True words are not always pretty, pretty words are not always true

Monday 20 June 2011

Rezeki Allah Bukan Untuk Kita!

Assalamualaikum
and Salam sejahtera


First of all, I want to say that I'am not a Ustaz, (maksudnya aku bukan ustaz la). Entry nie adalah pendapat aku sebagai hamba Allah yang telah hidup selama 20++ tahun(muda lagi aku rasa). Yang salah tu dari aku, yang benar itu kurniaan Allah.

Ok, Pasai entry gua iaitu Rezeki. 
Rezeki dari segi bahasa bermaksud ar-rizqi atau al-atha iaitu pemberian. Manakala dari segi istilah ialah sesuatu yang diberikan Allah s.w.t. kepada semua makhluk, tidak kira sama ada ia halal atau haram. 

Kadang-kadang kita semua mesti terpikiaq pasai rezeki, rezeki, rezeki! Macam mana nak cari duit lebih, gaji yang ada nie tak cukup kut.. Aku yakin semua orang mesti duk pikiaq pasai duit. Especially hang! Ya hang yang membaca!(aku pun sama)

(duit banyak sapa tak mau!)



Selalunya manusia akan ingat rezeki tu sekadar duit dan makanan 
sahaja.


(Makan besaq sapa tak mau kan)

Sebenaqnya rezeki boleh dari segi lain seperti (aku list yang ni dah la noh):
Kekayaan
Pelajaran
Jodoh


Kekayaan
Sapa la tak mau jadi kaya. Naik sportscar, rumah banglo ada 2-3 bijik, orang gaji bersepah kat rumah. Bawak mak bapak kita pi haji or umrah and others.
Tapi ramai antara kita yang mengeluh, mengeluh tak cukup duit, Awal bulan happy aa duit alaun  atau gaji masuk... Then hujung bulan ikat perut la oit kalau terlebih belanja dak pun buat loan dengan members..(aku taw la aku pun macam tu kadang-kadang) Bagi yang hidup single ok la lagi, kalau yang dah married tu huh, kena la bajet kaw-kaw punya.

Kalau aku selalu juga la berdoa agar dimurahkan rezeki dan rezeki yang tak putus dari Allah. But sometime tu kita tengok orang bukan Islam even orang Islam yang tak sembahyang pun berlambak-lambak yang kaya raya. Kita tengok pun macam what the fiat! awat depa nie Allah bagi kesenangan bukannya reti sembahyang pun, sakit hati kut tengok!

Thats what ISTIDRAJ mean, maksudnya harta yang diberi untuk menjauhkan diri dengan Allah.So jangan tanya la why Allah give them all the wealth, but kekayaan itu hanya di dunia sahaja. Kekayaan itu juga merupakan ujian dari Allah kepada mereka (orang Islam yang kaya) sebab Allah mahu menguji kemanakah kekayaan itu digunakan ke arah kebajikan atau mengikut sifat syaitan iaitu membazir. Membazir dengan kemewahan adalah tidak baik. Membazir kejalan maksiat lagi la kena laknat!

Kita juga mungkin akan mempersoal kepada Allah, aku nie selalu duk doa dimurahkan rezeki, aku selalu kut duk bersedekah kat masjid, aku sembahyang penuh kut, aku selalu ja duk sembahyang dhuha 2... Tapi kenapa-kenapa! Aku still macam nie, naik motor sama, umah pun kecik ja, gaji huh! cukup-cukup ja. Owh Ya Allah! sampai bila aku nak hidup dalam kesempitan macam nie!

Soal-soal juga, tapi pernah tak hang terfikir kenapa Allah tak bagi on the spot apa yang hang minta. Kenapa Allah tak bagi, kadang-kadang tu Allah bukan tak mau bagi, maybe lambat sikit Dia nak bagi, Allah juga mau tengok kesungguhan hang dalam meminta sesuatu padanNya. Mungkin rezeki atau kesenangan itu Allah tidak beri kepada hang, mungkin untuk anak-anak hang atau cucu-cucu hang kerana mungkin mereka lebih berhak.
Kadang-kadang tu Allah memang tak mau bagi pun kat hang sebab Allah tentunya lebih tahu apa yang lebih baik untuk hang. Contohnya macam nie la, kalau Allah bagi apa yang hang nak mungkin hang yang sembahyang cukup nie, yang selalu bersedekah, yang selalu bangun malam sembahyang tahjud, nie mungkin tidak akan melakukanya lagi.. Mungkin hang dah tak peduli dari mana harta tu hang dapat;

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w; "Akan datang suatu zaman sesorang itu tidak memperdulikan dari mana ia mendapat harta, apakah dari sumber yang halal ataupun haram"

Manusia dah banyak harta keangkuhan makin tinggi kut.. Contoh yang paling popular kisah Qarun la yang hidup sewaktu zaman Nabi Musa a.s  (Sapa tak taw memang bongok kut).. Keangkuhan yang membawa kemurkaan Allah.. Last-last kena baham dengan bumi dengan izin Allah. Tapi kalau orang yang dikurniakan kekayaan tu dan masih dengan sifat-sifat mahmudah, alhamdulilah la.. Bertapa bestnya macam tu! Duit banyak but still ingat orang yang susah-susah ni.. Ingat orang kaya yang rendah hati tu adalah musuh Iblis!

Ok... entry aku kali ni sangat panjang (padahal lu baru ada 2 entry)


Pelajaran


Shit giler result aku! Ahh lecture ni memang nak aku fail nie! Haram aa lecture nie nak cari pasal sungguh dengan aku!

Simpan ja la makian hang tu. Ok kadang-kadang memang ada lecture yang tak sebulu dengan kita, aku pun pernah gak kena macam nie time ambik Stat dulu. Kalau lecture tu ok dengan kita awat nak kena persalahkan dia pulak.. Dulu hang ada study ka time nak exam? Aku boleh bet la berapa ekoq ja yang study seminggu sebelum paper, yang berguni ada la study last minit.. tu tak termasuk bawa toyol lagi ( wei kalau bawak toyol hang fail juga apa guna pi kolej wei). Alrite tu yang study last minit kalau boleh score B- keatas aku respect aa..

Kalau yang dah study sungguh-sungguh nie, seminggu sebelum exam but still tak dapat apa yang hang target, huh! Kecewa kut! Hang ada pikiaq dak pasai apa Allah tak bagi hang dapat DEAN LIST (DL)  masa sem tu? Kalau dapat alhamdulilah la, boleh pi Anugerah Dekan pi makan-makan kat hotel  (sebenaqnya tak best pun).

Bagi aku baik tak dapat dean list kalau tiap-tiap sem pointer maintain 3.00 keatas pun dah cukup, bila last CGPA tu boleh la dapat 3.50..  Maybe kalau pernah dapat DL macam aku tapi next sem tu jatuh pointer pun buat apa, rugi kut (ok aku bukan nak belagak). So kalau tak berpuas hati tu dengan lecture, kena study la banyak sikit  kalau dah kurang cerdik macam aku nie but still ingat cerdik macam mereka-mereka yang lain  duk main game ja study tak mau.. huh.. Tak boleh score aku rasa.. Berusaha dulu then baru berserah (bukan macam member aku sorang tu, dah give up sebelum exam dengan tidoq ja ari tu). Masa zaman SPM juga ada yang merungut SPM aku tak straight A, then aku tak boleh pi oversea! Owh kecewanya. Ok kalau hang Allah takdirkan pi oversea yakin kah akhlak hang tak jadi songsang dengan hukum Allah, yakinkah hang akan study macam yang study kat umah, yakinkah hang hidup hang lebih baik di sana? Yakinkah anda?


Jodoh


Jodoh ditangan tuhan. Memang benar ungkapan tu Allah yang menentukan siapa yang bakal menjadi teman sehidup kita, maksud aku isteri! bukan girlfren! Ada kawan aku dia merungut aduh! dah lama kut couple tapi break juga! Payah la nak lupakan dia bro!.. Selalu dah aku dengar ayat-ayat tu. (kadang-kadang jemu siot!)
Come on la bro! Awek baru! Bukan isteri hang pun!

Tidakkah hang menyedari dia memang bukan jodoh hang, so buat apa nak terhegeh-hegeh nak try pujuk balik (kalau dapat balik tu ok la). Ok yang tu kalau dah couple bertahun-tahun. Kalau yang nak cuba mengorat aweks pulak kemudian kena push away.. Memang down to earth aku rasa, macam burung unta tanam kepala dalam tanah. (Malu + kecewa). Yang nak try mengorat aweks orang or tunang orang memang sumpah mencabar la.. Kalau dapat lu memang hebat!

Ha macam nie kalau hang tak boleh gambar kan

ok nie memang kecewa tahap gaban


Pada pandangan aku semestinya Allah dah taw siapa jodoh kita, sebab tu yang kita duk couple bertahun-tahun then break, yang kita nak mengorat tu tak dapat, Allah lebih mengetahui. Contonya macam nie la, hang pasti ka yang awek or balak yang sekarang nie boleh jadi isteri or suami hang? Mak Pak hang suka ka dengan calon menantu depa tu (ingat keredaan Allah tu datangnya dari keredaan ibu bapak). Awek or balak yang hang nak mengorat tu baguih dak dengan hang? Macam mana pergaulan dia? Apa yang aku nak kata kat sini, jangan la duk sedih-sedih atau kecewa dengan perpisahan and hajat yang tak kesampaian tersebut.
(Doa mencari jodoh aku malas nak letak cari sendiri)


Setiap manusia Allah telah siap menentukan siapa jodoh kita sewal 6 bulan kita didalam rahim ibu kita, so hang jangan duk risau la wei! Tapi cinta tak datang bergolek, usaha kena ada doa semestinya. But please dun be so western boys n girls, kita orang islam ada batas pergaulan, (kawan aku pernah cakap dia lebih rela peluk babi dari pegang tangan awek dia)

dapat bini macam nie alhamdulilah!





Huh! Hang mesti penat nak baca semua .Aku pun penat nak taip, tapi sebabkan tak dak kerja lain aku buang masa la dengan menaip. Apa-apa pun sekali lagi nie hanya lah pandangan dari aku yang bukan seorang ustaz or tuk guru. Salah silap dari aku, yang benar dah baik itu dari Allah s.w.t.


Anyway Welcome to my blog and Thanks












5 comments:

  1. hbat la hang dan.. aku suka cara hang.. trima kasih atas peringatan anda..

    ReplyDelete
  2. hebat apa pun tak taw? sbb ada gamabq hg kut.. hehe

    ReplyDelete
  3. betui ckp ecan 2..hbat btui menulis..x la tulis sbrang ja..ada unsur ilmu n pengajaran..so keep it up..

    ReplyDelete
  4. tebaik lah kawan ku.....memberi peringatan...

    ReplyDelete
  5. huhu.. jgn puji lebih2 satgi makin kembang, anyway thanks!

    ReplyDelete

Click la sini

article menarik