True words are not always pretty, pretty words are not always true

Tuesday, 30 August 2011

Perkara-perkara Biasa Sewaktu Hari Raya

Assalamualaikum


Aku tau benda nie semua orang buat. Semua orang akan buat!. Tak kisah la macam-macam cara, tapi orang still akan buat. Ada yang buat then kena bayar. Ada yang buat tapi langsung tak kena bayar. Ada yang ambil masa lama nak buat, dua tiga hari baru siap, ada yang seminit dua je, dan juga ada yang sesaat dua je.


Pasti anda, dan anda juga buat. Ya anda yang membaca pasti buat!.


Apa yang anda buat aku pun nak buat jugak. Apa yang aku nak buat?

Aku nak ucap

Aku buat khas untuk hampa (sumpah)


Seriously aku nak ucapkan pada semua orang. Terutamanya mereka-mereka yang rapat dengan aku. Mereka yang terjebak dengan aku setiap hari. Dah tiap-tiap hari berjumpa mesti ada terkasar bahasa dan juga perbuatan. Kadang-kadang tu tak jumpa pun boleh mengata, especially dalam Facebook la.

So anyone who ready my blog. I want say I'm sorry for what I done, sedar ataupun tidak.

I wish you all a wonderful Eid ul-Fitri ever!! Insallah





Monday, 29 August 2011

Kedah Menanti Hari Cerah

Assalamualaikum




Sewaktu aku menaip entry nie malam ini adalah malam terakhir umat islam berterawih(tu pun kalau hari selasa raya).

Semenjak aku pulang di negeri Kedah Darul Aman, apa yang aku rasa hanya la sejuk. Bangun pagi pukul 11 pagi pun masih rasa macam pukul 8 pagi. Hebat betui! Selalunya Kedah panas like paling panas kat Malaysia nie.  Daripada aku sampai hari Jumaat lepas asyik hujan ja. Tak meleleh pagi, meleleh petang, tak meleleh petang meleleh malam. Huh! Basah ja negeri Ku ini.


Aku tak kisah pown nak hujan. Hujan tu kan rahmat Allah. Tambah puasa kalau tak panas best ja rasa. Tapi satu benda yang aku takut kalau hujan non stop nie iaitu BANJIR!!!  

Orang belah utara nie panggil Ayaq Bah! Negeri paling hujung kat semenanjung nie dah la senang banjir (PERLIS) kalau Perlis banjir besar Kedah pun pasti terima akibat yang sama jugak. Huh! Tak mau la Raya dalam ayaq bah nanti.

So wahai hamba-hamba Allah yang nak beraya nanti doa-doakan la agar tak ada sebarang bencana yang belaku. Doa kan hari raya paling cerah dan sempurna, Insallah!!




p/s: Happy birthday(belated birthday sebenarnya) diucapkan pada salah seorang follower aku iaitu Esul. Blog dia best gak, pi la usha.

Saturday, 27 August 2011

Tips-tips Pemanduan Yang Cemerlang Sewaktu Balik Raya

Assalamualaikum







Disebabkan aku ada masa terluang nie aku nak berkongsi sikit pasai memandu balik kampung. Nak kata aku expert tu tak dak la. Namun aku masih rasa aku expert, cuma tak pernah drive kereta F1 ja. Time-time macam nie orang yang noob bawak kereta boleh practice driving!.


Okey! We go to the main point. Which is driving tips from danradhi!.(pulun pulun).

Tips tipikal macam biasa service your car  tak pown pi tukaq minyak hitam sudah la. Kalau driver yang ambik kisah mesti dia bawak kereta pi workshop check minyak, check break oil, check break, check tayar, check tayar spare, check macam-macam lagi la. Yang betui-betui ready nak balik kampung dia siap practice macam mana nak tukaq tayar bila emergency! Banyak kali la duk buat latihan.Kalau yang tak ambik kisah pulak, cukup time nak bertolak just isi minyak full tank jalan saja.. Kereta rosak jenuh garu kepala.

Second tips, sediakan junk foods macam kacang tanah (cap apa pown tak kisah), asam ka, drinks dan juga lain-lain. Maksud aku lain-lain kat sini makan yang ringan-ringan ja jangan hentam makan nasi goreng ayam pula sambil driving. Bukan tak boleh, cuma kena ada orang tolong suapkan (aweks/bini lagi bagus). Bab drinks tu aku nak share my personal tips, cuba avoid minum drinking water atau mineral water. Sebab apa?. Minuman tu kan minuman kosong nanti laju pulak ayaq tu pi pundi kencing. Akibatnya sesak la RnR nanti. One more thing, avoid mentos with 7UP! Satgi bala akan menimpa. Aku taw sebab aku pernah alaminya iatu cirit birit.

Tips seterusnya, tipikal gak nie dapat kan rehat yang ideal. Kalau kurang jadi mengantuk dan kalau terlebih pown jadi letih.

Jalan yang bosan


Tips bila dah mengantuk. Drivers yang nak ke utara tanah air selalu bosan ja sebab kebanyakan jalan adalah straight line ja. Belah pantai timur aku rasa best sikit.Bila jalan dah bosan semestinya akan mengantuk. Tapi bagi aku senang ja, first adalah drive laju sikit. Maksud aku, laju sikit ja dari kelajuan yang hampa duk drive tu. Bila dah laju daya tumpuan lagi excellent. Tapi cara nie hanya boleh di amal jika tahap mengantuk tu tak kritikal. Kalau dah kritikal tips terbaik adalah stop at the nearest RnR la atau bila dah tak boleh tahan masuk la kat susur keluar terdekat then lepak la sebentar di tol tersebut.

Tips nak elak kesesakan lalu lintas. Rancang la perjalanan anda. Contohnya ambik la cuti awal sikit sementara traffic tak heavy lagi. Contoh yang lain ikut jalan lama. Tapi semuanya adalah berdasarkan pengalaman anda. Dengar pengumuman dari PLUS time bila yang sesuai nak gerak. Kalau yang noob mesti tak boleh plan. Kalau yang dah pro mesti sudah plan. Bab sesak time balik raya nie sebenaqnya agak susah nak avoid. Aku taw sebab aku pernah balik KL dari Aloq Star sampai 12 jam...


Tips seterusnya ialah, Sabar dalam pemanduan. Bila driving long distance nie akan tiba masalah yang menguji kesabaran, especially drivers yang balik time siang hari.(tengah berpuasa pulak tu). Antara masalah terbesar adalah kesesakan kat highway tu, orang slow driving kat right lane, orang memotong ikut laluan kecemasan dan lain-lain lagi.



Tips seterusnya, Jangan bawak laju!!!. Nie sebenarnya adalah amaran. Kalau dah taw kereta tu tak stabil, kereta tu dah tua, kereta tu ada masalah, kereta tu overweight dan juga pemandu yang tak terer jangan la nak try speed up. Nak cepat sampai kampung pun jangan la nak memandu lebih dari kemampuan kereta dan juga skill anda sekalian. Nanti jadi macam nie pulak




Kalau kambing okey juga.









Tips yang lain adalah Tolong jangan jadi samseng jalanan pulak kat highway nanti! Orang lain drive elok ja tiba hampa jadi punca nyawa orang melayang.


Last tips dari aku, patuhilah undang-undang yang telah kita ketahui!. Jangan menyumbang dalam statistik kemalangan tahun nie. Bak kata pepatah biar lambat asal selamat. 


One more thing kena ingat jalan tu bukan hampa ja yang bayaq duit tol! So, a last word from me, drive with your knowledge!


p/s: aku betui-betui tak dak mood nak raya.


Tuesday, 23 August 2011

Kerja Part Time Malam Sehingga Awal Pagi

Assalamualaikum,

Rugi aa makan burger nie


Hai semua yang membaca.

Malam ini, iaitu pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sepatutnya umat-umat Islam bersungguh-sungguh beribadah menjadi malam Lalaitul Qadar.Tapi juga tak lupa yang sibuk membeli belah barang-barang raya, banyak betui duit.

Tapi-tapi, gua dan member masih terlekap kat McDonald dari Isyak sampai la pagi-pagi buta nie. Alhamdulilah assignment dah siap(sikit ja aku rasa). Makin lama makin sejuk pulak dan makin mengantok. tapi sambil tu duk usha awek-awek yang mai boleh la juga segarkan mata.

Tapi sekarang dah boleh sahur gua rasa. Tapi gua tak mau telan burger McD sebagai menu sahur. Tapi gua juga tak tahu apa tujuan gua post entry nie.

Tapi sebelum penutup, gua nak ucap selamat bersahur dan teruskan berpuasa.

Gua juga rasa banyak ayat 'tapi' dalam entry kali. Okey la gua nak balik bersahur kat damansara pulak. Tapi gua rasa entry nie mengarut ja. Sekian.





Sunday, 21 August 2011

Sebab apakah anda berpuasa?

Assalamualikum


Hai orang yang berpuasa sekalian.Sebelum terlambat dari habis season ramadhan, sementara aku ada kesempatan untuk meng'online nie (maklum la laptop gua dah jahanam).


Bercakap soal berpuasa. Ya ia memang telah diwajibkan untuk semua muslim dan muslimat. Semua dah taw aku harap la.. (rujuk surah Al-Baqarah ayat 183-184)


Tapi hampa semua pasti kan niat berpuasa tu betui-betui untuk Allah?

 Antara sebab yang femes dari pemerhatian aku ialah:


Aku berpuasa sebab nak kurus!
Sebab nie selalunya wujud antara pompan-pompan sekalian. Nak masuk ja bulan puasa terus set nie la peluang nak berdiet!. Nanti dah kurus makin hot la untuk raya.Tapi jenis nie tak pa la sebab bak kata pepatah, sambil menyelam minum ayaq!(bulan puasa nie menyelam dan minum ayaq memang tak boleh pada waktu pagi).


Aku berpuasa sebab ikut orang!
Hmm.. Sebab nie paling masalah. Meman diawal niat berpuasa tu sebab Allah tu pown kalau ada la. Berpuasa sebab orang sekeliling berpuasa, tak puasa malu beb! Plus kalau makan kat public sure kena denda. So ada yang berpuasa sebab nie.

Berpuasa sebab adat!
Yang nie agak sama seperti diatas. Kalau tak berpuasa rasa tak sempurna ja nanti nak raya. Tak dak feel kononnya. Ungkapan kalau tak puasa tak boleh raya, terpahat di hati kut. Tapi berpuasa just berpuasa, sembahyang tak buat pown, terawih jauh sekali, baca Al-Quran dalam mimpi je la.

Berpuasa sebab dapat duit!
Terus terang aku cakap dulu aku pown macam nie, tapi aku sure hampa semua pun pernah macam nie. Sebab nie hanya boleh terjadi untuk kanak-kanak yang baru nak belajar berpuasa. Kalau ada yang dah besaq tu.. tak taw la nak kata apa..

Jadi apa yang aku nak kata kalau boleh tu, tuluskan niat berpuasa hampa semua. Macam yang kita duk niat, "Sahaja aku berpuasa pada bulan Ramadhan kerana ALLAH Taala". Moga-moga puasa kita bukan sekadar menahan lapar saja. Insyallah.


p/s: Huh! Tak lengkap pulak hidup tanpa laptop yang berfungsi

Friday, 12 August 2011

Bahasa Melayu vs Bahasa Inggeris

Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera




Bahasa Melayu sememangnya bahasa ibunda kita sebagai rakyat Malaysia, atau lebih tepat lagi sebagai orang Melayu. Tapi betui ka bahasa nie masih bahasa utama di Malaysia?

Persoalan nie timbul terutamanya di kalangan rakyat yang menentap di bandar-bandar utama negara kita. Seperti Johor Baru, Ipoh, Putrajaya,Cyberjaya, dan semestinya Kuala Lumpur + Petaling Jaya. Aku yakin ramai yang akan berbahasa Inggeris dalam pergaulan mereka terutamnya mereka yang berbangsa bukan Melayu, ya Melayu yang town-town nie ramai yang berbahasa Inggeris dalam percakapan mereka jugak.

Ok aku bukan nak kata salah. Memang tak salah pun, dahsyat la tu fluent berbahasa Inggeris. Tabik spring sikit. Seriously tak salah. Bagi aku sistem pembelajaran di sini dah berhasil dengan adanya mereka yang mempunyai English education dengan baik. Yang aku duk perhati keliling aku ramai antara bangsa Cina dan bangsa cina sudah pun kurang berbahasa Mandarin mereka lebih suka bercakap dalam English. Bangsa India juga sama. Melayu pun sama saja. Tapi kalau mereka cakap pun antara mereka yang boleh dan mahu berbahasa inggeris sahaja.

Kalau orang India yang lebih berpindidikan dan orang India yang kurang pendidikan sure depa akan cakap dalam bahasa Tamil. Cina dan Melayu pun macam tu. Sebenaqnya style percakapan kita bergantung dengan kemahuan kita sendiri ada yang mix up their language like me, atau bahasa rojak dalam percakapan harian.

Tapi yang jadi masalah kalau, orang Melayu sendiri yang tak boleh cakap Melayu! Bukan tak dak, tapi ada! Kalau dah Melayu macam nie, apa pulak halnya dengan bangsa Cina dan India sendiri. Nie yang bawak masalah. Kalau dah dari kecik tu duk oversea sampai umuq 20 an memang payah la nak cakap Melayu.
Tapi nie yang duk kat Malaysia. Tapi sorry I can't speak in Malay. Mungkin dah kat umah depa semua duk cakap English dengan anak depa dalam proses petumbuhan, ehhh pembesaran tanpa sebarang penggunaan bahasa Melayu so jadi la macam nie. Tapi bagi aku at least boleh la berbahasa Melayu kalau tak boleh, hampa boleh belajaq balik la. Take times but you should!.

Bukan aku nak kata depa-depa nie tak sayang Malaysia, tapi untuk memudahkan dalam pergaulan mereka juga dengan orang yang kurang boleh berbahasa English nie.

Ko orang apa? Melayu kan, Jadi apahal ko cakap omputih pulak dengan aku nie!?

Err.. Narrow minded betul percakapan seperti diatas.
Tolong jangan berfikiran macam tu. Tak salahkan kalau member kita nak speaking dengan kita. Dia mungkin nak improve dia punya speaking bagi lagi fluent. Hampa pun boleh gak improve secara tak langsung.Duk dengaq dia bersembang dalam bahasa English boleh la improve hampa punya language kan. So be a more positive person.

Ada juga orang yang kononnya hebat berbahasa English nie mengata orang yang kurang fasih dalam bahasa asing nie bodoh. Yela dah tak pandai cakap dalam bahasa omputih, bodoh aa. Jenis nie yang kurang ajaq oit. Dah pandai (sikit ja pun), mau pulak eksyen lebih-lebih. Ada ka seorang lawyer kata seorang hakim bodoh sebab hakim tu tak mau berbahasa English? You think about it. Tak pun dia yang tak reti cakap dalam bahasa Melayu?.

Okey dah bab tu. Kutuk mengutuk apa pun tak boleh.

Macam aku lebih suka berbahasa Melayu. Bukan sebab aku tak reti cakap English tapi aku lebih selesa dengan bahasa ibunda aku. Nak kata speaking aku suck, tak kut. Yela duk kat resort  Pulau Langkawi berbulan-bulan kalau tak reti cakap English, hmm.. Pungah la.

Hampir sebulan aku duk buat physio treatment kat Tropicana Medical Central tu. Fisioterapi nie pulak mula-mula dulu selalu ja cakap English dengan aku. Pernah first time aku pi sana dia cakap English, sebabkan aku sakit sangat jadi selamba ja aku balas dengan loghat utara aku.Sure dia tak paham. But still aku masih cakap Melayu dengan dia sampai sekarang. Setakat sepatah dua tu pernah la dalam bahasa English.

Jadi lani depa (ada dua fisioterapi), akan cakap Melayu dengan aku sebab aku tak mau cakap English dengan depa. Tapi baru-baru nie time tengah duk buat treatment kawan aku dari Russia call tanya pasai rumah sewa di Kuala Lumpur(celah mana dia dapat no aku pun tak taw, mungkin aku pernah bagi). So terpaksa la aku cakap English, tak kan aku nak cakap Melayu pulak. Habis ja cakap.

"There you can speak in English fluently!" awek India fisioterapi bernada keras sedikit.

" Err.. You hear me?" Aku agak terkejut, aku ingat tak dak sapa sebelah tirai katil aku tu.

"Clearly! So why you don't want to speak English with us?(us kat sini ialah dia dan seorang lagi amoi cun)" keras juga nada dia.

"Sebab I suka you all cakap dalam bahasa Melayu" Jujur aku cakap kalau India dan Cina cakap Melayu mesti ada tone yang ganjil sikit. Tapi dalam kes nie dua aweks yang berbeza bangsa tu tone depa sedap gila kalau dengaq. Plus depa-depa nie segak-segak (mula la nak gatal).

So bagi aku don't judge kalau ada orang yang cakap bahasa English tu sombong, lupa daratan pulak, and orang yang tak berbahasa English tu bodoh. Tapi tak rugi kalau belajar bahkan akan ketinggalan nanti dengan arus permodenan. Takut nanti berlaku kes-kes penipuan dalam perjanjian sewa beli hartanah contohnya. Time sambung study kat university pown English tu wajib untuk setiap subject kecuali subject LAN la dan juga terkecuali untuk mereka yang menyambung pelajaran di politeknik. Jadi belajar tu atas kemahuan diri sendiri.  Aku memang suka cakap Melayu, nanti kawan aku dari Russia tu mai bulan September nie aku ajaq dia bahasa Melayu. So Olya get ready!



Anyway Welcome to my blog and thanks.

Sunday, 7 August 2011

Khas Bagi Mereka Yang Berada Di Luar Negara!

Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera.




Wahai perantau-perantau di luaq sana, sihatkah hampa semua?.

Macam mana berpuasa di perantauan?.. Mesti rasa rindu dengan suasana berpuasa di tanah tumpah darah kita kan?. Ada yang rindu dengan family semestinya, ada yang rindu dengan masakan disini dan juga lain-lain.

Hehe jangan sakit hati aku tanya macam nie.. I'm just asking..


Ok la, direct to the point. Mungkin nie adalah satu tawaran yang sedikit sebanyak dapat mebendung rasa rindu terhadap Malaysia. Aku dengan rela hati mengunakan blog aku nie untuk membuat sedikit research pasai kehendak rakyat Malaysia di luar negara(padahal tak ramai pun baca blog nie). 


RABUNG UTARA ENTERPRISE akan menawarkan perkhidmatan export atau penghantaran barangan ke setiap rakyat Malayisa di luar sana mengikut permintaan. Jadi mungkin blog aku nie boleh menjadi tempat permintaan atau shortlisted place untuk sementara waktu sehingga RABUNG UTARA ENTERPRISE mempunyai webpage mereka sendiri, mungkin next week. Segala transaksi pembayaran adalah melalui Paypal dan account transfer. Mereka juga adalah syarikat penuh bumiputra yang beralamat di Kota Damansara. 




So kalau hampa ada apa-apa yang nak minta dikirim(berbayar ok), boleh la tinggal pesanan kat ruangan comment aku nie. Barang apa pun boleh insallah bak kata mereka kecuali barangan basah, contohnya Kari kepala ikan,Nasik kandar pelita, dan lain-lain yang sejenis. Barangan yang boleh dihantar adalah seperti rempah ratus buatan Malaysia, songkok  atau lebai, baju kurung, baju melayu, barangan IKS dan lain-lain lagi.. You just name it first then they will contact you guys. Tambah-tambah nak raya dah nie.


Lupa pulak nak bagi habaq, hampa juga boleh check depa punya link ebay mungkin next week juga, tapi buat masa lanie hampa just habaq ja apa yang hampa mau. Depa boleh beli then send to you. Soal harga aku rasa memang berbaloi la.


Sekali lagi bagi mereka yang berminat boleh la tinggalkan pesanan di bawah berserta nama. Depa akan memenuhi tuntutan anda. Sekian terima kasih dari pihak Rabung Utara Enterprise .

Anyway welcome to my blog and thanks

p/s: Jangan teragak-agak nak meminta, rindu yang teramat mungkin dapat diubati oleh barangan dari Malaysia.

Friday, 5 August 2011

Mengapa kawan mengata dibelakang kita?

Assalamualaikum





Everyone sihat ka? posa ada tinggai dak lagi?



Bila berbicara soal cakap-cakap belakang atau bahasa mudah tikam belakang, aku pasti ramai yang pernah alaminya sendiri. Aku pun pernah. Kadang-kadang tu kita terfikir awat kawan baik aku sendiri yang buat macam nie kat aku?. Kalau aku kata ada yang sedih dan ada ramai lagi membara mesti hampa setuju dengan aku kan?


Ada juga yang bergaduh kaw-kaw punya, sampai ke tahap bertumbuk sepak terajang pun ada, ada juga yang sampai putus kawan tu paling habis cerita la, ada juga yang sampai putus sedara dan macam-macam lagi. Tapi ada juga yang boleh memaafkan kelakuan si penikam belakang tu, mungkin bagi dia macam gatal-gatal je kena tikam kat belakang. Banyak lagi la aku rasa kesan dari tikam belakang nie.


Tapi kalau di tanya awat kawan aku buat macam nie? Memang tak dapat la jawapan. The answer only with the backstabber. Okey lani aku nak memberi pendapat sikit pasai hal nie.


Kenapa orang menikam belakang kita one of it ialah, backstabber tu memang tak boleh masuk dengan perangai kita. Setiap tingkahlaku pasti jadi masalah. Ada unsur cemburu yang kuat la kononya. Jenis nie yang payah sikit nie, kadang-kadang tu elok ja kawan tiba-tiba nah berdarah belakang badan. Cara paling mudah nak hindar ialah kita buat tak taw ja, find a better friends. Kalau nak layan buat penat ja sebab backstabber nie memang dari awal tak boleh nak setuju dengan kita. Tapi kalau jenis nie aku akan rasa proud dengan diri aku, ye la dah dia duk cerita pasai aku ja, mesti dia selalu ingat about me.



Ada juga backstabber nie tak bermaksud pun untuk buat cerita atau mengata tapi keadaan yang membuatkan sesuatu gurauan tu jadi a big deal. Contohnya si A saja nak bergurau dengan memanggil si B dengan gelaran seperti "oit gemok!" dalam facebook yang dia rasakan lebih mesra, then si B membara pulak disebabkan si B baru nak mengenali si A nie dan ada dua tiga orang yang jadi batu api. Padahal si A pun gemok gak, so sepatutnya tak ada masalah. Jadi backstabber nie bukannya backstabber la kan. So jangan nak cepat bara.


Backstabber juga selalunya dari bekas atau kawan baik kita sendiri, rasa pelik kan but that's what happen. Ada dua jenis sebenarnya. Iaitu backstabber yang memang backstabber, dia jealous  dengan hang punya femes tu ka, hang punya kepandaian ka, hang punya kecantikan ka, atau hang punya kecomelan atau lain-lain hal. Dia nak kat bf/gf-suami/isteri hang ka, boleh ja dia tikam hang. Bagi hancur hubungan hang settle semua then ada chances nak dapat la apa yang dia nak. Jenis nie hang kena kuat la part belankang hang tu. Aku pun tak taw macam mana nak membendung.



Ada juga BFF kita yang 'ter'jadi backstabber. BFF jadi backstabber lagi la membara-bara, yang sedih pun ada.Tapi ada hampa fikir pasai apa dia jadi backstabber? Aku rasa hampa tak akan fikir pasai tu? Yang aku taw hampa mesti nak bubuh dia balik kan. Kenapa aku katakan 'ter'jadi, maksud dia lebih kurang macam nie la. BFF hampa ada perasan yang hampa ada buat salah seperti pinjam duit tapi lambat bayaq, nak jadi leader tapi idea and cara yang salah atau dalam kelas duk buat kepala, tapi mostly hampa just buat kepala tanpa ada kebenaran. Jadi dia nak menegur kelakuan sumbang nie tapi takut ada yang terkilan jadi terpaksa cerita kat another member yang agak baik  untuk sama-sama settle kan masalah sumbang nie (adoi lenguh pungkoq pulak duk lama sangat nie). Plan dah baik punya macam mana nak tegur tapi member yang sorang lagi tu boleh pulak buat cerita tambahan kat another member yang pastinya akan tersebar seperti hembusan bersin. Jadi secara tak sengaja akan 'ter'jadi backstabber.


Bila hampa tanya pasai apa tikam dari belakang nie? Dari depan tak berani ka?Then di jawap, "aku memang nak tegur tapi tak taw macam mana nak tegur". "Kalau aku tegur face to face,then direct to the point aku sure mesti hang tak boleh terima punya" "Sebab apa aku kata macam tu sebab hang nie rasa semua betui kat hang" . See what I mean? Kalau jenis yang susah nak terima nasihat atau teguran orang lain memang macam nie la jadinya. Especially yang cepat membara tu, ya hang la kut!. So please listen to others, only they can see your mistake.



Jadi kalau ada orang yang menikam belakang kita, aku rasa sepatutnya hampa soal siasat la dulu cerita dia. Mungkin dia tak sengaja atau mungkin dia sengaja. Who knows?.


Anyway welcome to my blog and thanks.

Monday, 1 August 2011

Selamat Berjuang Melawan Nafsu Pada Bulan Ramadhan

Assalamualaikum




Wahai gadis-gadis, hampa dah selesai ganti posa ka? Kalau dak nanti double la ganti posa tu. Hikhik.




Alhamdulilah, gua baru selesai melantak untuk sahur pertama tahun nie(nampak sangat tak pernah posa sunat isnin khamis). Daging masak kicap, teloq masin dan sayoq kacang panjang jadi la noh untuk bersahur. Nanti duk umah sewa tak dapat la semua nie.....


Perlunya kita bersyukur sebab kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan tahun nie, bukan semua orang dapat berjumpa dengan bulan istimewa nie, ada yang telah Allah jemput dulu, ada pulak yang ditimpa kecelakaan so nak posa tak boleh. Alhamdulilah, target gua nak improve posa tahun nie dari tahun lepas yang macam tak sempurna ja gua rasa.


Sebenarnya pada bulan nie juga kita perlu berjuang melawan nafsu kita sendiri maklum la, iblis syaitan semua kena lock kan jadi yang akan menghalang kita hanya la nafsu sendiri. So sepatutnya senang la nak melawan, tak dak hasutan lain.


Nafsu tidoq yang membuak-buak, sapa yang berjaya bangun sahur secara tak langsung hampa dah berjaya melawan nafsu tidoq. Ingat senang nak bangun? yang jenih baloq liat habis la sahur dia. Rugi wei rugi!. Orang kata tak dapat la fadilat bersahur tu dan juga tak ikut sunah nabi S.A.W. Kalau malaih sangat, minum ja segelas ayaq ja. Kononnya nak diet la tu nanti time berbuka makan macam jin. Tidoq juga satu ibadah akan menjadi alasan untuk sapa yang malas atau letih pada siang hari. Okey nanti time judgment day list pahala mai kut tidoq bulan posa ja, langsung tak macho. So jangan banyak tidoq sangat. Banyak ibadah lain lagi yang bermakna.


Nafsu mangawan atau nafsu berdating akan menjadi masalah juga nanti. Bagi yang bercouple tu yang ternyata menghampiri zina sepatutnya berjuang berhabisan melawan nafsu untuk keluar berdating. Sekurang-kurangnya bulan nie hampa berjaya mengurangkan dosa dari berdating. Okey mungkin akan ada yang kata, "ala kami pi bukak posa sama-sama pun tak boleh ka?". Boleh aih pi bukak posa sama-sama, tak dak masalah cuma nanti lepas berbukak tu apa yang hampa akan buat? Sumpah pi sembahyang terawih sama-sama la kan. Jarang aa pi sembahyang sama. So guys and ladies kurangkan nafsu berdating nie. Yang ladies jangan jadi gatal-gatal okey.



Nafsu cepat marah akan menjadi masalah juga time posa nie. Bulan mulia nie juga adalah medan atau masa yang sesuai untuk melatih anger management hampa semua. Yeah sesuai juga untuk gua juga. Gua rasa jenih yang cepat marah macam aku nie perlu memupuk sifat sabar dengan lebih lagi. Gua tau bukan senang, salah satu caranya ialah kita suruh la rakan atau family yang rapat tegoq kita punya bara tu. Satu lagi banyak-banyak la ambik ayaq sembahyang supaya kita cool sikit, tapi part kumoq tu jangan lebih-lebih pulak. Satu lagi cuba la ucap kalimah-kalimah Allah supaya tenang sikit.


Nafsu membazir yang membazir selalunya muncul ketika petang iaitu ramai antara hampa yang suka membeli macam-macam makanan, tapi end up haram tak boleh makan semua jadi hampa dah membazir kat situ. Membazir kan sifat setan, tapi setan kan dah kena rantai so membazir tu memang dah menjadi sifat hampa la.
Membazir bukan saja kat beli makanan tapi hampa kalau jenih nak bersiap sempoi-sempoi punya untuk raya. Kalau setakat beli sepasang dua baju raya tu okey la lagi. Nie ada yang sampai 7 pasang, what the hei nak bagi cukup seminggu kut berlaram untuk raya. Tu tak cerita lagi mak-mak hampa yang duk bersiap nak percantik rumah, nak lawan dengan rumah sebelah katakan. Huh, membazir tu bukan sifat Islam yang sejati ye.



Nafsu makan sepatunya akan berjaya dibendung oleh para pengemar makanan, tapi nafsu nie paling payah gua rasa. Time sahur nak makan heavy kononnya dapat la tahan sampai nak berbuka nanti tapi mai dalam kui 9-10 pagi mata dah mengantok so hampa akan blame kenyang sangat. Nafsu makan juga akan membuak-buak sekali lagi time nak berbuka. Mula la nak plan makan macam-macam. Bagi orang yang macam gua nie, yang bertubuh besar nie sila la kawal pemakanan hampa semua.Time nie la nak diet pown kan. Lagipun kalau time berbuka makan banyak jadi masalah pulak bila dah kenyang sangat tak larat la nak pi terawih. Memang shit aa bagi alasan nie. So please control makan.


Nafsu nak terbukak sana sini. Maksud gua kat sini dalam bulan posa nie jangan la nak pakai pakaian seksi-seksi bagi yang perempuan. Nie nak keluaq pi Pavilion mau ja pakai short pants, taw la bulan posa nie panas sikit tapi tak pikiaq pulak neraka tu lagi panas beb. Laki-laki yang tertengok pun panas ja mata. During this period la ladies boleh belajaq nak tertutup aurat tu sikit. Bukan pakai tudung ja taw, tutup aurat lagi better. Nie pakai tudung dah okey tapi still pakai baju ketat-ketat, baju lengang pendek and others you name it. Kesian la kat laki-laki nie, nak lawan nafsu lapaq satu hal, tambah pulak nafsu mata nie.. Adoi terseksa taw laki-laki. Ada juga rakan-rakan perempuan gua yang dulunya tak pakai tudung tapi lepas posa tahun lepas terus letak tutup aurat, huh sejuk ja mata memandang. Nafsu pun tak bergelora dosa pun tak bertambah.


Nafsu merokok.... Errr tak mau komen banyak sangat nanti ada ja alasan.


Nafsu sekodeng aweks cun. Time bulan posa memang letih la nak control kan guys. Pi ja kat pekan sikit, Huh! tercabar kut. Tak mau tengok akan ada ja yang tertengok, tambah-tambah yang bukan Islam punya dress up. Apa perlu kita buat? Kalau dah tertengok tu tengok la lama-lama jangan tertutup pulak. Satu lagi istifar la guys. Gua tau tengok yang indah tu nikmat. Tapi sila control pandangan anda. Perempuan pun sama ja.


Nafsu ber'online' yang ternyata telah sebati dengan diri kita, termasuk gua. Kalau boleh time posa nie slow la sikit meng'oline' tu cuba hampa ganti dengan baca al-quran ka, sembahyang sunat tahajud ka especially after midnite, ramai yang gua taw selalu online sampai ke subuh. Cuba buat yang termampu untuk memperbanyakkan ibadah kita, mana nak pi taw malam nie malam last ka, kan rugi.


Nafsu mengata kat orang. Nafsu nie pun boleh terjadi tanpa sengaja. Kadang-kadang tu bukan nak kutuk tapi saja nak sembang pasai sesorang tu tapi tiba-tiba terkutuk pulak. Huh!. Sila control. Gua pun kena control nie.


Nafsu bermalas akan menjadi faktor gua rasa. Contohnya kalau dah posa tu kerja jadi lembab, assignment jadi tak perfect, masuk kelas asyik menguap ja. Please don't be like this, buat buruk nama Islam ja dengan perangai hampa tu.


Jadi ladies and guys sila la berjuang melawan nafsu-nafsu hampa sekalian. Gua pun perlu juga melawan.Gua taw bukan senang tapi we should try our best with it. Sapa la yang perfect kat dunia nie. Okey nanti boleh la buat entry pasai kebaikan atau kelebihan bulan Ramadhan pulak.


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak! Posa biar penuh, ibadah ditambah dan jangan membazir ye!



Anyway welcome and thanks.


p/s: Gua dah ada business beb! hee. Lupa pulak, kelas semua start sejam awal bulan posa nie...

Click la sini

article menarik