True words are not always pretty, pretty words are not always true

Monday 4 July 2011

Aw: Sembahyang Jumaat = Berdating

Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera


Hai new readers yang macho and existing readers yang lagi macho! Sebenarnya entry nie untuk macho man ja, tapi untuk aweks yang lawa-lawa pun boleh.


Sembahyang jumaat = berdating? Mesti ada yang tertanya apa kena mengena antara dua aktiviti nie.
Well aku tak akan habaq kat awai-awai entry nie. So baca carefully ok..

Ramai antara kita yang suka berdating kan? Terutamanya hang kan bro! Hang la bro! Especially mai time weekend ramai la yang akan berdating, tak percaya jom kita pi One Utama ka, Pavillion ka, Sunway Pyramid ka. Dataran Pahlawan kan.Mesti ramai kan. Okey berdating dalam entry nie lebih kepada yang belum berkahwin maknanya berdating secara haram la nie.. Bukan aku nak galakan berdating ye bro. But Just compare the similarity guys.




Seminggu sekali je kan sayang..


Bagi orang yang sibuk macam aku nie ( err dulu-dulu kala la) hampa mesti tak dak time nak berdating dengan aweks tiap-tiap hari kan. So at least seminggu tu ada la sekali kan. Mau tak mau kalau dah berahi rindu sangat tu mesti mau jumpa right? Sila angguk kepala dulu. Okey apa yang samanya dengan sembahyang jumaat? Kalau hang bijak mesti hang dah taw, ya betul! sembahyang jumaat pun seminggu sekali ja! Yela jumaat ada satu hari tu ja! Sembahyang jumaat telah difardukan dan diwajibkan keatas lelaki muslim yang hansem-hansem termasuk aku. Well susah sangat ka mau pi masjid tu?.

Jumpa aweks kadang-kadang tu tiap hari tak dak hal pulak.. Nie sekali seminggu ja wei! Sila la pi! Yang tiap-tiap hari pi tu gua respect sama lu!!! Tapi pi untuk sembahyang la bukan pi curi seliper. Ada juga trend yang "ala last week aku dah pi, hari nie aku tak mau pi la". Okey bagi middle finger depan muka dia kalau cakap macam nie. Benda yang wajib tetap wajib bro! Cuba la hang try jumaat lepas hang dah tak pi, jumaat yang dua minggu lepas pun hang tak pi juga, tapi minggu depan hang nak pi sebab tak mau la bagi cukup tiga kali tak pi masjid satgi Allah tutup pintu hati tu ( taw takut) Kalau plan hang nie berjaya boleh la gagah sikit tapi kalau next week tu mai hari khamis, Allah tarik nyawa hang! Apa pun tak boleh! Lu jawab la sendiri


Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Menghadirkan solat jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh”.
(Riwayat An-Nasa’i)



On time please honey/ Jangan lambat taw sayang..


Ayat nie aku rasa dah biasa dah aweks-aweks kita peringat before pi berdating. Well ramai akan cuba sebaik mungkin datang awal ke tempat yang nak ber'romance' and ramai juga yang tak memenuhi tuntutan aweks hampa nie. Janji melayu biasa la. Dalam bab nie, ramai antara hampa yang gagal memenuhi tuntutan Allah iaitu pi awal ke masjid. Maksud awal disini ialah sebelum azan yang pertama at least sebelum khutbah bermula. Kadang-kadang tu aku nak backhand ja kawan-kawan aku yang duk buang masa nie. Soal lain aku tak kisah sangat but bab-bab jumaat nie, sorry la der.. Yela macam mana tak marah kalau ada appointments dengan makhluk Allah tu, adoi. Takut sangat kalau lewat especially guys towards their gf . So guys sila la awal-awalkan kaki tu menjejak kaki kat dalam masjid.

Tak pa jumaat lepas lewat tu dah jadi sejarah, next jumaat sila awal ok. Plus kalau awal ke masjid tak dak la kelam kabut nanti.Nak cari tempat yang sejuk pun senang, nak buat solat sunat pun tenang, nak berzikir pun boleh (sebelum khatib berkhutbah), plus Allah telah mengutuskan maikatnya untuk mencatat segala amalan baik yang kita lakukan kat masjid tu. Orang yang lambat hadir selepas khutbah dibacakan terlepas la catatan tu (well nie aku tak paham sangat, sapa-sapa tolong habaq sikit apa kisah benarnya)

So guys if you can  see your girlfriend at the promised time, why can't you do the same with your creator? Ingat hidup nie tak lama.


Pakai baju lawa-lawa/ Bergaya sakan and wangi


"Jumpa awek mesti la kena smart bro!" kata kawan aku sambil menyembur minyak wangi Hugo Boss aku kat baju dia.

" Allah, pi sembahyang jumaat ja pun, nak pakai smart-smart buat apa?" sambil memakai baju Pagoda putih yang selalu dia pakai buat tidoq.

Keadaan nie aku dah biasa dah, it's happen around me. Come on la bro!. Jumpa awek boleh pulak pakai baju yang cantik-cantik, nak jumpa Allah boleh pulak hang pakai macam tu!. WT Fiat! Pi masjid tu boleh-boleh kan la pakai pakaian yang cantik-cantik, yang urban-urban pun tak pa, tapi kalau ada gambaq binatang, tengkorak or salib tak payah la okey ataupun yang ada tulisan kat pakaian tu.Kalau yang dari office tu at least make sure pakaian tu bersih dari hadas, bawa spare la kain pelekat kat office kut-kut la seluaq tu kotoq. Kenapa perlu bercantik/bersmart ke masjid?. First, Allah tu pencipta kita, ya hang dan aku. second, Apa salahnya untuk sekali seminggu tu kita smart-smart ke masjid(bukanya hang selalu pi pun termasuk aku). Third, bukankah Islam itu agama yang indah, jadi tunjukkan melalui pakaian kita. Dengan awek kita boleh tak kan dengan Allah tak boleh kut.

Masuk bab wangi-wangi ke masjid. Cuba pi masjid pakai baju yang agak berbau, sumpah ganggu orang sebelah. Kesian depa tak khusyuk sembahyang. Tambah-tambah yang mulut berbau bawang + petai. Huh! Kena sumpah la dengan orang. Sila bersugi kalau boleh, yang urban tu gosok la gigi. Kenapa perlu berwangian ke masjid? Sudah tentu telah menjadi sunah dari Rasul S.A.W. Tapi pakai sekadar bagi hilang bau badan dah la, nie pakai sampai tok imam pun tutup hidung apa citer nie. Pakai minyak atar pun jadi la, satgi pakai Hugo Boss takut was-was pulak.. So next time pi masjid pakai la pakaian yang elok dan suci dari hadas boleh?.


Sayang I ada hadiah untuk you 


Ada juga antara kita yang so sweet or romantik kononnya. Every time jumpa awek  hadiah untuk buat awek-awek cair adalah penting. Kalau tak bagi hadiah pun, kita selalunya akan belanja aweks kita tengok wayang or belanja makan and others. Bagi yang gentleman sure akan buat macam tu, kalau yang dak tu malang la aweks depa.

So kalau dah boleh bagi hadiah or belanja aweks time berdating, apa salahnya time pi masjid pun bawak la hadiah sikit. Hadiah kat sini semestinya derma. Ada tabung duk lalu depan kita tu ataupun ada budak duk bawak guni kecik tu, please la derma sikit. Kalau kedekut sangat pun at least seringgit pun cukup la. Apa salahnya kita menderma sikit bro. Sikit ja pun. Tak makin miskin la oit. Tapi kalau dah kedekut tahap super saiya tu dah tak boleh kata apa la (nanti aku buat special entry untuk si kedekut).

Dari Abu Hurairah r.a., Rasullah S.A.W. bersabda,
"Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Allah S.W.T. akan menambah kemulian kepada hambaNya yanf pemaaf. Dan bagi hamba yang tawadhu' kerana Allah S.W.T, Allah S.W.T. akan mengangkat darjatnya.
(Muslim; Misykat)


So apa nak takut, rezeki nie tak akan Allah stop untuk kita selagi kita tak stop memberi. Insyallah.


Ala sayang! Jangan la msg dengan orang lain/ Jangan lah sembang dengan orang lain


Hmmmm, mesti hampa selalu kena tegur macam nie kan. Bagi yang busy dengan skandal or dengan works ayat tu la la yang tersembur dari mulut aweks manis kita. Time dating please no phone ok?.. Hmm damn pun rules nie. Yang sayang awek sure akan ikut, yang kurang sayang awek tu... No komen. Well persamaan kat sini, ari jumaat lepas aku ada tegur brader sebelah aku, time khutbah jumaat boleh dia duk main phone, msg sapa la tu. Aku tak kisah kalau sat saja dia main, tapi nie setiap kali dia tekan phone mesti bunyi, tot,tot,tot. WTH bro! Aku nak dengaq khutbah la macho!. Sebab tu aku tegur. Tapi dia jawab macam nie.


" Ala dik, abg msg je pun bukan abg cakap dengan sapa-sapa pun" sambil tersenyum kat aku.


Aku pun malas nak khutbah dia. Tiba-tiba khatib ada menyebut.


" Janganlah kamu bercakap-cakap sewaktu khutbah berlangsung, sama ada cakapan kamu itu adalah halus dari bahasa, maknanya disini ialah bermsg atau meng'on9'kan diri kamu"


Aku tengok brader tu then senyum. Dia terus off phone dan masukkan dalam poket seluaq.
So bro kalau hang bermsg pun dikira bercakap-cakap dengan orang lain. Sama je la dengan sembang dengan orang sebelah. Kan tok bilal ada peringat maka akan kurang lah pahala bagi mereka yang bercakap-cakap. 


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan 'Diam', maka laghalah (sia-sia) dia."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Diam ketika khatib berkutbah adalah wajib bro. Kerana boleh kehilangan pahala Jumaat hampa tapi masih sah solat Jumaat hampa. Nie sebab tak mau menganggu orang lain yang khusyuk mendengar khutbah. Tapi kalau ada orang buta depan hampa yang nak terlanggaq tiang tu, tolong la habaq kat dia sat.





Sayang jangan fikir masalah lain boleh?


Klise punya ayat again. Time dating jangan la duk buat muka pikiaq masalah. Awek hampa sure angkat kening. Apa nie mai dating duk buat muka tension. Sama la gak dengan sembahyang Jumaat pun. Kalau boleh time sembahyang tu sila la khusyuk alrite bro. Sudah sembahyang, time doa tu la masa nak mengeluh, nak meminta, nak teriak(menangis). Sebab kat umah Allah lagi makbul rasanya meminta dari Allah.


So guys tu la persamaan bagi aku dalam hal nie. Kalau nak berubah secara terus tu aku taw mustahil. Orang kata slow-slow la. Step by a step. Yang pasti aku bukan ustaz yang berrtauliah. Tapi hanya pandangan aku ja. Salah silap sila la comment. I'm sure will improve my self. Teguran nie juga adalah untuk aku dan hampa yang membaca untuk aweks sekalian sila la berkongsi dengan boy-boy anda. 


Owh lupa hai readers Germany, hai readers Japan, hai readers USA, and others oversea readers.. Huhu..


hanyalah hiasan sahaja
Anyway Welcome to my blog and thanks















6 comments:

  1. ehehe.. satu bandingan yg sangat.. sangat.. bijak.. girls pon kena amek peranan kan.. anyway.. thumbs up!!

    ReplyDelete
  2. huhu, thanks.. yup. girls lagi la kena ambik taw.

    ReplyDelete
  3. nasihat yang membina
    ambil perhatian ye semua
    patutnya kena tambah lagi 1
    kadang2 pilih masjid nak yang cepat lah, takramai lah

    ReplyDelete
  4. haha..nice!yup..pompuan pun kena bijak plh lelaki..yg bf msj atau reply msj tyme tgh solat jmt tu..pnd2 la menilai..=p

    ReplyDelete
  5. Kalau kat Tanah Haram, sharp on time semua orang berebut-rebut gi Masjid... tengah beli barang pun tokei kedai sanggup 'grab' tangan customer tarik keluar dari kedai semata patuh kepada waktu solat (solat fardhu tu bro & sis). Kat sini, solat Jumaat yang seminggu sekali tu pun banyak menyaksikan ramai brader-brader kita yang sampai masjid selepas Khatib habis baca khutbah. Paling sedih, dorang lepak luar masjid borak-borak hisap rokok pastu masuk masjid bila bilal dah mula iqamah. Sesungguhnya, tidak sah solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah dari khatib kerana solat fardhu Zohor mempunyai 4 rakaat, dan pada hari Jumaat 2 rakaat solat dijalankan dan lagi dua rakaat adalah bersamaan mendengar khutbah... mana saya dapat sumber ni? Rancangan Tanyalah Ustaz...

    ReplyDelete

Click la sini

article menarik