True words are not always pretty, pretty words are not always true

Saturday, 10 November 2012

24 Tahun dan Kek Coklat

Assalamualaikum,

Kalau dilihat tarikh last post aku dan sekarang amat jauh gapnya. Hampir 11 bulan aku tak post apa2 di blog aku nie.

So sebahagian azam tahun 2012 aku tak tercapai la. Cadangnya seminggu satu entry, tapi tapi...  Abaikan hal nie, post banyak2 entry pun bukan ada yg menunggu pun.

 Well baru-baru nie birthday aku 9/10, okey aku taw dah sebulan berlalu but from that day a lots of things happen in my life. Bagi aku birthday tahun nie lain macam sikit. seriously.

Selalunya bila tarikh birthday semakin dekat kita akan cakap, "Alamak, 27 dah aku tahun nie, kawin dak lagi", "Ehh, aku dah boleh daftar mengundi la this year. Syoknya!".

Tapi bagi aku, dah tak pikiaq dah pasai nak dapat hadiah ka, atau nak celebrate dengan party bagai even aku ada cakap dengan member aku:
"Tahun nie kita dah 24 kan?"
Member aku pun balas:
"Hang nie teruk sangat! Kita 23 la tahun nie! Umuq sendiri pun hang dah lupa...."

Apa yang aku maksudkan kat sini aku dah lost count of my life. Aku dah x peduli umuq aku berapa, sampai tahap tu la aku punya tak peduli. Aku just hidup dengan kehidupan aku sebagai seorang anak, seorang abang, seorang kawan, seorang student dan sebagai seorang hamba Allah.

Celebration untuk birthday aku langsung tak ada, yg ada hanya celebrate birthday adik bongsu aku yg 4 hari lebih awal. Mak tanya nak celebrate tak my birthday, Aku rasa tak perlu sebab aku rasa aku dah tua untuk semua nie.

Okey, aku bukan nak highlight sangat part birthday tu, just nak relatekan dengan hal yang nie.
After few days passed date of my birthday aku receive benda yang aku tak jangka. In easy word, aku dapat birthday give dari someone. Kalau hadiah biasa2 nie tak dak la aku nak kecoh dalam entry nie. Just aku yakin hadiah yang dia bagi tu ikhlas. Macam mana aku tak cakap lagu tu, sebab dia sendiri yang buat kan kek coklat tu sebagai hadiah untuk aku.

Memang aku terkejut, maklum la first time dapat hadiah macam nie.. hehe.  Apa2 thanks sekali lagi kepada yang susah2 membuat kek coklat moist tu and thanks jugak kat hampa semua yang wish birthday aku melalui facebook, twitter or by phone. Thank you all so much.



2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Click la sini

article menarik