True words are not always pretty, pretty words are not always true

Friday 8 July 2011

First Time Sembahyang Jumaat!

Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera



How are you my readers sekalian.. Moga-moga dikurniakan kesihatan dan keimanan.

Ya entry kali nie masih bab sembahyang Jumaat but first hampa pi dak tadi sembahyang Jumaat? (persoalan khas untuk lelaki-lelaki macho).
Kali nie aku tak akan membebel lagi seperti entry nie, betui aku tak akan punya. Hanya ingin bercerita sama lu orang.

Seperti biasa setiap hari Jumaat aku akan pi masjid untuk menunaikan kewajipan aku. Kadang-kadang tu dengan family aku,kadang-kadang tu dengan rakan-rakan aku, kadang-kadang tu dengan rakan-rakan sekerja aku dan kadang-kadang tu pi sendiri ja seperti hari nie.

Disebabkan aku seorang ja, jadi aku boleh la pi awai sikit (awai la sangat). Masjid kuning kat rumah aku tu selalunya parking cepat penuh, aku terpaksa la parking kereta dengan mem'blocking' kereta orang lain. Lain pilihan kat luar kawasan masjid. Memang jauh la.

Aku taw kalau aku duduk kat level bawah mesti agak panas nanti, walaupun air-con bercambah (banyak).So aku duduk la kat level atas, nie air-con memang atas kepala ja.. Huh! Sejuk beb. Dalam 5 minit muncul la wajah-wajah yang aku kenali, kiranya geng-geng atas la nie. Malangnya depa nie semua tua-tua dari aku. Ada la juga muka-muka yang aku tak pernah nampak.

Kemudian lepas 10 minit aku duduk, mai la sorang brader nie dengan seorang mamat Cina,selalunya dia seorangan ja hari nie ada teman pulak. Dia dan mamat Cina nie sembahyang la sunat awal masjid, macam mana aku taw? Sebab aku dengar brader tu ada bisik kat mamat Cina tu niat solat sunat awal masjid. Cara dia sembahyang memang agak pelik, seriously! 100% mamat Cina tu ikut brader tu. Time solat sunat awal Jumaat pun sama gak. Pak cik sebelah aku dah pelik dah. Dia kata kat aku apa jadah budak tu sembahyang macam tu. Aku pun geleng kepala. Pak cik nie pun apa jadah cakap dengan aku time orang dah nak sembahyang Jumaat.

Habis sembahyang Jumaat dan doa, pak cik sebelah aku cepat-cepat pi kat mamat Cina yang ada di depan kami. Kononya mau tegur la kut. Aku pun follow la. Saja nak menyibuk.


"Hoi budak apa pasai ko solat macam tu? Ko islam ke?" Selamba rock ja pak cik tu redah.

"Nie first time saya solat Jumaat" Jawab mamat Cina tu sambil muka tunduk ke bawah.

"Pak cik relax aa, tak payah aa nak tegur macam nie" giliran aku pulak. Sebab aku rasa mamat Cina nie mualaaf baru nie.

"Ko diam aa budak!" Sambil tenung berapi kat aku.. Damn punya pak cik sure sembahyang tadi tak khusyuk.

Akibat kekecohan pak cik tu, ramai la pulak berhimpun sama.

"Ko nie kafir apasal ada kat sini!" pergh ada pulak orang tua lain yang menyampuk.

"Assalamualaikum, dia nie memang kafir, tapi dulu. Sekarang dia nie sedara kita! Mualaaf baru! Tegur la elok-elok sikit orang-orang tua oit" hero dah sampai, iaitu brader yang bawak mai mamat Cina tu sembahyang.Selamba ja dia balas.


Ha, memang sah tekaan aku. Dia memang mualaaf! Secara rasminya dua hari lepas dia memeluk agama Islam. Jadi Jumaat nie memang first time sembahyang Jumaat dia nie. Aku pun apa lagi pi kat dia sua tangan salam dan ucap tahniah! Ada dua tiga orang pak cik yang buat macam tu depa semua bangga dengan mamat Cina tu sambil kata "welcome to this big family". Mamat Cina tu pun menangis tanda teharu kut! Pak cik- pak cik yang nak tegur kononnya tu, terus memeluk Mamat Cina tu dan meminta maaf. Teriak lagi la mamat Cina tu. Brader tu pun ramai orang yang puji dia. Yela nak tarik orang masuk Islam bukan senang.

Sebelum aku blah dari scene tersebut. Aku ada cakap kat mamat Cina tu, " It's not easy becoming a new muslim, but it's really worth becoming a great muslim". Tak taw pasai apa aku boleh cakap macam tu.  Jadi sedara baruku aku doakan agar hang ditambahkan keimanan dan dipermudahkan segala urusan untuk menjadi seorang muslim yang lebih agung.

Aku pun turun la dari level atas tu, sambil nak pi kat kereta tu aku usha la kambing golek sat, nampak sedap kut!. Tapi aku taw poket aku dah kosong dah. Tak pa next week boleh kut pekena menu favorite tu. Jalan punya jalan jumpa pulak orang bawak guni jual durian bau bukan main mengoda. Huh! Next time maybe. Sampai kat kereta, elok aku nak bukak pintu kereta ja.


"Abang, nie kereta abang ke? Ayah saya pesan lain kali datang awal. Baru boleh parking cantik sikit" sambil tunjuk kereta aku duk block kereta pak dia.


Aku pun angkat tangan kat pak cik naik BMW tu, nasib baik tak terangkat satu jari ja. Apa-apa pun memang salah aku. Terus blah.

Sebenarnya entry nie khas untuk Muhammad Daniel Chan, give me a call kalau hang ada apa-apa persoalan tentang Islam aku boleh tolong setakat apa yang aku mampu ja bro,walaupun aku taw hang tak baca blog aku. Juga satu peringatan untuk readers yang lain supaya menghargai Islam anda, jangan hanya sekadar atas nama ja. Plus orang-orang macam pak cik diatas, jangan mai langgar ja tanya dulu..


p/s: Daniel Chan tu dah sunat 2 minggu sebelum dia masuk Islam


Anyway Welcome to my blog and thanks

6 comments:

  1. As a good muslim,seharusnya,kita kna hormat orang lain.Pelik ke kalau memang betul2 ada chinese masuk dalam masjid?as long as dorg ni harmless,kita tak patot marah..

    BTW,Nice entry!

    ReplyDelete
  2. well that's happen just now.. anyway thanks again for reading.. xD

    ReplyDelete
  3. biasa je kan non muslim msk masjid negara...yg popan dberi jubah n tudung...yg lelaki sopan blh jer msk tgk

    ReplyDelete
  4. trbaek!!!cite yg pnuh mndebarkan...hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Hampir 10 tahun dulu I pernah pergi masjid, dua kali. Satu near kampung melayu dan satu di bandar besar. Dua dua kali ada orang tegur saya kenapa masuk masjid. "Jangan buat kacau di sini" "You haram! Tak boleh masuk masjid"

    Masu tu, I nak berjinak jinak dengan Islam. Btw, I am chinese. I think masuk masjib mungkin dapat petunjuk ke atau dapat guidance. Mana tau, I kena halau.

    Since then I never go to masjid anymore. Belum convert, but the fire of Islam is still strong inside me, just dissapointed with muslims that is supposed to help me. If I walk into a church, there will be plenty of people there to welcome and to give guidance. Something that malaysia muslim should learn.

    ReplyDelete

Click la sini

article menarik