka. Tempat yang aku selalu nak pi bercuti yang aku rasa sesuai untuk pengemar suasana pulau iaitu Pulau Langkawi officially menjadi tempat kediaman aku selama 2 bukan juga. Few... Aku selalu duk sebut kat family aku, dah lama tak pi bercuti kat Langkawi. Sekali Allah makbul kan doa aku, ambik hang duk kat sana. Buat practical kat pulau tu. Huh! Mula-mula memang best, lepas 2 minggu aku rasa dah mcm duk dalam penjara kat tempat yang agak terkongkong. Langkawi pulau, so what is pulau. Pulau tempat yang terpisah dari main land. Nasib baik aku ada teman-teman yang cool duk bersusah senang bersama. Banyak benda yang terjadi kat sana, maybe aku buat entry pasai kat sana. (only Allah know when)

Habis practical kat Langkawi, habis la juga tempoh pengajian tambahan aku untuk Tourism Management yang aku juga tak sangka akan ambik. So a new thing happen there. Tourism Management also my extra skill (kononnya la).Habis tempoh tu, aku duk rumah ja, jadi pengangur kat rumah orang tua aku. Berbekalkan duit simpanan dari elaun Kismec tu aku boleh la enjoy-enjoy sikit. Time duk mengangur tu la juga aku duk tunggu tarikh masuk.
Unikl menjadi pilihan aku, pasai apa aku pilih pown tak taw. It also a new thing happen to me. Tak ku duga tak ku sangka, unikl menjadi pilihan. Actually aku ada apply UniRazak, aku dapat offer masa first try tu, tapi course yang aku tak minat, mana boleh study benda yang kita tak minat kan. Second try Alhamdulilah aku dapat apa yang aku mau, Islamic Banking and Finance. Tapi malangnya aku dah register untuk Unikl under Islamic Finance juga so terpaksa la tolak. Study kat Unikl pun not bad at all. Plus ramai kawan-kawan dari kolej lama sambung Unikl. I'm so blessed to have them (betui ka English aku nie).

Last sekali benda yang besar berlaku sepanjang tahun 2011 selain aku dapat kenal banyak lagi muka kat Unikl tu adalah, my family akhirnya telah berpindah ke rumah lain. So dah tak jadi warga Kota Damansara dah sekarang nie, officially jadi warga Shah Alam kalau ikut alamat rumah. Ikut aku, area rumah aku nie masih dalam kawasan Subang so mengaku warga Subang ja la.One more thing yang happen sepanjang 2011, Pak Teh aku telah kembali ke rahmatullah. Even aku tak really close to him, but I really respect him. Betul la ada pendapat yang cakap, orang beriman selalunya "pergi" dulu bertemu Allah.

Well actually banyak lagi yang berlaku, contohnya aku dapat result for my first semester kat Unikl tu yang aku langsung tak expect dapat power macam tu (okey dah start riak), aku terpaksa berdepan dengan ragam manusia yang dahulunya aku pernah buat, back injured aku semakin baik, aku terpaksa rasai penangan kena tikam dari belakang, and macam-macam lagi. So aku harap 2012 yang dikhabarkan akan berlaku kiamat (aku langsung tak percaya) akan lebih baik untuk aku, family aku, sahabat-sahabat aku dan muslimin dan muslimat sekalian. Moga kita menjadi khalifah yang lebih baik.

p/s: Panjang la pulak entry aku kali nie.. Baca la kalau mau..

Click la sini

article menarik